Carian Berguna

U r Visitor No ::

Saturday, July 24, 2010

Masuk Wad?

Now saya kat Az-Zahrah. Jangan risau bukan saya yang masuk wad. Hehehe. Alhamdulillah, saya ok. Cuma perlu berehat lebih kot. *Argh perlukan tido yang cukup*
First time saya tido kat hospital, jaga osmet. Kebetulan yang lain-lain takde. Hopefully arini die boleh keluar. Dah 3malam kat sini. Hurm, doktor cakap kalau platelets die naik, arini dah boleh keluar. :) *habes toto, bantal, laptop semua bawak dtg. Ngeeee~*

Oh, mintak-mintak saya pun ok. InsyaAllah.

Thursday, July 22, 2010

Satu Rumah

Lately, badan ni selalu manja2. Sikit-sikit, sakit. Haish. Bertabahlah zida. Pening kepala tu jangan cakap la. Kejap datang, kejap ok. Smlm pun rasa sikit-sikit nak demam. *Demam rindu kot, ngadalah ko zida. hehehe*

Semalam balik rumah around 8++ mlm, so mmg target, lepas mandi, siap2 solat, bumm!!! Tido..Zzzz..Tp berangan jela sebab tetibe one of my osmet ckp, "Taknak g tgk Nad ke?". Terkedu sebentar!! "Haaa..nape ngn die?". Sudahnya Nad masuk wad kat Az-Zahrah. Punye la cepat-cepat siap, then ke Az-Zahrah, melawat osmet kesayangan ku sorang tu. Rupenye pagi lagi die dah masuk wad, *haish, nak kene babab ni sume org, takmo bgtau sy plak*

Platelets die kurang, kurang dr border line = 150. So mmg kene tahan la. Doktor cakap suspek denggi. Aritu Cik Ima kene tapi nasib baik tak tahan wad. Ni tinggal Ckin ngn saya. Hopefully ok la. Simptom2 cam ada. Ala....Takut la nak p cek darah sume. Takmo p boleh tak? Hukhuk

Rasa sengal2, mahu berurut je rasa. Yuyu, kalau kamu ade kan best, boleh mintak kamu urut. Hukhuk *ngn org len makcik segan ok nak mintak tlg urut. hehehe, ngn ayu tak*

Tuesday, July 13, 2010

Pulang Jua

Entry yang sebelum ni saya 50-50 kan nak balik JB? Tapi akhirnya balik jugak. Hehehe
Sebabnyer bile pk balik, tak ya kuar duit, ayah sponsor. Sudah jimat disitu. Yay! :)

So ari Jumaat malam tu saya pulang, tuptaptuptap, singgah Muar, then around 2.30 pg smpi rumah JB. Alhamdulillah semua selamat. Sesungguhnya masa itu sgtla cepat berlalu. Jumaat sampai JB, esoknya dah Sabtu. Adeh...Tp masa seharian tu saya guna kan dengan sebaik-baiknya bersama family. Sukeee :)

Lama giler tak jumpe Arianna, lepas wedding mimi aritu. Mak kata Sabtu pagi die datang. Bangun2 tgk die takde. Then cakap ngn mommy, "Mak, akak nak msg umi Arianna la, suh dia anta". Mak iyakan saja walhal mak lagi suke sebenarnyer Arianna takde bile saya ada, sebabnya bolehla die ajak saya berjalan. Hehehehe *sy suke melayan family saya, ooo...haruslah :)*

So dah msg, umi die kate nnti ayah dia anta. Hoyay! So bersua la saya dan Arianna setelah lebih kurg 2bulan ++ tak jumpe :(

Best giler dpt jumpa Arianna. Die pun tak takut org. Tapi kalau dah nampak mak, asek nak melekat je ngn Mak. Huhuhu.

Arianna budak musyuk xmandi lagi


buntut donald duck. hiks

Minum susu
*baju oren ni sy yang belikan, cekci plak*

Budak takut ngn sikat, sebab sikat tu tajam. Auwwww!

Arianna dah ada rambut sikit. Okla, takdela botak cm dulu.

Lepas lepak2 ngn Arianna, kite orang p cari durian, excited je beli durian, sebb bile pk, makan durian dengan family adelah seronok okay! Hiks. Then beli manggis, sy mmg hantu manggis, sedap woooo...Teringat setahun yang lepas p Muar umah Sha. Hiks.

Lepas tu jumpa plak keluarga budak yang mak penah jaga 5tahun yang lepas. Skrg si Akmal tu dah 8 tahun, and akak die dah 10 tahun. Akak dia dah macam anak dara wooo..Tinggi mengalahkan saya! Hukhuk. Jeles...
Tapi suke sgt keluarga ni, sebab dorang tak penah lupe pada kite orang. Bayangkan si Akmal tu boleh ingat kami lagi walaupun mak jaga dia sampai umur 2tahun ++ je. Tapi dia sgt ingat setiap ahli keluarga dalam family kami. *mak sebak seh, hahahah, lawak*

Bila sudah malam. Esoknye sudah Ahad..Aaaaa, tak nak balik boleh tak? Kejap sgt rasa. Tapi kene balik gak sebab keje banyaks. Plus mau menghantar adek ke tempat praktikal baru.

Update lagi kalendar ngn family. Sebulan lagi. Masa tu bulan pose da :)

Friday, July 9, 2010

50-50

Minggu ni rancang nak balik JB. Sebab nak amik barang adik dan hantar die ke Seremban sebab sem baru yang bakal datang die akan praktikal di sana plus saya pun dah sebulan tak balik.. Tapi atas sebab-sebab tertentu rancangan itu mungkin terpaksa di pertimbangkan. 50-50. Hukhuk

Semalam, mak kol. Die tanya balik ke tak? And ckp la. "--sebab--, cmne nak balik, hukhuk"
Then mak cakap, balik la, ayah suruh balik. Ayah bg duit.... (ayah bg duit??)

Terkejut! Dah melompat-lompat kegirangan! Hihihi.

"Haaa...betul ke???" Suara mmg dah excited giler2! Mak pun meng'iya'kan je. Smbl dgr suara ayah kat blkg bising2. Hihihi.

"Kalau cmtu boleh la balik. Tapi kete akak dah lebih mileage, kene servis dulu kot, major servis plak tu. Takut gak bawak jauh2, tapi.....bla bla bla bla"

Mak pun cakap, "Kalau cmtu ikutla..." - (panjang lagi citernye)

"Ok,ok, nnti esok akak btau balik, jadi ke tak..boleh je nak balik. Hehehe. Tapi kalau tak balik, duit tu kasi ke akak je takpe tak? Ngeeeee~:D"

Mak kate tanya la ayah. Blablabla - lepas tu cite panjang2 lagi smpi letak tepon

So nak balik ke tak ek? Still lagi 50-50. Haish. 'Panas' lagi ke sekarang ni? Aiyayai~ List da banyak ni. Hewhewhew~

Tuesday, July 6, 2010

Belangsungkawa : Nurul Dayana Md Yusuf

Salam. Minggu lepas saya dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat saya semasa di sekolah dulu, Nurul Dayana Bt Md Yusuf. Innalillah. Berita itu diberitahu oleh mak saya selepas waktu Magrib Sabtu lalu. Agak terkejut, tak percaya. Betul ke? Camne boleh jadi cmtu? Kenape? Betul ke?
Hakikatnya, benda sebegini tak kan nak main-main plak kan.

Mak kata die dengar cerita mungkin beliau terkena demam denggi berdarah. Tapi mengikut rekod kematian beliau tertulis 'Pancytopenia Secondry to Leukemia with Septicemia'. Hurm, katenya nampak sihat je sebelum ni, tapi nak jadi sebab kan. Hari Khamis yang lalu, pulang dari kerja arwah mengadu demam. Then parent die bawak pergi klinik. Pastu dapat cuti satu hari. Jumaat tu makin teruk, demam tak kebah jugak, bapanya bawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), kene tahan wad. Sabtu tu mungkin makin teruk, tak sedar diri, masuk ICU. Then malam tu my mom kol, dikabarkan arwah sudah meninggal.. Rasa terkilan sangat-sangat. Sebab ingatkan dapat jumpe arwah bile balik JB nnti. Tapi tak sempat. Hukhukhuk.

Takziah buat keluarga Arwah Nurul Dayana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga tabah hadapi dugaan ini. Amin. Al-fatihah.

Sedikit tentang arwah Dayana :
Arwah sangat terkenal dengan sifat coolnya. Dulu masa saya sekolah menengah, kami satu sekolah. Die antara kawan yang rapat gak dulu, sebab rumah kami dekat je antara satu sama lain. Saya selalu tumpang ayah die pergi sekolah, sebab tuisyen kampung, koko hari sabtu tu, even masa SPM pun saya tumpang dengan die sebab masa tu mana ada bas sekolah yang amik.
Kalau misal kata takde orang ambil kite orang g sekolah, saya akan tunggu die kat umah, then akan jalan kaki sama2 ke sekolah. Hukhukhuk. Haish. Kenangan. Penah satu hari masa tu tuisyen kampung utk exam PMR, masa tu otw balik umah, hujan lebat giler. Kite orang sama-sama redah hujan. Dah la payung jenis yang ringan je, kene tiup angin abis la, mmg basah kuyup la kite orang.

Lepas SPM, masing-masing ada hala tuju masing2. Saya keluar dari JJ, sebab smbg blaja kat matrik. Die bekerja. Kalau cuti sem pun mmg tak sempat jumpe. Cuma penah jumpe die lepas SPM 2 kali kot. Itupun time die keja, so xdela banyak borak sangat. Then baru-baru ni terjumpa FB die. So tengok segala update di FB sj. Ada terjumpa mak ayah die, tp die takde plak. Hurm. Tu yang terkilan sgt tu. Ingatkan dapat jumpa, tapi sampai akhir hayat die, saya tak dapat jumpe. Ralat gilerrr!

Dayana, sob sob sob. Time kasih banyak-banyak. Awak & keluarga banyak berjasa dengan kite. Sayang awak. Semoga roh kamu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Take care kawan-kawan.

Review Filem : Knight & Day

Dah lama tak review pasal filem. Maksudnyer dah lama tak tengok wayang la kot. Hahaha

Minggu lepas berkesempatan keluar dengan Nadiah & Fiza (m2b) dengan husbandnyer. Mula-mula on tak on ja, sebab mummy to be ni morning sickness. Kesian plak kalau bawak jalan-jalan. Tapi at last, jumpa juga kami di Mines. Then ke IOI Puchong plak. So mmg decide nak tengok wayang. Tup tap tup tap, pilih wayang Knight & Day. Best giler cite ni. Action movie plus comedy kot. Hihihi. Sebabnya banyak giler scene yang menggelikan hati. Hahaha.
Dah la Roy Miller lakonan Tom Cruise tu sangat macho. Hensem hensem! Lakonan mantop! Hiks.
Lepas tu gandingan aktres Cameron Diaz yang sengal dalam cite tu. Mungkin korang dah banyak review kat page orang lain. Saya tak mo bagi tau dah. Hihihi. Korang pegi jela tengok cite tu kalau ade lagi, sebab cite die tak buat kite bosan(bagi zieda laa). Saya tengok 2x ok. Hiks.

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!