Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, August 26, 2011

Last Friday : Before Raya

Cepatnya masa berlalu. Tak sangka kita sudah nak sampai penghujung Ramadhan.

Semoga kita diberkati bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah dapat survive jugak bulan ni. Esok dah nak balik kampung dan tak sabar nak jumpa family dan anak buah yang super duper cute tu! Tahun ni Irfan collect duit raya, don't worry Irfan, Mak Long dah sediakan beg duit raya untuk Irfan :)

Hari ni work from home je. Nak settlekan kerja kat umah je sambil basuh baju, sambil kemas bilik. Ingat malam ni nak melawat Jalan TAR. Kalau larat la, sebab esok lepas sahur dah nak gerak balik JB. Hopefully tak jemla esok pagi. :)

Ok la, buat kawan-kawan blogger, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye. Selamat beraya kat umah sanak saudara, berhati-hati di jalan raya, banyak speed trap kat highway kan, so jangan bawak laju2 ye, ikut had laju yang telah ditetapkan okay!

Terima kasih jugak dari pihak team one-stop shawl, kepada customer2 yang mengunjugi blogshop ni dan terima kasih jugak kepada customer yang sudi membeli barangan kami. Alhamdulillah, hopefully kamu, kamu dan kamu suka dengan produk kami. InsyaAllah akan memperkembangkan lagi bisnes ni..

Last but not least, Selamat Hari Raya sayang-sayang saya. Seronok dapat buka puasa dengan uols walaupun terkejar sana sini. Happy sangat dapat jumpa korang. Terima kasih. Nanti raya i nak serbu umah korang satu-satu ok...:)

Ok ok, got to do some work, Selamat Hari Raya guys! :)

Al-Fatihah

Kelmarin dapat panggilan telefon dari Kak Gee memberitahu bahawa nenek meninggal. T_T.

Ya Allah, sedihnya tidak dapat berjumpa beliau raya nanti. Allahuakbar. Mahu pulang tapi atas kekangan kerja dan kekurangan duit sebab tak gaji lagi, tak dapat la balik ke kampung. InsyaAllah, malam raya di sana, dan akan melawat kubur atuk dan nenek.

Tahun ni patutnya kami akan berkumpul malam raya untuk kenduri arwah atok. Nampaknya, kenduri arwah nenek jugak la malam raya nanti.

Semoga roh arwah di cucuri rahmat.

Al-Fatihah..

Tuesday, August 23, 2011

First Try : Mashed Potato

Weekend yang lepas mengidam macam perempuan mengandung nak makan mashed potato. Tula gatal tangan dok surf gambar2 makanan kan time2 waktu nak buka puasa, haaa amik ko, trus nak makan ala-ala western gitu...Ramai yang suggest kat Kenny Rogers, KFC, tapi xde selera nak makan kat situ, last2 decide nak buat mashed potato sendiri. Senang jugak buatnyer kan..First try, boleh la tp terlebih garlic plak, dorang kata gravy da mcm kenny rogers. *oh, perli la tu kan agaknya, hihihihi*


So guys, ni die resipi, google-google je..



So ni la dia mashed potato buatan Cik Zida kita...yay! Hahaha. Sos dia cam hodoh je....:(

First Try : Murtabak Maggi

Salam korang, semalam cubaan membuat Murtabak Maggi berjaya. Alhamdulillah, dapat 4/5 bintang from En Hadi, die kata tak boleh dpt markah penuh sebab nanti lupa diri. Hahaha

Apepun happy sebab die suka makan murtabak maggi ni. Diperkenalkan sendiri oleh En Hadi, masa kami awal2 kenal, 3tahun yang lepas:)

Dia suka ajar, saya plak suka masak bende baru. I just love it kalau nak try something, lagi2 kalau ada yang support dr blkg suruh masak..Memang acik buat!

Ada yang bertanya resipi, so mana yang rs nak try boleh la cuba :)

Resipi Murtabak Maggi

2bungkus maggi
1 biji bawang - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 keping daging burger - hancurkan (boleh juga pakai daging cincang)
Sos tiram
2 biji telur
Garam atau Sesedap rasa secukupnya

Mula-mula rebus maggi sehingga kembang. Kemudian toskan.

Tumiskan bawang, bwg putih dan cili padi sampai wangi. Masukkan daging yang telah dihancurkan, masukkan sos tiram sedikit. Goreng sampai masak dagingnya.
Masukkan garam secukupnya. Kemudian masukkan maggi yang telah direbuskan. Kacau hingga
sebati.

Untuk telur, bancuh telur. Letak la garam sikit, kemudian masukkan maggi yang telah digoreng
ke dalam telur tu, kacau sebati. Kemudian masak campuran maggi dan telur atas frying pan. :) - mcm masak telur dadar.

Siap! Hidangkan dengan Sos Cili..Marveles! Yumyum!

Note : normally, 1 1/2 - 2 bungkus maggi untuk 2 biji telur.

Ni la dia murtabak maggi, sila la ampunkan saya kalau nampak mcm tak sedap je..hehehe

Monday, August 22, 2011

MyEG Syoknya Raya 2011



Jom jom join contest MyEG Syoknya Raya 2011, mana tahu anda 400 yang bertuah memenangi duit raya RM200. Keputusan akan diumumkan 4th Sept 2011 ni. Mana tahu rezeki anda, jom upload gambar raya anda! Saya? Mestilah dah upload! :)


Sunday, August 21, 2011

Gambar Lama

Sangat terhibur bila tengok gambar-gambar lama. Hahaha.






Oh i missed them soo much. Masa kat UiTM, masa kat Infosys, masa awal-awal keja...

Saturday, August 20, 2011

Frust


Frust bila.......




Apa yang kita target tak sampai....!~ Zida, you need to workout more!


Jadual Perjalanan PLUS Raya 2011

Hai hai korang! Assalamualaikum...Apa khabar semua? Bagaimana puasa anda tahun ni? Alhamdulillah kita sudah berpuasa selama 2o hari sepanjang bulan ramadhan? Me? Takde persiapan sangat tahun ni. Ala kadar saja. :) Lebih excited untuk pulang ke kampung je. Hehehe. Jumpa sanak saudara dan happy lagi tahun ni bila family kami ada orang baru iaitu anak buah yang disayangi. Irfan Danial. :) Jom collect duit raya untuk Irfan. Hehehe.

Untuk raya tahun ni korang ada cek tak jadual perjalanan nak balik kampung? Saya awal-awal lagi dah cek sebabnya nak mengelakkan jem. Alhamdulillah, kalau follow jadual ni insyaAllah takdela jem sangat. :) Boleh klik link ni untuk jadual perjalanan yang selamat dan teratur. InsyaAllah..

Ape2pun berhati2 ye di jalan raya masa pulang ke kampung..:)

Bila korang balik kampung? Me? Paling lewat 27hb pagi tu dah balik, tak sabar nak berbuka dan bersahur dengan family tercinta. Tahun ni tak penah lagi berbuka dan bersahur bersama. Dan akan bercuti sehingga 5hb Sept. Wow! Cuti lama, acik suka! Yay!


Selamat berpuasa guys!

Monday, August 15, 2011

Item baru

Lai lai lai~ Ada barang baru. Kot la sesuai dgn baju raya korang kan..hehehe

Meh jenguk One-StopShawl

Happy shopping! :)

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan


As-salam semua! Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan SALAM RAMADHAN buat semua umat Islam. Alhamdulillah, masih berada di muka bumi ALLAH dan merasa nikmat Ramadhan.

Bagaimana Ramadhan anda kali ni?

Saya? Menjalani Ibadah Ramadhan seperti sebelum2 ni. Mengambil makanan ala kadar je. Takdela nak itu nak ini, sedang mengawal diri. :) Hopefully bertahan sampai hujung Ramadhan, InsyaAllah.

Agak-agak awal sangat tak tanya preparation for Raya? Me? Dah ada satu baju kurung! Siap awal la pulak. *over*

Pada yang berkesempatan untuk pergi Terawih meh la sama2 kita menambah pahala di bulan Ramadhan. InsyaAllah, Amin, :)

Esok 4 hari dah kita berpuasa. Alhamdulillah~ Cepatnyer masa berlalu..........

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!