Carian Berguna

U r Visitor No ::

Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Friday, October 28, 2011

First Try :: Puding Roti Marble

Minggu lepas tahap kerajinan adalah sangat tinggi. Tengok sorang kawan share link pasal Puding Roti Marble ni. Terus print resipi and balik dr ofis, acik pun pegi la kedai AAA kat equine tu haaa..Dengan tahap kerajinan yang terserlah, balik-balik umah terus buat! Dan tadaaaaa......


Hasilnya.....Marveloussss...Sedap sangat! hihihi :)


Puding Roti Marble Zida :)

Readers, jom la sama-sama try buat puding roti ni..Malam ni nak buat lagi sebab housemate kata sedap, so nak belajo...

Puding Roti Marble


Resipi Puding Roti Marble

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula – bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Tuesday, August 23, 2011

First Try : Mashed Potato

Weekend yang lepas mengidam macam perempuan mengandung nak makan mashed potato. Tula gatal tangan dok surf gambar2 makanan kan time2 waktu nak buka puasa, haaa amik ko, trus nak makan ala-ala western gitu...Ramai yang suggest kat Kenny Rogers, KFC, tapi xde selera nak makan kat situ, last2 decide nak buat mashed potato sendiri. Senang jugak buatnyer kan..First try, boleh la tp terlebih garlic plak, dorang kata gravy da mcm kenny rogers. *oh, perli la tu kan agaknya, hihihihi*


So guys, ni die resipi, google-google je..



So ni la dia mashed potato buatan Cik Zida kita...yay! Hahaha. Sos dia cam hodoh je....:(

First Try : Murtabak Maggi

Salam korang, semalam cubaan membuat Murtabak Maggi berjaya. Alhamdulillah, dapat 4/5 bintang from En Hadi, die kata tak boleh dpt markah penuh sebab nanti lupa diri. Hahaha

Apepun happy sebab die suka makan murtabak maggi ni. Diperkenalkan sendiri oleh En Hadi, masa kami awal2 kenal, 3tahun yang lepas:)

Dia suka ajar, saya plak suka masak bende baru. I just love it kalau nak try something, lagi2 kalau ada yang support dr blkg suruh masak..Memang acik buat!

Ada yang bertanya resipi, so mana yang rs nak try boleh la cuba :)

Resipi Murtabak Maggi

2bungkus maggi
1 biji bawang - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 keping daging burger - hancurkan (boleh juga pakai daging cincang)
Sos tiram
2 biji telur
Garam atau Sesedap rasa secukupnya

Mula-mula rebus maggi sehingga kembang. Kemudian toskan.

Tumiskan bawang, bwg putih dan cili padi sampai wangi. Masukkan daging yang telah dihancurkan, masukkan sos tiram sedikit. Goreng sampai masak dagingnya.
Masukkan garam secukupnya. Kemudian masukkan maggi yang telah direbuskan. Kacau hingga
sebati.

Untuk telur, bancuh telur. Letak la garam sikit, kemudian masukkan maggi yang telah digoreng
ke dalam telur tu, kacau sebati. Kemudian masak campuran maggi dan telur atas frying pan. :) - mcm masak telur dadar.

Siap! Hidangkan dengan Sos Cili..Marveles! Yumyum!

Note : normally, 1 1/2 - 2 bungkus maggi untuk 2 biji telur.

Ni la dia murtabak maggi, sila la ampunkan saya kalau nampak mcm tak sedap je..hehehe

Monday, March 28, 2011

First Try :: Ayam Asam Pedas

As-salam semua! Hai hai semua! Kali ni cubaan pertama saya memasak Ayam Asam Pedas. Alhamdulillah, menjadi masakan ini. Ok la..Bile rs sesuai dgn tekak I. InsyaAllah nanti boleh masak lagi. Hehehe. Tak sabar nak balik JB nak masak suruh mak rasa. :-p

ok ni a quick review resipinya. Mana lah tau ada sape2 nak cube kan :)

Bahan:
1) Ayam : ikut la berapa banyak uols nak letak :)
2) Cili kering, bawang merah 2biji, kunyit
3) Bawang putih 5biji - ditumbuk
4) Sayur bendi - 10 batang
5) Daun kesom - Ikut keperluan, kalau suka letak la banyak. For me, daun kesom ni la yang complete kan asam pedas ni :)
6) Air asam dan garam secukup rasa
7) Air

Mula-mula blend bahan-bahan no 2). And then tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan no 2) yang telah diblend itu. Biar beberapa ketika supaya cili itu masak. Masukkan air, jangan terlampau banyak air, nnti cair tak sedap. Sedang-sedang je. Biarkan mendidih. Kemudian boleh la masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam masakan tersebut. Biarkan sehingga masak. Then, letak la sedikit air asam dan garam secukup rasa(in this case kalau uols tak nak pedas sgt, letak la gula sket :) ). Masukkan daun kesom. Last, masukkan sayur bendi. Biarkan beberapa ketika..Siap! Jadilah mcm kat bawah ni. Ahaks. *kalau nak pekat lagi boleh la kalau nak letak tomato. Sedap jugak*

Ayam Asam Pedas buatan sendiri! Yay!

Thanx to mummy atas tunjuk ajar. Siap kol lagi mak ape bende ingredients yang perlu ada. Sebabnya anak die ni teringin sangat nak makan asam pedas. So buat la sendiri.

Ayam asam pedas ni familiar kat Johor. So kalau orang luar dengar, mesti cam pelik sket. Buktinya, masa beli ayam kat pasar borong selangor ni, abang y potong ayam tu pelik bile saya btau nak masak ayam asam pedas!

I think uols shud try this recipe. Banyak je kat gugel kite boleh tgk. Makan ayam asam pedas sangat puas ok! Ahaks.

P/s: Dapat markah penuh! Yay!

Wednesday, March 9, 2011

First Try :: Nasi Lemak


Lately rajin plak saya nak masak. Hihi

Minggu lepas cubaan pertama masak nasi lemak. Sebelum-sebelum ni asek mantak kedarah nasi lemak mak buat atau beli sarapan je, so nak gak try masak-masak sendiri! Yay! Menjadi. Bagi kat housemate makan, they all kate sedap. Huhu. Alhamdulillah, tak sia-sia memasak dengan penuh kasih sayang. Tihtihtih~ Oh, bg En Hadi jugak makan, die kate dr 5 bintang dpt 3.56 sebab satu je, kacang takde! Sengal ok pakcik tu, sebab kacang takde terus dapat rendah! Huuuu...Takpe..cubaan buat nasi lemak sorang-sorang menjadi..Heee, alhamdulillah, lepas ni nak buat ape ye? *Cerita dengan mak, dia kata abes la diet...makin gemuk la shayeeee :(*

Tapi tetap happy sebab my first try to masak nasi lemak menjadi! Ngeee~:D

Monday, December 20, 2010

Masak Simple-simple

Arini saya berpuasa. Puasa ganti. So dr siang lagi saya dah dok fikir nak makan ape..Teringat plak ada kentang kat umah. So decide beli sosej, so nnti balik masak sambal sosej + kentang! Huhu, lama dah tak buat. Kebetulan ada sayur kobis saya beli kat My Mydin aritu. So masak kobis air! Burpppppp, Alhamdulillah. Kenyang! Nasib baik menjadi. Hikhik

(Sayur kobis masak air) + (sambal sosej + kentang)

*asik makan jela kamu ye Zida!*

Friday, November 26, 2010

Sup Kentang

Akhirnye hasrat nak buat sup kentang menjadi. *hoho, lama dah nak buat, tp tak buat2*
Ok, ni first try sy buat sup kentang! Ngeee~:D Sebelum2 ni tengok mak n member2 je y masak. So bile mood tgh rajin dan teringin nak buat, sy pun buat la. Menjadi! Yay! Sedap makan begitu saja. Lepas makan, tido....Wah terbaikla kamu Zida! Hikhikhik



Berasap lagi, sebab bru siap

Resipi:
Kentang
Carrot
Tomato - potong 4
Sayur Pucuk + Soo hoon
Bawang, bawang putih, ikan bilis, cili padi(kalau nak rs pedas)

Mula-mula kupas la kentang tu dan potong ikut kesesuaian. Carrot pun sama. Hiris bawang merah, bawang putih. Lepas tu, tumis je bawang merah, bawang putih smpi naik bau. Masukkan sekali ikan bilis n cili padi tu. Tumis-tumis. Lepas tu masukkan air secukupnya. After that masukkan kentang. Biarkan mendidih sampai kentang separuh masak, masukkan carrot dan tomato, sayur pucuk, soo-hoon. Kemudian tunggu sampai semuanya empuk. Lepas tu boleh la dihidang. Makan begitu saja! Marveles! Sedap! Nak lagi sedap boleh la letak black pepper! Konfem terangkat :)

Next time nak try buat begedil plak. Hihihi

Yang benar,
Zida si penggemar Kentang :)

Tuesday, August 17, 2010

Main Masak-Masak : First Try

Entry sebelum ni ada kate kan teringin nak makan Bubur Tepung Pulut Warna Warni kan?
*taktau nama ape sebenarnye, so letak Bubur Tepung Pulut Warna Warni. Hehehe

So Sabtu aritu sy pun try la buat, di beri plak dorongan, memang lagi excited la nak buat :)
So pergi kedai cari-cari barang. Sonang ja buat dia. Bahan-bahan pun simple je.

Bahan doh:

240gm tepung pulut

Air secukupnya

Pewarna hijau dan merah secukupnya

Garam secukup rasa

Bahan kuah:

250ml air

200ml santan pekat

125ml air gula melaka

2 sudu makan gula pasir

2 helai daun pandan | disimpul

Cara memasak:

1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.

2. Bahagikan adunan doh kepada dua bahagian dan warnakan dengan warna merah serta hijau. - nak buat banyak2 kaler pun boleh, kata warna warni kan? hehehe

3. Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya. Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.

4. Apabila doh tadi timbul di permukaan air, angkat dan toskan.

5. Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.

6. Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam adunan kuah dan gaul sebati.

7. Sedia untuk dimakan.

Resipi di ambil dr sini : http://www.rasa.com.my/resipi/manisan/default.asp?ID=234

Di bawah gambar yang diambil semasa sy buat :)


Tepung pulut.


sy guna kaler merah dan hijau plus putih.


Done! Da siap..

Percubaan pertama saya. Hehehe Rasanya mcm rasa yang selalu sy makan. Ok la kot. Hihihi.

Semalam percubaan pertama gak masak Makaroni Goreng semalam. Yummm yumm.. :)

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!