Carian Berguna

U r Visitor No ::

Tuesday, March 29, 2011

Busha Skirt Pant for Ariana


Belikan Ariana this one. Pinky pinky silver gitu! Tak tau la muat ke tak Si Ariana ni pakai. Almaklumlah makcik tu besar! Ahaks. Cant wait to balik JB this weekend. Untuk mak dan Ariana dah sy belikan buah tangan. Untuk Irfan sedang dalam pencarian lagi. Why la susah sgt nak jumpe baju baby boy yang cntk2 ni? Erm....kesian Irfan, Mak Long berat sebelah! Hehehe. Dun worry Irfan, nanti Mak Long carikan untuk Irfan yang cantik-cantik ye...:)

Mangostyne Juice from Shamelin Bina

Siapa-siapa yang ada kat area Bangi boleh la singgah kat kedai tomey tomey kat Econ Save ni ye. Kami ada menjual jus manggis keluaran shamelin bina. Bagus untuk kesihatan. Ini cek nak habaq sket khasiat2 dalam Jus Manggis ni. Anti kanser, anti tumor, menurunkan darah tinggi, kencing manis, dan banyak lagi. Ramai orang dah cuba produk ini dan ternyata berkesan. Kalau nak tau lebih lanjut boleh kontek saya kat sini ye :) Saya pun dah try jus ni, ia adalah dr kulit manggis ok. Sangat sedap. Manis buah. Bile minum rs sgt bertenaga. Ok, another produk yang ada dijual ialah sabun gaharu yang sangat wangi! Saya suke! Dan sabun manggis.



Ada jugak buka kedai di Bazar Larut Malam kat Mines tu. Boleh la lihat-lihat dan cuba. Sangat berbaloi! :)

Monday, March 28, 2011

First Try :: Ayam Asam Pedas

As-salam semua! Hai hai semua! Kali ni cubaan pertama saya memasak Ayam Asam Pedas. Alhamdulillah, menjadi masakan ini. Ok la..Bile rs sesuai dgn tekak I. InsyaAllah nanti boleh masak lagi. Hehehe. Tak sabar nak balik JB nak masak suruh mak rasa. :-p

ok ni a quick review resipinya. Mana lah tau ada sape2 nak cube kan :)

Bahan:
1) Ayam : ikut la berapa banyak uols nak letak :)
2) Cili kering, bawang merah 2biji, kunyit
3) Bawang putih 5biji - ditumbuk
4) Sayur bendi - 10 batang
5) Daun kesom - Ikut keperluan, kalau suka letak la banyak. For me, daun kesom ni la yang complete kan asam pedas ni :)
6) Air asam dan garam secukup rasa
7) Air

Mula-mula blend bahan-bahan no 2). And then tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bahan no 2) yang telah diblend itu. Biar beberapa ketika supaya cili itu masak. Masukkan air, jangan terlampau banyak air, nnti cair tak sedap. Sedang-sedang je. Biarkan mendidih. Kemudian boleh la masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam masakan tersebut. Biarkan sehingga masak. Then, letak la sedikit air asam dan garam secukup rasa(in this case kalau uols tak nak pedas sgt, letak la gula sket :) ). Masukkan daun kesom. Last, masukkan sayur bendi. Biarkan beberapa ketika..Siap! Jadilah mcm kat bawah ni. Ahaks. *kalau nak pekat lagi boleh la kalau nak letak tomato. Sedap jugak*

Ayam Asam Pedas buatan sendiri! Yay!

Thanx to mummy atas tunjuk ajar. Siap kol lagi mak ape bende ingredients yang perlu ada. Sebabnya anak die ni teringin sangat nak makan asam pedas. So buat la sendiri.

Ayam asam pedas ni familiar kat Johor. So kalau orang luar dengar, mesti cam pelik sket. Buktinya, masa beli ayam kat pasar borong selangor ni, abang y potong ayam tu pelik bile saya btau nak masak ayam asam pedas!

I think uols shud try this recipe. Banyak je kat gugel kite boleh tgk. Makan ayam asam pedas sangat puas ok! Ahaks.

P/s: Dapat markah penuh! Yay!

Thursday, March 24, 2011

Budak Degil

Ini budak sangat degil ok. Tapi he is soooo comel...saya panggil die budak ketegaq. Yes! Cakap la ape-ape pun mmg takkan dgr! Me? Sama je dgn dia. Degil jugak. hahahaha


Training

Minggu ni saya ada Oracle Training di Oracle University. Tahukah anda ia berada di mana? 'Jauh' di MidValley tu ok. Hehehe. Awal pagi lagi sudah keluar dr rumah. *kalau nak p ofis pun tak seawal pukul 6.45 pg tau =p*
Merasa la jugak jem di pagi hari. Banyak kereta uols. Tak larat nak bawak kete tekan brek bagai. Sesungguhnya saya sangat bangga dengan pekerja2 yang kerja kat KL. They all sangat tabah mengharungi jem. Ahaks. Tahniah!

Ok, berbalik pada training. Actually every quarter kite orang diprovidekan training. So request la training ape pun, nnti dorang p hantaq. Tapi bukan la sorang2. By team. So for this 2nd quarter kite orang dihantar untuk attend Adv PL/SQL. Woooo! Memang sangat advanced ok! Duduk di sana hanya menganggukkan kepala sahaja. Definition & Logic paham, but then when it comes to program code..uuumakkkaih....Nak tercabut kepala nak pahamkan codingnya. Tapi takpe, at least dah ada ilmu sket. Kene amik masa untuk digest balik all the infos yang saya dah dapat. InsyaAllah. Mcm seronok plak main-main PL/SQL ni. Boleh tak nak bercita-cita jd DBA plak? Hehehehe.

*Teringat masa kat Infosys dulu. Failed exam oracle. About 75% failed ok. Hahaha. Sangat kelakar!*

Gambar hiasan : Sedapnya dapat minum Boost Juice ni. Penat dok cr kedai die kat mana. Ni gara-gara ada gurl tu beli Boost semalam, so td last day training dok mengidam nak beli ini smoothies! Yay, tercapai impian untuk makin menambahkan berat badan yang dah sedia gemuks..huhuhuhu


Next quarter mahu attend ape plak ye?

Wednesday, March 23, 2011

I am 25!


Yeah. Happy birthday to me! Sudah berumur 25 tahun. Dah hidup 1/4 abad da. Wah...Alhamdulillah, masih di beri peluang lagi untuk hidup dan menjalani rutin harian yang pastinya lagi mencabar. Tahun ini ada target yang mahu dicapai, insyaAllah, semoga semua berjalan lancar. Bersyukur kepada Allah, masih diberi kesihatan yang baik, rezeki yang baik. Alhamdulillah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.



To kawan-kawan yang wish birthday kat FB, sangat berterima kasih. Love you! Muahhhhx! :) Tak lupa jugak kawan2 y sms n kol! Im loving it! Thank you very much!

Oh ye, ms hari kejadian aritu, ada gak 2-3 request dr besday girl ni. Hihihi

Si Seri saya nak mintak belanja aiskrim tutti fruti. Nadd plak nak pau aiskrim ICE ROOM. Hikhik. Okay, sume aiskrim! Yummmy!!! Lalalal~ Memang ko makin GEMOK zida! Lalalala~



Tapi....ada satu lagi y saya nak sekarang ni..Handbag...Oh, cantiknya handbag itu.......Mak berkenan ok. Dah tgk 2x da. Hahaha. Alamatnya sapa yang I ajak tgk kali ke-3 ni kene belikan la gamaknya! Boleh? Anyone sudi mahu belanja? Hiks..Oh...itu hanya impian saya saja. Heeeee~

Wednesday, March 9, 2011

Happy Women's Day


8th Mac 2011 :: Its a Womes's Day. Hi gurls! Selamat Hari Wanita sedunia yang ke 100 kan? Im not very sure.

Today, dapat MMS from En Hadi for Women's Day. Oh soo touching...sebabnyer tak pernah dapat wish cmni from orang yang sayang kita dan kita sayang. Eceh!~ Thank you very much!

To my mom, Happy Women's Day mom. And to my dear frens, kita wanita hebat! Hikhikhik

First Try :: Nasi Lemak


Lately rajin plak saya nak masak. Hihi

Minggu lepas cubaan pertama masak nasi lemak. Sebelum-sebelum ni asek mantak kedarah nasi lemak mak buat atau beli sarapan je, so nak gak try masak-masak sendiri! Yay! Menjadi. Bagi kat housemate makan, they all kate sedap. Huhu. Alhamdulillah, tak sia-sia memasak dengan penuh kasih sayang. Tihtihtih~ Oh, bg En Hadi jugak makan, die kate dr 5 bintang dpt 3.56 sebab satu je, kacang takde! Sengal ok pakcik tu, sebab kacang takde terus dapat rendah! Huuuu...Takpe..cubaan buat nasi lemak sorang-sorang menjadi..Heee, alhamdulillah, lepas ni nak buat ape ye? *Cerita dengan mak, dia kata abes la diet...makin gemuk la shayeeee :(*

Tapi tetap happy sebab my first try to masak nasi lemak menjadi! Ngeee~:D

Tuesday, March 8, 2011

Muhammad Irfan Danial

Introduce our new family members, Muhammad Irfan Danial!

Welcome to the family! Cucu pertama mak & ayah, anak buah pertama saya, anak pertama Mimi & Naim.

Alhamdulillah, adik saya Mimi sudah selamat melahirkan anak pertama beliau pada 22hb Feb 2011 pada pukul 6.18 petang. Gembira tak terkata, syukur kepada Allah. Makin bertambah la keluarga dalam family kami dan makin riuh la family kami bile ada si kecil comel ini. Nama diberi Muhammad Irfan Danial. Muhammad, nenek aka mak yang suh letak, Irfan mama die nak, nama Danial plak si daddynyer yang mahu. Tak ci wooo, tiru nama anak saya yang bakal dilahirkan tak tau bile! Hahaha. *kawen belum , dah pk nama anak, ni sume gara-gara baca novel masa remaja dulu, hikhik*

Bila berita gembira dikabarkan haruslah saya gedik2, excited nak balik JB kan, tapi apakan daya, Mak Long Irfan ni keje kan, so kene la tunggu weekend baru boleh balik JB. Wah...Mak Long gitu. Hihihi. Mula-mula masa jumpa Irfan, tak bahasakn diri Mak Long okaaay. *budak tak terima kenyataan kene panggil Mak Long* tapi esoknyer dah sedar diri, cakap jugak la Mak Long. Hihihi. *saya sudah tua, wuwuwuwu!~*

Muhammad Irfan Danial adalah sangat halus...Walaupun beratnyer 3.33 kg tp kecik je. But then kalau pegang lama-lama lenguh gak la tangan. Mak kate sekarang ni Irfan da besar sikit. Mak kata senang sangat jaga dia. Kejenyer asek tido je. Hihihi


Irfan kuat tido

Irfan comel isap puting.


Irfan dengan Mak Long.


To Irfan, moga kamu jadi anak yang baik ye. Mak Long doakan yang terbaik buat Irfan. Tak sabar nak tunggu Irfan besar! Hihihi

Welcome March!


As-salam, makin hari masa berlalu dengan cepat. Sungguh, sangat cepat ok. Tetibe dah bulan 3. Huuu~ Banyak yang saya kene buat sampai nak update blog pun tak de masa. Bukan ape, mcm tak best plak biar kan blog ni bersawang. Tidak mengapalah takde orang baca pun. Tapi sangat appreciate mana yang baca. Sempat jugak tengok bape orang yang view, Alhamdulillah kalau sehari 10 orang lebih boleh bukak blog ni, ok ar tu..Terima kasih readers! So malam ni luangkan masa untuk update blog. :)


Sebelum apa-apa jom kita layan lagu OST Drama Korea :: My GF is Gumiho...

Oh sangat suka ok cerita ini, silalah tengok. Sangat comeellll!!!! Nomu nomu chuae!!!




genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!