Carian Berguna

U r Visitor No ::

Tuesday, August 17, 2010

Main Masak-Masak : First Try

Entry sebelum ni ada kate kan teringin nak makan Bubur Tepung Pulut Warna Warni kan?
*taktau nama ape sebenarnye, so letak Bubur Tepung Pulut Warna Warni. Hehehe

So Sabtu aritu sy pun try la buat, di beri plak dorongan, memang lagi excited la nak buat :)
So pergi kedai cari-cari barang. Sonang ja buat dia. Bahan-bahan pun simple je.

Bahan doh:

240gm tepung pulut

Air secukupnya

Pewarna hijau dan merah secukupnya

Garam secukup rasa

Bahan kuah:

250ml air

200ml santan pekat

125ml air gula melaka

2 sudu makan gula pasir

2 helai daun pandan | disimpul

Cara memasak:

1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.

2. Bahagikan adunan doh kepada dua bahagian dan warnakan dengan warna merah serta hijau. - nak buat banyak2 kaler pun boleh, kata warna warni kan? hehehe

3. Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya. Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.

4. Apabila doh tadi timbul di permukaan air, angkat dan toskan.

5. Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.

6. Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam adunan kuah dan gaul sebati.

7. Sedia untuk dimakan.

Resipi di ambil dr sini : http://www.rasa.com.my/resipi/manisan/default.asp?ID=234

Di bawah gambar yang diambil semasa sy buat :)


Tepung pulut.


sy guna kaler merah dan hijau plus putih.


Done! Da siap..

Percubaan pertama saya. Hehehe Rasanya mcm rasa yang selalu sy makan. Ok la kot. Hihihi.

Semalam percubaan pertama gak masak Makaroni Goreng semalam. Yummm yumm.. :)

7 comments:

Seri Mas Nurwani said...

wah wah. nanti potluck boleh la bawak:p

nurul azida ahmad said...

hehehe. akan di pertimbangkan, insyaAllah. :)

dd dudu said...

hihi comelnyeeeeee

nampak sedappppp

nurul azida ahmad said...

try buat dd, seng je :)

Eein Haedzerin said...

pandainye masak! looks yummy. nak nak nak!

Anonymous said...

kak zida..blk jb wt pastu antar kt uma diba ye.hehehe =)

nurul azida ahmad said...

[eein] buat sendirik, hihihi. eein, rindu gak puding banana ko tuh, hehehe

[diba] hehe. buat sendirik. :)

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!