Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, October 5, 2012

My E-Day: Review Mini Pelamin


Setelah rasa diri ni dah kurang busy, rasanya inilah masa yang sesuai nak update blog. J

Last time dah janji kalau dapat gambar from OP akan upload dan cerita. Alhamdulillah, within 3 weeks after tunang, saya dah dapat dah album tunang kami. Gembira tak terkata.. sebabnya semua gambar tunang macam jadi gambar raya. Hehehe, semua family ada dalam gambar. J.

So, first of all saya nak review tempat sarung cincin aka mini pelamin. Pelamin ni simple je. Actually, sy ada jugak jenguk bridal punya collection. Kira nak tempah jela kan. Senang tak perlu fikir banyak-banyak. Tapi bila difikirkan, keinginan untuk buat sendiri DIY tu sangatlah tinggi..So dgn kepakaran meng’google’ saya pun cari la contoh-contoh mini pelamin yang simple yang saya rasa boleh buat. Kalau nak diikutkan mula-mula mak saya kurang yakin dengan cadangan saya nak buat pelamin sendiri. Well, beliau tahu saya ni mana kreatif sangat nak men’DIY’. Setelah banyak arguments ala-ala manja, maka mak pun iyakan sajalah. Hehe

Many thanks to bride-to-be, puan-puan pengantin ni. Dorang banyak buat review mana nak cari itu ini. So saya follow aja. Nak tgk tak camne saya punya rekaan mini pelamin? Hihihi. 

Simple kan? Hiks
Memang simple. Sebabnya fikir, belakang backdrop, kiri-kanan bunga and spotlight, paper lantern, tengah-tengah kita letak kerusi. Meh meh saya tunjuk mini pelamin di hari kejadian :)



Kalau ikutkan design, actually backdrop dia xde la camtu, sy hanya ada backdrop putih je, takde layer-layer sebab masa tak mengizinkan. Bunga kiri kanan pun saya tak letak tinggi. :(

So for bride-to-be yang inginkan mini pelamin yang simple, ikut bajet, dan ingin menDIY boleh la guna info yang saya ada. Bawah ni saya akan cerita in detail from top to bottom.

Backdrop - tema majlis tunang kami adalah warna putih purple. So Saya fikirkan untuk letak backdrop putih je. Senang nak main kaler nanti. Sy beli 2 helai. Sehelai panjangnya 2.5m. 1m = RM2-RM2.50. Sila cari jenis kain lycra. Biasa-biasa je. Mudah didapati di nagoya, tewah dan sewaktu dengannya. Kain ni saya beli kat Nagoya, kat Giant Plentong tu. So untuk bride-to-be Johor, boleh la ke sana :). 

Bunga tisu - bunga yang saya letakkan kat backdrop belakang tu. Nampak tak tersusun cantik hujung senget? Hahaha Itula bunga tisu. Gigih saya dan housemate buat bunga tisu ni. Saya buat guna creep paper tu. Beli kat MPH. Satu yang besar harga adalah RM0.80 je kawan-kawan. Satu paper besar tu boleh buat dalam 3kuntum. Ikut korang la nak besar mana. Sy buat biasa2 je. Tutorial? google je...Banyak dah tutorial :) Sy buat dalam 20kuntum je dengan 3 jenis kaler yang berbeza. Kenapa? Baru nampak cantik kan? Hahaha. Tidak ok! Sebenarnyer terpaksa jugak amik lain-lain kaler sebab mula2 dgn hny 5 keping ingatkan cukup la buat bunga, sudahnya, satu keping dah buat test, so xcukup la..Kene la beli lain.. Maka bila cari kaler yang sama, non adooo! So rembat mana yang sesuai jela labu. Bajet kat sini, lebih kurg dalam RM10. :) Murah kan. Bajet termasuk dawai sekali. Kalau rajin nnti sy buat review bunga tisu ok :) #kalaurajin
Antara bunga tisu yang telah siap

Oh, En Hadi pun ada bakat nak buat bunga tisu :)

Kerusi/Stool - Saya memang nak duduk atas kerusi sebab saya rasa saya akan 'cantik' bila duduk atas kerusi. Hahahah*kestaknakdudukbersimpuhsebabGEMUK. Kerusi ni saya beli kat Equine Park, depan Jusco Equine tu...Apa namanya usahlah di tanya sebab saya tak ingat. Yang saya ingat kedai dia dekat dengan kedai yang ada iklan "AMBIL DULU BAYAR KEMUDIAN'. Hehehehe. Harganya only RM99. Masa tu tengah promosi. Ok la cukup untuk saya dan wakil pihak lelaki sarungkan cincin. 

Pasu bunga kiri/kanan - Bunga ni saya DIY dengan housemate saya, Ida. Kami beli bunga kat Fah Lean. Mesti korang tau. Ala yang kat area Balakong tu...:) Murah dan cantik! Total untuk 2 pasu bunga RM100. Beli bunga ni pun banyak batch. 2-3x gak pegi Fah Lean beli bunga sebab tak cukup. heee :D Di nasihatkan kalau nak beli pasu kat Fah Lean murah. Pasu plastik tu baru berharga RM2.90. Tp sayangnya sy beli pasu tu kat Johor. Pasar Smart. You all tau dia charge berapa satu pasu plastik tu??? RM9.90. Ok sedih. Harga RM9.90 tu boleh beli 3 pasu di Fah Lean jenis yang sama! Benci. Maka, silalah pegi Fah Lean. InsyaAllah banyak barang boleh beli kat sana :) Nanti la, kalau sy rajin sy review pasu bunga ok. #kalaurajinjugak

Spotlight - Saya pinjam dari kawan tersayang. Ckin. Dia DIY pelamin masa dia kawen. So kebetulan spotlight pun ada. So pinjam je! :) freee....Thank you Omma Cikin...!

Karpet Bulu - yang ni best sebab punya susah saya cari. Jangan terpedaya ok, ni bukan karpet pun sebenarnya. Ia hanyalah kain bulu. Tiap kali pergi mall saya mesti singgah kedai textile cari kain bulu, tapi sedeyyyyy asik tak jumpa je. Sampaila aritu "berjalan-jalan" di blog and mentioned kalau nak cari kain bulu sila pergi ke KAMDAR, MidValley. Yeee..maka berjalanlah saya sorang ke sana p cari kain bulu. Dan yes! Saya jumpa kain bulu tu. :) Double triple happy la kiranya time tu. Tapi.....kalau ikutkan nak warna putih/krim. Sudahnya habis plak. So ada warna purple, maka amik la dalam 2meter. Masa tu ada discount 20% instead of harga dia RM24.90, sy dpt discount lagi. Sukeeee :D 

Kain bulu purple :)

Paper Lantern - haaa ni lagi best. Katanya kat petaling street lagi banyak choice, tp on the way ke sana dengan bakal tunang time tu dia kata kat Daiso, Jusco Equine tu pun ada paper lantern. Sudahnya patah balik, kembali ke tempat asal, area dekat dengan rumah je Jusco tu, makanya bergaduh dgn En Hadi kalau xde paper lantern tu "Siaplah awak!" Eceh bukan main lagi..Hahaha tp sampai-sampai je sana, cari paper lantern tu adooo....! Terkena batang hidung sendiri. Hukhukhuk. Tp tak banyak choice. Luckily tema putih purple, so main amik je kaler, putih, pink, and putih purple. Saya amik 6pcs. Nak tahu berapa harganya satu? Daiso kan...Only RM5!!!! So murah la sangat. Maka paper lantern sy cuma berkos RM30 :). Fuh puas hati. Tapi nasibla lepas tu kene bebel dengan En Hadi. *pekakkantelingajela :)

Saya pasang backdrop sehari sebelum majlis, tapi hias-hias tu di pagi hari majlis.

So kalau ikutkan total untuk buat mini pelamin ni lebih kurang RM300 jugak la. Jimat pun jimat, dan barang akan jadi milik sendiri. Huahuahua. Gelak kejam. Hehehe. Barang semua masih tersimpan elok kat rumah. So if ada yang berminat nak tanya pasal DIY mini pelamin boleh la contact Zida ok. nurulazida86@gmail.com :)

Korang akan rasa seronok bila buat DIY sendiri. Puas hati walaupun ia tidaklah seberapa. Ok la kan untuk majlis tunang kecik-kecik ni. InsyaAllah nnti kalau kahwin kene tempah jela, senang. :)

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!