Carian Berguna

U r Visitor No ::

Monday, August 30, 2010

Merdeka!

Esok Selasa, 31hb Ogos 2010. Alhamdulillah, sudah 53 tahun kite menyambut hari kemerdekaan. Dulu kalau time merdeka mesti saya kat umah JB. Akan menyaksikan bunga api kat tingkap dalam bilik. Hikhik. Tp now saya kat Bangi je. Dok jela bertapa kat sini zida oiii... :( Wish I can balik kampung. Huwaaa!~

Oh ye, merdeka dah 53 tahun, ape pula yang anda rasa anda nak buat untuk diri anda ye?

Saya? Huhuhu. Mahu me'merdeka'kan diri. Apekah itu? Hikhik. Poyo je zida, almaklumlah td dengar Hot fm petang on the way balik dr keje, then dorg bincang pasal merdeka ni. Hopefully ape yang kite buat ni mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah :)

pic source from : bendera-malaysia

Hai Rakyat Malaysia,
SELAMAT HARI MERDEKA!!

pssst: Minggu depan raya, tahun depan kite akan raya dan smbt merdeka sekali pd hari yang sama :)

En Bos, agak2 bile kemarau nak stop neh? Sy tak buat lagi persiapan raya. Hukhuk :(

Tetibe lagu Allahyarham Sudirman berkemundang. Sedih.

Mimpi jadi kenyataan

Aritu kan saya ade post pasal Mimpi yang Happy? Tetibe kan jd kenyataan seh. Kebetulan saya jumpe dengan 2 orang yang dah lama giler sy tak jumpe! Izyan & Rozana. Huhu. Happy giler!! Sebab dgn Izyan almost 10++ kot tak jumpe. Izyan ni kawan sekolah agama. Mmg lama la. Tp still mcm dulu gak. Sudah jd lawyer berjaya kot. Hikhik. Alhamdulillah, rezeki masing2 kan :)

Si Zana ni plak kawan masa sekolah menengah. So hampir 7 thn gak la tak jumpe. Hikhik. Borak lama giler. Alhamdulillah, jumpa gak kawan-kawan sekolah. :) Happy sangat-sangat.

Nama je dok satu taman, tp jumpe jauh sampai ke sini. Yeah. Masing2 sudah berjaya. Alhamdulillah.

Harap-harap this coming raya boleh la jumpe kawan-kawan sekolah.

psstt :: Sy cuti dr 8hb - 17hb Sept. Hoho. Lamanya cuti :) - company mogok tutup sempena cuti raya

Kes Buang Bayi lagi

Kes buang bayi lagi. Haish..Sedih. Geram pun ada. Ape nak jadi la ngn orang-orang yang sanggup buat camtu ek?

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayidalambegkertas/Article

*Masa kejadian, saya ada lalu disitu. Betul2 nak masuk simpang. Ingatkan eksiden, rupe2nyer baby. Sadis betul :(

Friday, August 27, 2010

Mimpi yang happy

Malam td saya mimpi. Seronok sangat mimpi tu. Sebab saya dapat jumpa budak-budak sekolah SMKTJJ(2). Hurm. Mungkin rindu ni. Ke dorang rindu saya? Hikhikhik. Jumpe Joel Dass, siap pakai baju sekolah lagi, comel giler! Hikhik. Jumpa sape lagi ek? Tak igt da. Hehe. Tapi mmg ramai la.

Yang sangat pasti, saya mimpi ketemu En Hadi juga. Syiokkknya..

Oh itu sekadar mimpi. Tp mimpi yang menyeronokkan. At least xdela mimpi kene kejar ngn peminat pemiutang. Hoho scary giler tu! Hehehe

Ok ok cukup! Arini happy sebab En Hadi balik KL, and dapat buka pose ngn Geng Jalan-Jalan iaitu Eein, Seri ngn Faliq. Yipppie!! :)

Monday, August 23, 2010

Fevret Ku

Kebiasaan bulan puasa tahun ni, saya selalu giler pergi Bazar Ramadhan Putrajaya. Sebabnya? Saya sudah jatuh hati dengan satu kedai kuih kat situ. Yang ada jual kuih bakar, puding roti, puding jagung n bermacam-macam kuih lagi. Huhu. Harga setiap kuih tu satu, adalah 50sen. Mahal tak? Mahal kot.. Tp nak jugak beli sebab saya suke giler puding jagung die. Hehe. Ala beli pun dua 3 biji jek. Sampai rasanya makcik tu kenal dah. Hihihi. Oh ye lepat pisang pon sodap gak. Mmg tak lokek bahan la. Tp kuih-muih lain sy tak tau sedap ke tak.

Haish, di bulan puasa ni, cerita asek psl makan je ek. Igt arini nak try msk Nasi Grg Tomyam. Mungkin sebab aritu kua ngn schoolmate, Yana Hashim, die makan NGT tu..Makan2 cm sedap gak. Huhu, tetibe bile pergi kedai mane2, asek nak order NGT. Tp bila dpt makan, xsodap. Haish. So skrg ni tgh berkobar-kobar nak masak sendirik. Hihihi. Hopefully menjadi. Kene beli brg sket. Hurm, nk clearkan fridge tu. Banyak giler makanan, dah mkn pun, tp banyak giler.

Panas la. Panas dlm kot. Pening kepala pun ye.. Hurm, hopefully ok. Sy nak balik umah!!! *homesick*

Wednesday, August 18, 2010

Parah

Bulan ni sangat PARAH. Tekanan perasaan betul. Nak balik jb pun x dapat balik lagi. Mak, sori akak tak dapat balik. Nanti da ok, akak balik yek..

Bapa lama lagi mahu survive? Argh! Tolong-tolong. Perlu jalan keluar. Ape aku nak buat ni?

Ya Allah, lindungilah hambaMu ini dari sebarang kecelakaan. Mungkin ini dugaan di bulan puasa. Sabar jela..

Arini genap 2 tahun bekerja di sini. Happy 2nd anniversary zida. Huhuhu. Sgt tak best perasaan ni.

Tuesday, August 17, 2010

Main Masak-Masak : First Try

Entry sebelum ni ada kate kan teringin nak makan Bubur Tepung Pulut Warna Warni kan?
*taktau nama ape sebenarnye, so letak Bubur Tepung Pulut Warna Warni. Hehehe

So Sabtu aritu sy pun try la buat, di beri plak dorongan, memang lagi excited la nak buat :)
So pergi kedai cari-cari barang. Sonang ja buat dia. Bahan-bahan pun simple je.

Bahan doh:

240gm tepung pulut

Air secukupnya

Pewarna hijau dan merah secukupnya

Garam secukup rasa

Bahan kuah:

250ml air

200ml santan pekat

125ml air gula melaka

2 sudu makan gula pasir

2 helai daun pandan | disimpul

Cara memasak:

1. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan gaul rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.

2. Bahagikan adunan doh kepada dua bahagian dan warnakan dengan warna merah serta hijau. - nak buat banyak2 kaler pun boleh, kata warna warni kan? hehehe

3. Gentel kecil-kecil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan tekan bahagian tengahnya. Celupkan ke dalam air yang sedang mendidih.

4. Apabila doh tadi timbul di permukaan air, angkat dan toskan.

5. Untuk membuat kuahnya pula, satukan kesemua bahan kuah di dalam periuk dan didihkan. Perlahankan api dapur agar santan tidak pecah minyak.

6. Akhir sekali, masukkan doh yang telah direbus tadi ke dalam adunan kuah dan gaul sebati.

7. Sedia untuk dimakan.

Resipi di ambil dr sini : http://www.rasa.com.my/resipi/manisan/default.asp?ID=234

Di bawah gambar yang diambil semasa sy buat :)


Tepung pulut.


sy guna kaler merah dan hijau plus putih.


Done! Da siap..

Percubaan pertama saya. Hehehe Rasanya mcm rasa yang selalu sy makan. Ok la kot. Hihihi.

Semalam percubaan pertama gak masak Makaroni Goreng semalam. Yummm yumm.. :)

Monday, August 16, 2010

Nyanyi-nyanyi

Jom nyanyi...

Malam yang sepi pi pi, Pak Mat jual roti ti ti. *Eh betul ke lagu die cmtu? Lagu ms zmn kanak-kanak?*

Sesungguhnya lagu kanak-kanak seronok kan? Semua orang tak kira la die dok Johor ke,
Perak ke mana-mana lah, mesti tau lagu-lagu yang sama waktu dengannya.
Kenapa tetiba nak menyanyi ek?
Hahaha, mungkin mahu release tension. Bukan mungkin lagi, mmg kot.
Tp takdela nyanyi lagu kanak-kanak. Yang itu rindu mungkin.
Smbl menaip ni, kebanyakkan lagu yang saya dengar semua lagu nasyid. Lagu zaman-zaman belajar. Memang sgt menenangkan hati ok. Sambil-sambil menaip sambil-sambil bernyanyi riang. Urgh..bestnyer. Smpi ada kalanya mahu menanges. Ape kes ni zida ko nak nanges-nanges plak?Hahaha..Lembik betul la kamu ni zida :) Insaf. :)
Ok la jugak kan time-time pose dengar lagu nasyid ni, xkira la ketuhanan ke, cinta atau pelbagai lagi. Yang terbaru ni sy dgr lagu Edcoustic-Muhasabah Cinta. Sgt best ok. Walaupun lagu ni tak silap dua tahun lepas kot.
Korg try la dengar. :)

Ni lirik dia.

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

taken from : http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/3226/edcoustic-muhasabah_cinta.html

ni video : http://www.youtube.com/watch?v=V8vRQZbGfko <-- tetibe tak boleh attach video plak. hurm.

Layan....Jom dengar lagu nasyid lain!~ :)

Bestnyer lagu :
Brothers - Doa Perpisahan, Selamat Berjuang
Inteam - Setanggi Syurga dll.
Mestica - Destinasi Cinta
Siti - Asma-Ul Husna

Ah..tenangnya...

Nak balik umah!!!! Huwaaaaa!~ Tenang ke ko ni zida? Hahaha

Friday, August 13, 2010

Nat's Farewell

Yeah, sorang lagi meninggalkan Akademi Fantasia OAS. Kali ni Puan Nat, yang lebih muda dari saya. Hihihi. Dah ada anak dah pun, comel plak tu! Sekitar majlis :


Yang menjayakan ++


Makanan yang jd 'mangsa'


Kad raya untuk Nat, hihihi


Yang diraikan, Ainul Natrah






Geng 'sekolah'


Lama takde gmbr cmni kan? Gambar amik sendiri. Hihi

Nat berhenti sebab die ikut husbandnyer ke Pakistan --> exact place Karachi kot.
Selama 3 tahun. Best giler dpt g oversea, hopefully semuanya berjalan lancar, selamat pergi dan kembali. Jangan lupe belikan sebarang dua cenderahati buat kami :)

Pssst : Ah...sudah 3 entry aku post arini. hihihi

Sahur & Berbuka

Napa kosong je floor ni ek? Makin lama makin kurang orang. Mungkin ambil kesempatan pulang ke kampung untuk menyambut bulan puasa. Itu memang WAJIB. Saya pun nak balik...Huwaaa~! Tp kondisi tidak mengizinkan. Hopefully minggu depan boleh balik. So bolehla berbuka puasa dengan family tercinta.

Sudah 3 hari kita berpuasa, bagaimana puasa anda?

Setakat ni saya dan housemate memang tak tinggal sahur lagi. Hehehe *huhuhu, dulu saya kalau sahur normally akan bgn minum air je-buruk perangai*
Kali ni, bangun sahur masak air, then buat air panas. Makan dengan roti ke biskut ke. Then makan buah, minum air masak. Arini plak houseamte2 ku rajin. Dorang masak nasi, then grg telur dadar, and makan ngn ikan bilis masak kicap+sos yang rangup! Sedap seh! First time makan ikan bilis masak kicap+sos tu. Rs cm nanti buke nak makan tu jugak. Hikhikhik.

Kalau kat rumah plak, mak mesti sediakan air susu untuk kami. Hurm, bestnyer. Mak, nak balik umah!!! (tekanan perasaan di situ)
Dah request mak, balik ni nak suh mak buat daging dendeng, nasi impit dan telur dadar! Yay! Request approved! :))

Kalau berbuka pula, 2 ari berpuasa, berbuka dengan En Hadi, pergi bazar, then buke kat kedai makan jela. Amat berbeza ok kalau pergi ngn laki ni, rs macam nak itu ini, tapi takmo beli. Smpi masa, taktau nak buke dgn ape. Hahaha. (sebenarnye xbole beli banyak2 nanti kene marah, no no no! hehehe)..Kalau g ngn geng2 perempuan harus nampak yang tu, nk beli yang tu, kalau nampak je mesti nak beli. No good no good. Lagipun kalau beli banyak-banyak kang nanti tak abes. So beli ala kadar pun tak membazir. :)

Tapi sy rindu zaman-zaman masa belajar kat UiTM dulu. Yela, petang-petang kalau rajin g PKNS, cari bazar ramadhan kat situ. Oh, tetibe teringat sambal grg tempe yang kering tu.


pic taken from http://umairahbeauty.blogspot.com/

Sedap woo.. Makan camtu je. Pastu air asam boi! Sedap seh...Tak pun tomyam campur yang kat Dataran Cendikia tu. Hulaaamak! Mmg betul2 kaw!!! Rsnya dah takde dah abg niaga masak tomyam tu. Tomyam die dah la banyak, murah plak tu. Siap boleh simpan makan untuk kali kedua plak. Hihihi. Pastu teringat plak, sy ni suke dodol (cmne ntah sukenyer tetibe). Siap ms belajar ada stok dodol sinbei! Hahaha. *Sengih-sengih sendiri smbl taip* Kenangan terindah seh!

Now, perut da berkeroncong, tula zida, p lagi gugel makanan-makanan. Padan...Hikhik.

Oh teringin jugak nak makan bubur tepung pulut yang warna warni tu..Sedapnyer...

Puasa-puasa jugak, makan-makan jugak, ibadah jangan lupe. Kalau berkesempatan pergi terawih, moh le kite g yukk...

Happy Friendship Day!

Salam Ramadhan untuk hari yang ke-3 :)

Arini dpt award dr Linda. Oh sy panggil Linda, tak panggey ReD. Hehehe, hai ReD!

Award dia adalah ini :


Happy Friendship Day!
Linda, actually aku tau FD <-- Friendship Day ni 1st Aug. Tapi cam, eh betul ke tak ek. Walau ape sekali pun, walau kite bz mane pun, walau masing2 ade komitmen, tapi kawan tetap kita ingat. InsyaAllah. Happy Friendship day untuk anakku kawan-kawanku =p

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kite bertemu lagi dengan ramadhan kali ini.
Salam Ramadhan buat semua, semoga ramadhan kali ni membawa berkat pada kite semua. Di beri kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa ni. InsyaAllah, Amin.

Hopefully target nak gemuk banyak-banyak gemuk sikit-sikit menjadi. Hahaha
Chiayok2x zida.
Jom solat terawih jika berkesempatan.

Lafaz niat puasa boleh rujuk sini

P/s: Jimat-cermat sikit zida.

*Setahun sudah, i love that moment! Eh eh, esok tak cuti kan? hahahaha*

Friday, August 6, 2010

Babysitter

Malam ni saya akan naik bus ke Kamunting. Yehooo! Akan ke Bukit Merah menjadi babysitter Nadeem hujung minggu ni. Seronok tp takut gak, sebab pegi sorang-sorang naik bus. Hopefully xde ape-ape berlaku sepanjang perjalanan nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

P/s: Akan rindu En Hadi. Huwaaaa~! Takpe, die pun balik kg :)

Monday, August 2, 2010

Al-Awwal Red Farm

Lama tak update belog kan..

Last Saturday saya ikut En Hadi ke rumah kenalannya di Jalan Gombak, Syawal namanya. Syawal ni buat kenduri untuk arwah ibunya dan sempena pembukaan ladang kambing yang beliau laksanakan. Dah tokey kambing haruslah makanan pun di hidangnya kambing kan..Hihihi..
Sup kambing...Pergh!! Memg terangkat la. Sedap wei! Rs cam...Nak lagi?? Huhuhu
Baru berusia 21 tahun tp sudah mempunyai bisnes yang mmg betul2 boleh maju ni..tabik spring gak kat mamat ni. Mule la berangan nak buat bisnes. Hihihi *berangan jew~lalala~*
Apa yang saya tau, die buat trading kambing. Sambil-sambil tu ade buat catering gak. So sapa-sapa yang interested boleh la nak contact beliau. Al - Awwal Red Farm, nape Red Farm? Sebab kandang die, die cat warna merah. Hiks




Antara perkhidmatan yang disediakan
Catering (msk kari kambing, kurma, kari kuzi, sup kambing)
Sup kambing die mmg terbaik wok!!! Suke sgt. Hiks.
Sesuai gak la untuk majlis kesyukuran, aqiqah ke. So sape-sape yang berminat boleh la nak contact En Syawal ni.

P/s: Banyak yang saya belajar.

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!