Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, November 26, 2010

Kita Satu

Dapat video post from En Hadi kat Fb td. I love this song! And I love him. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.


Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

from : http://www.hidupsantai.com/2010/11/12/spider-kita-satu-lirik/

Sup Kentang

Akhirnye hasrat nak buat sup kentang menjadi. *hoho, lama dah nak buat, tp tak buat2*
Ok, ni first try sy buat sup kentang! Ngeee~:D Sebelum2 ni tengok mak n member2 je y masak. So bile mood tgh rajin dan teringin nak buat, sy pun buat la. Menjadi! Yay! Sedap makan begitu saja. Lepas makan, tido....Wah terbaikla kamu Zida! Hikhikhik



Berasap lagi, sebab bru siap

Resipi:
Kentang
Carrot
Tomato - potong 4
Sayur Pucuk + Soo hoon
Bawang, bawang putih, ikan bilis, cili padi(kalau nak rs pedas)

Mula-mula kupas la kentang tu dan potong ikut kesesuaian. Carrot pun sama. Hiris bawang merah, bawang putih. Lepas tu, tumis je bawang merah, bawang putih smpi naik bau. Masukkan sekali ikan bilis n cili padi tu. Tumis-tumis. Lepas tu masukkan air secukupnya. After that masukkan kentang. Biarkan mendidih sampai kentang separuh masak, masukkan carrot dan tomato, sayur pucuk, soo-hoon. Kemudian tunggu sampai semuanya empuk. Lepas tu boleh la dihidang. Makan begitu saja! Marveles! Sedap! Nak lagi sedap boleh la letak black pepper! Konfem terangkat :)

Next time nak try buat begedil plak. Hihihi

Yang benar,
Zida si penggemar Kentang :)

Mereka

Lokasi : Perbadanan Putrajaya













Love this pic so much. Edited by Tikah

Gambar hasil ihsan Haqqiem

Thursday, November 25, 2010

Bye-bye P

Say goodbye to Lesen P saya. Hikhik. *ah, lmbt betul la zida ni, org dah berzaman dah lepas P tu*


Alhamdulillah, lesen P saya akan tamat arini. Genap 2 tahun sudah dan hampir genap jugak 2 tahun saya bergraduate. Hihihi. Teringat masa nak amik lesen dulu. Lepas saya konvo, ajak family g amik lesen P ni kat Nilai tu ha...Lepas tu merasa la dua kali bawak kereta manual. After that, auto sajorrrkk..*oh, sy dah lupe cmne nak bawak kete manual, ajo please....*

Mula2 tak tau pun kalau pemegang lesen P ni kene pergi ke JPJ untuk renew lesen, so bajet nnti dah sampai masa nak buat kat post office je. Kebetulan ada member yang baru nak renew lesen P ni, die kate kene p JPJ. Alamak!! Asal kene pergi JPJ ek? *worried* Bile ingat punya ingat, yela, P kan percubaan. So kalau dalam status percubaan, tamat je P tu kite kene p JPJ untuk cek markah merit kite. Dimerit ke tak ek. Pass ke tak nak pegang lesen full ni. Muke dah cuak, alamak saya lulus ke tak ye P ni. Jgn tarik balik lesen sudah. Huhuhu. Siap pergi cek lagi buku memandu, nak tgk sy ada buat kesalahan ke tak. Almaklumlah saya ada saman parking :). Tp tak kesahla, redah je JPJ tu.

So bila smpi JPJ, amik nombor, tunggu giliran. Sampai masa giliran saya, tak sampai 2 minit, dah siap! Mak aih punye cepat. So alhamdulillah, saya pass! dan berjaya memegang lesen PENUH! Hoyay! Alhamdulillah. *btw, cik puan tu tak cek pun markah dimerit sy, ke die cek? Saya pun tak pasti, huhuhu*

*tapi sticker P tu nak letak lagi. Senang nnti kalau adik nak pakai, takya bukak2, hihihi*

Perkahwinan KD

Wah…KD? Siapakah KD? Kridayanti kah? Hikhikhik. Jangan tertipu. KD adalah combination name of Kuku&Dudu. Eh ape pelik name dorg ni ek. Khairi & Diana u ols. Kuku & Dudu tu nama ‘manja’ dorg. Ahaks.

Alhamdulillah, berkesempatan juga pergi ke majlis Perkahwinan Dd & Kuku ni. Yela, kalau ikutkan sy kat Jb time tu sebab tgh cuti raya haji kan. Tp Sabtu pagi tu trus gerak dr Jb sebab nak kejar Wedding Dd punye pasal. Atas sebab2 tertentu saya dan En Hadi smpi lambat. Oh I hate it, coz tak dpt jumpe geng2 Ex-Oasian. Uuuu. Keciwa. Hukhuk. Tp xpela, y penting attend gak wedding DD n Kuku, comel DD pakai baju pengantin. Kuku pun macho. Haruslah, raja sehari kan. So, buat Dd dan Kuku, Tahniah! Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah, Amin…




Pelamin dorg cantik, gift dorg pun cantik. Sukeee~

p/s: Tiap2 minggu ada kenduri kawen. Next sape?!

Wednesday, November 24, 2010

New Baby

Raya Haji aritu, my mom cakap ada baby baru akan datang. Nama dia Akim. So, meet Akim in the house, family! Berusia 4 bulan, dah pandai tiarap da :) So nnti Arianna ada kawan la boleh main-main kan.

Akim budak botak jugak

Makan time

Baby tua dan baby bangka

Almost 14 years dah mak jaga baby ni. Hurm, alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Dah bape ramai mak jaga baby, semuanya comel2 dan banyaknyer boys je. Gurl ada sorang iaitu Arianna botaks. Hihihi. So after this, kene jg anak Mimi pulak kot. My mom nak jd Nanny da. Ahaks.

Mak Buyong

Alhamdulillah, my sis dah pun pregnant. Jd mak buyong sudah. Almost 6 months ++ dah, end of Februari 2011 nnti bakal melahirkan. To be exact 27th February 2011. InsyaAllah. Hopefully semua akan berjalan dengan lancar. Mak sihat, baby sihat. Tp kan kenape ek adik saya ni bile check-up berat badan turun? Tak tau lagi baby boy ke girl. Huhu, saya akan jadi aunty la tahun depan! Yay! Erm nak bahasakan ape erk sy ni nnti? Mak long? Aunty? Mummy Long? Makcik? Arghh! Kakak Nurul boleh tak? Hihihi *budak tak boleh terima kenyataan dah jd makcik...tettttt*

perut akan makin membesar

sape y preggy ni? hahaha

Rest N Go Station

Tempat kesukaan kami bila dating. Hahaha.

Rest N Go Station

Skrg dah banyak tempat yang ada Rest N Go ni kan, ok la kalau sekali sekala nak urut-urut kalau sakit-sakit badan J

En Hadi ni suka sangat singgah Rest N Go ni, agak-agak tak puas berurut 3min, ditambahnye lagi. Suke betul. Legaaaa katanya. Hihihi.

Ah..leganya....

So korang, agak-agak skt badan tu ha, moh la singgah Rest N Go ni. Ni die punya rate :

RM 1 = 3 min

RM 5 = 15 min

RM 10 = 30 min

Yang, nnti da kawen, kalau u sengal-sengal badan I bawak u g sini je ye. Boleh tak? Hahahaha. Opsss! Zida gatal. Wekkk! =p Ok bye!

Tuesday, November 16, 2010

Irisya yang cute!

Comel sungguh anak Red Linda budak yang mak Red Linda jaga ni. Namanya Irisya! Setahun tujuh bulan katenyer. Tp suke sgt berposing. Buat kakak-kakak aunties ni geram sangat! Hihi.
*tp we ols bhskan kakak jew, hihihi* Lihat saja la pose cute si Irisya ni.

Orang nak pakai tudung, dia pun sibuk nak pakai tudung.

hihihi, pakai anak tudung plak

Wooo, pandai sungguh sandar tepi dinding tu! Aishh..Geramnyer!!
*sila abaikan suasana di blkg tu yerr*


ok this one plg cute! Irisya Gedik! Hehehe

Ok ni la mak budak yang 'culik' Irisya masa reunion kami ritu. Linda. Hehehe


Monday, November 15, 2010

Raya Haji 2010


Selamat Hari Raya Aidiladha!

p/s: Tomoro akan balik JB! Yay! Cuti cuti cuti! :)


Reunion CS230

Alhamdulillah, Jumaat yang lepas menjadi jugak rancangan 'on the spot' kami. Ramai gak yang datang. Thanx to mereka yang datang. Nadiah, Tikah, Imma&Izmir, Irra&Rafhan, Wahid, Pia, Zue, Ami, Hakim dan Linda. Hopefully lepas ni boleh buat lagi. Lepak kat Perbadanan Putrajaya sampai kul 12++. Makanan adalah simple. Dominos yang banyak, kek, jajan-jajan n air. Disebabkan rancangan yang singkat, so ni jela ape y ada. Hehehe. Next time boleh buat lebih baik lagi. :)

Kawan-kawan saya

Kek kami. "Reunion CS230"


Jom makan

Bacaan doa, oleh Izmir

Cik Red kita bawak anak la...

Actually kami jumpe2 ni pun sebab nak meraikan Imma&Izmir, Irra&Rafhan yang akan melangsungkan perkahwinan bulan hadapan. Time ni je boleh jumpe sebab kang nnti2 dorang bz plak. So tahniah buat korang in advance!

Hakim from Melaka aka Photographer kami

Gambar comel mereka untuk iklan 'husband hunting' hikhik

Best sgt dpt jumpe, at least boleh borak2 cite pasal perkembangan masing-masing. Happy sgt!
Hopefully boleh jumpe lagi :)

Friday, November 12, 2010

Kawan Kahwin

Memang excited sgt nak cerita berkenaan kawan-kawan kawen ni. Ni especially geng2 cs230 budak matrik la. Heheheh. Ok first member yang telah pecah tradisi memasuki alam perkahwinan adalah :

Fiza

comel betui hang, mak suke ok :)

Fiza & Ijam

kawan-kawan y hadir

Fiza & suami melangsungkan perkahwinan mereka pada 1.5.2010 yang lalu, dekat Penang kot tak silap. Masa tu saya tak dapat pergi sebab clash ngn wedding adik. Alhamdulillah, skrg ni tengah mengandung, jd mak buyong jap. Dah 5-6 month rasanya. Sat g kami jd aunties! hehehe. Hopefully baby n mummy sihat :)

Yang ke2 adalah Asid.



Alhamdulillah, sudah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Aini masa 9.10.10 aritu. Tak tau pun die nak nikah. Katenyer buat kecil-kecilan. Middle Januari 2011 akan berlangsungnye majlis persandingan beliau dan isteri. Tahniah tahniah!

Next! Hakimah pulak!

masa majlis merisik februari lalu.

Bulan 10.12.10 die nikah, sanding 11.12.10. InsyaAllah, semoga berjalan lancar.

Lepas tu Irra dan Rafhan plak.

hari pertunangan irra & rafhan

Pada 23.12.2010. Sorry cant attend the wedding. Ari bekerja tu. Hehehe. Semoga kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, amin.

Mereka ni semua geng2 utara. Amboi hangpa, cepat sungguh naaa. Hehe. Cik Tikah, Wahid dan Pia bile lagi?


So, lepas ni sape geng2 kite yang akan mengikut mereka yang diatas ye? InsyaAllah semua. Tapi masanya kite sendiri tak tau. Hihihi.

Cik Zida bile ye?? Hehehe. InsyaAllah, sampai masa Cik Zida btau ye :)

gmbr credit from Fb dorg :)

Thursday, November 11, 2010

Harap Menjadi

Cadangan untuk membuat reunion geng matrik cs230 ni selalu tak menjadi. Ada hal la, yang ni ada, yang ni xde. End-up tak buat pun. So td dah buat keputusan, memandangkan Irra dan Imma akan berkahwin bulan depan, konon2 nak buat parti bujang la. Kononnnn. Hahaha. Tp akhirnye bertukar reunion, insyaAllah, ada yang boleh pergi. Ada jugak yang tak boleh. Mana yang tak dapat join tu, xpela..Next time plak kite buat kan. Almaklumlah, lepas masing2 meninggalkan AF UiTM, masing-masing dgn life masing2, berkerjaya, berumahtangga, bersingle-singelan. Hehehe. Tapi, insyaAllah esok kita jumpa. Happy sangat, rasa cam raya plak! Kol sana, kol sini tanya sapa yang boleh dtg. Hurm, rindu kat korang. Hope esok menjadi. InsyaAllah, amin.

Korek-korek gambar kat FB tikah, jumpa yang ni, Tergelak plak bila teringat kisah masa muda-muda dolu. Hihihi. Guys, rindu giler kat korang :)

masa family day. "Ke bintang!"

Masa ni buat cmtu sebab terikut dengan trademark Vee&Shidi dalam Sehati Berdansa! Ari kejadian, kami ada family day CS230 ni. Tak silap sem 5 kot. Happy giler time ni. Kami semua dikehendaki pakai baju merah. Ikut tema! Main tarik tali, geng kite org menang. Teringat plak quote Awe ajar masa nak tarik tali tu! Hahaha. "Tarik, enjut! Tarik, enjut!" . Wah we, kotoq hang naa. Hahaha

ni main game straw kot.

Time ni tak silap hari kejadian adalah birthday saya. Kebetulan jatuh pada tarikh beday I. Masa ni sem 3 kot. Kami ramai-ramai p Bukit Cerakah, cycling. Syiok gak jalan2 naik beskal ramai2. Best giler time tu. Ni jela 2 kumbang kami dalam kelas dak matrik. Sorg kawen da, si Asid yang dok depan sekali. Yang baju merah, si Hakim tu...Coming soon kot. Ecece~

Ni plak masa Jamuan Hari Raya, tak ingat tahun bila. Kami buat kat Cafeteria Delima je masa ni. Lepas jamuan kami serbu rumah hantu yang kebetulan ada masa pesta Konvo! Hehehe. Moment yang tak boleh lupe, kami jatuh beramai-ramai kat dlm umah hantu, smpi sy punye kaki lebam, si Pia punye selipar putus! hahaha. Klako je bile pk time ni. Seronoknyer! I wish I can do it again! Hehehe.

Ape-ape pun, semua dah tinggal kenangan. Tp kenangan tu masih terpahat lagi dalam ingatan Cik Zida ye. Next nak cite plak sapa yang kawen. Lepas ni nak buat ranking la. Hehehe. Tahniah Fiza, hang no 1!!! :)

UPSR

Result UPSR arini ye keluar? Hehehe, tak sure ada ke tak sedara-mara yang amik UPSR. Jap kol mak. Hahaha. Dan dan trus kol mak.

After a minutes.

Oh takde la. Takde la yang amik UPSR tahun ni. InsyaAllah tahun depan ada. So adik-adik, cmne keputusan korang? Ok kah? Huhuhu. Mesti ramai yang dapat 5A kan. Tahniah!Tahniah! Kalau mana yang tak sampai target, tak pe, jangan la rasa down sgt ye. InsyaAllah, ada lagi masa nak capai yang lebih baik. Walaubagaimanapun belajo rajin-rajin ye. Nanti dah besar boleh keje best-best. Hikhik.

Terigt plak zaman masa UPSR dulu. Cikgu siap buat tuisyen kampung lagi. Sebelum masuk dewan exam, kami di beri kacang kuda(y warna kuning tu, kacang kuda kan panggilnya?hihihi) dan susu HL. Makan kismis lagi. Sgt bagus wooo effort cikgu2 sekolah. Terima kasih. Smpi skrg saya masih minum lagi susu HL. Seeetaaaap sangat!

minum la susu HL, sedap woo!

Alhamdulillah keputusan ok, 4A 1B, takdelah dapat 5A. Sambung belajo pun kat sekolah biasa je. Almaklumlah time tu agaknya kite tak aktif, so nak masuk sekolah asrama tu tak dapat la den nak nolongnyer. Hihihi. Tapi dok sekolah biasa boleh jugak berjaya kan? Sapa kata tak boleh! Nothing is impossible la skrg ni. Ewah! Ok zda, sambung keje anda!

So once again, buat adik-adik tahniah ye. Blajo elok-elok, nnti da besar boleh tolong mak pak J


Gambar kenangan raya tahun ni dengan cikgu sekolah rendah. Terima kasih cikgu! :)

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!