Carian Berguna

U r Visitor No ::

Wednesday, November 24, 2010

Rest N Go Station

Tempat kesukaan kami bila dating. Hahaha.

Rest N Go Station

Skrg dah banyak tempat yang ada Rest N Go ni kan, ok la kalau sekali sekala nak urut-urut kalau sakit-sakit badan J

En Hadi ni suka sangat singgah Rest N Go ni, agak-agak tak puas berurut 3min, ditambahnye lagi. Suke betul. Legaaaa katanya. Hihihi.

Ah..leganya....

So korang, agak-agak skt badan tu ha, moh la singgah Rest N Go ni. Ni die punya rate :

RM 1 = 3 min

RM 5 = 15 min

RM 10 = 30 min

Yang, nnti da kawen, kalau u sengal-sengal badan I bawak u g sini je ye. Boleh tak? Hahahaha. Opsss! Zida gatal. Wekkk! =p Ok bye!

Tuesday, November 16, 2010

Irisya yang cute!

Comel sungguh anak Red Linda budak yang mak Red Linda jaga ni. Namanya Irisya! Setahun tujuh bulan katenyer. Tp suke sgt berposing. Buat kakak-kakak aunties ni geram sangat! Hihi.
*tp we ols bhskan kakak jew, hihihi* Lihat saja la pose cute si Irisya ni.

Orang nak pakai tudung, dia pun sibuk nak pakai tudung.

hihihi, pakai anak tudung plak

Wooo, pandai sungguh sandar tepi dinding tu! Aishh..Geramnyer!!
*sila abaikan suasana di blkg tu yerr*


ok this one plg cute! Irisya Gedik! Hehehe

Ok ni la mak budak yang 'culik' Irisya masa reunion kami ritu. Linda. Hehehe


Monday, November 15, 2010

Raya Haji 2010


Selamat Hari Raya Aidiladha!

p/s: Tomoro akan balik JB! Yay! Cuti cuti cuti! :)


Reunion CS230

Alhamdulillah, Jumaat yang lepas menjadi jugak rancangan 'on the spot' kami. Ramai gak yang datang. Thanx to mereka yang datang. Nadiah, Tikah, Imma&Izmir, Irra&Rafhan, Wahid, Pia, Zue, Ami, Hakim dan Linda. Hopefully lepas ni boleh buat lagi. Lepak kat Perbadanan Putrajaya sampai kul 12++. Makanan adalah simple. Dominos yang banyak, kek, jajan-jajan n air. Disebabkan rancangan yang singkat, so ni jela ape y ada. Hehehe. Next time boleh buat lebih baik lagi. :)

Kawan-kawan saya

Kek kami. "Reunion CS230"


Jom makan

Bacaan doa, oleh Izmir

Cik Red kita bawak anak la...

Actually kami jumpe2 ni pun sebab nak meraikan Imma&Izmir, Irra&Rafhan yang akan melangsungkan perkahwinan bulan hadapan. Time ni je boleh jumpe sebab kang nnti2 dorang bz plak. So tahniah buat korang in advance!

Hakim from Melaka aka Photographer kami

Gambar comel mereka untuk iklan 'husband hunting' hikhik

Best sgt dpt jumpe, at least boleh borak2 cite pasal perkembangan masing-masing. Happy sgt!
Hopefully boleh jumpe lagi :)

Friday, November 12, 2010

Kawan Kahwin

Memang excited sgt nak cerita berkenaan kawan-kawan kawen ni. Ni especially geng2 cs230 budak matrik la. Heheheh. Ok first member yang telah pecah tradisi memasuki alam perkahwinan adalah :

Fiza

comel betui hang, mak suke ok :)

Fiza & Ijam

kawan-kawan y hadir

Fiza & suami melangsungkan perkahwinan mereka pada 1.5.2010 yang lalu, dekat Penang kot tak silap. Masa tu saya tak dapat pergi sebab clash ngn wedding adik. Alhamdulillah, skrg ni tengah mengandung, jd mak buyong jap. Dah 5-6 month rasanya. Sat g kami jd aunties! hehehe. Hopefully baby n mummy sihat :)

Yang ke2 adalah Asid.



Alhamdulillah, sudah selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Aini masa 9.10.10 aritu. Tak tau pun die nak nikah. Katenyer buat kecil-kecilan. Middle Januari 2011 akan berlangsungnye majlis persandingan beliau dan isteri. Tahniah tahniah!

Next! Hakimah pulak!

masa majlis merisik februari lalu.

Bulan 10.12.10 die nikah, sanding 11.12.10. InsyaAllah, semoga berjalan lancar.

Lepas tu Irra dan Rafhan plak.

hari pertunangan irra & rafhan

Pada 23.12.2010. Sorry cant attend the wedding. Ari bekerja tu. Hehehe. Semoga kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, amin.

Mereka ni semua geng2 utara. Amboi hangpa, cepat sungguh naaa. Hehe. Cik Tikah, Wahid dan Pia bile lagi?


So, lepas ni sape geng2 kite yang akan mengikut mereka yang diatas ye? InsyaAllah semua. Tapi masanya kite sendiri tak tau. Hihihi.

Cik Zida bile ye?? Hehehe. InsyaAllah, sampai masa Cik Zida btau ye :)

gmbr credit from Fb dorg :)

Thursday, November 11, 2010

Harap Menjadi

Cadangan untuk membuat reunion geng matrik cs230 ni selalu tak menjadi. Ada hal la, yang ni ada, yang ni xde. End-up tak buat pun. So td dah buat keputusan, memandangkan Irra dan Imma akan berkahwin bulan depan, konon2 nak buat parti bujang la. Kononnnn. Hahaha. Tp akhirnye bertukar reunion, insyaAllah, ada yang boleh pergi. Ada jugak yang tak boleh. Mana yang tak dapat join tu, xpela..Next time plak kite buat kan. Almaklumlah, lepas masing2 meninggalkan AF UiTM, masing-masing dgn life masing2, berkerjaya, berumahtangga, bersingle-singelan. Hehehe. Tapi, insyaAllah esok kita jumpa. Happy sangat, rasa cam raya plak! Kol sana, kol sini tanya sapa yang boleh dtg. Hurm, rindu kat korang. Hope esok menjadi. InsyaAllah, amin.

Korek-korek gambar kat FB tikah, jumpa yang ni, Tergelak plak bila teringat kisah masa muda-muda dolu. Hihihi. Guys, rindu giler kat korang :)

masa family day. "Ke bintang!"

Masa ni buat cmtu sebab terikut dengan trademark Vee&Shidi dalam Sehati Berdansa! Ari kejadian, kami ada family day CS230 ni. Tak silap sem 5 kot. Happy giler time ni. Kami semua dikehendaki pakai baju merah. Ikut tema! Main tarik tali, geng kite org menang. Teringat plak quote Awe ajar masa nak tarik tali tu! Hahaha. "Tarik, enjut! Tarik, enjut!" . Wah we, kotoq hang naa. Hahaha

ni main game straw kot.

Time ni tak silap hari kejadian adalah birthday saya. Kebetulan jatuh pada tarikh beday I. Masa ni sem 3 kot. Kami ramai-ramai p Bukit Cerakah, cycling. Syiok gak jalan2 naik beskal ramai2. Best giler time tu. Ni jela 2 kumbang kami dalam kelas dak matrik. Sorg kawen da, si Asid yang dok depan sekali. Yang baju merah, si Hakim tu...Coming soon kot. Ecece~

Ni plak masa Jamuan Hari Raya, tak ingat tahun bila. Kami buat kat Cafeteria Delima je masa ni. Lepas jamuan kami serbu rumah hantu yang kebetulan ada masa pesta Konvo! Hehehe. Moment yang tak boleh lupe, kami jatuh beramai-ramai kat dlm umah hantu, smpi sy punye kaki lebam, si Pia punye selipar putus! hahaha. Klako je bile pk time ni. Seronoknyer! I wish I can do it again! Hehehe.

Ape-ape pun, semua dah tinggal kenangan. Tp kenangan tu masih terpahat lagi dalam ingatan Cik Zida ye. Next nak cite plak sapa yang kawen. Lepas ni nak buat ranking la. Hehehe. Tahniah Fiza, hang no 1!!! :)

UPSR

Result UPSR arini ye keluar? Hehehe, tak sure ada ke tak sedara-mara yang amik UPSR. Jap kol mak. Hahaha. Dan dan trus kol mak.

After a minutes.

Oh takde la. Takde la yang amik UPSR tahun ni. InsyaAllah tahun depan ada. So adik-adik, cmne keputusan korang? Ok kah? Huhuhu. Mesti ramai yang dapat 5A kan. Tahniah!Tahniah! Kalau mana yang tak sampai target, tak pe, jangan la rasa down sgt ye. InsyaAllah, ada lagi masa nak capai yang lebih baik. Walaubagaimanapun belajo rajin-rajin ye. Nanti dah besar boleh keje best-best. Hikhik.

Terigt plak zaman masa UPSR dulu. Cikgu siap buat tuisyen kampung lagi. Sebelum masuk dewan exam, kami di beri kacang kuda(y warna kuning tu, kacang kuda kan panggilnya?hihihi) dan susu HL. Makan kismis lagi. Sgt bagus wooo effort cikgu2 sekolah. Terima kasih. Smpi skrg saya masih minum lagi susu HL. Seeetaaaap sangat!

minum la susu HL, sedap woo!

Alhamdulillah keputusan ok, 4A 1B, takdelah dapat 5A. Sambung belajo pun kat sekolah biasa je. Almaklumlah time tu agaknya kite tak aktif, so nak masuk sekolah asrama tu tak dapat la den nak nolongnyer. Hihihi. Tapi dok sekolah biasa boleh jugak berjaya kan? Sapa kata tak boleh! Nothing is impossible la skrg ni. Ewah! Ok zda, sambung keje anda!

So once again, buat adik-adik tahniah ye. Blajo elok-elok, nnti da besar boleh tolong mak pak J


Gambar kenangan raya tahun ni dengan cikgu sekolah rendah. Terima kasih cikgu! :)

Tuesday, November 9, 2010

Perkahwinan Erol & Yana

Alhamdulillah, tahniah buat Erol dan isteri, Yana yang telah selamat diijabkabulkan 6th Nov 2010 hari tu around 11++ pagi dengan 2 kali lafaz. Ngehngeh~ Tak tau kenape kene dua kali walhal yang first time tu rasa dah betul da si Erol tu lafaz. Erol, apasal ek? Hihihi. Gagap ek? Hahaha Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak sangka si Erol dah kawen. Hahaha. Siap boleh tanya malam sebelum dia nikah tu, "Eh erol, ko dah nak kawen ek? Cam tak caya seh! Hahaha"

Saya pula terjebak menjadi rombongan pihak lelaki, si Erol ni la. Siap kete saya jadi kete pengantin. Tak kerlass ok pakai kete aku. Alasannya sebab, En Hadi adalah pengapit beliau. Pun bidan terjun gak, tetibe kene jd pengapit. Sebab En Hadi naik kete saya, so pengantin kene ikut pengapit. Boleh? Hahaha. Padahal pengapit kene ikut pengantin kan, ni terbalik plak. Yela uols, mau muncung tajam mulut I kalau En Hadi tu naik kete lain. Panassss! Hihihi

Perjalanan ke rumah pengantin perempuan berjalan lancar. Dalam sejam kami dah smpi Pedas. Oh this is my first time sampai ke Pedas. Best je. Di sebabkan kete sy jd kete pengantin, so kami diberi keutamaan la untuk naik terus ke rumah pengantin. Hihi. Best je, takya la parking jauh2. Parking straight depan umah. Vangga mak vangga! Hihihi

Yang bestnyer siap ada RELA yang jaga, bagi laluan kat kami nak naik atas, sebab kawasan umah Yana tu berbukit.

Inilah kete pengantin yang tak berapa kerlass tu. Hahaha

pakcik RELA

So sampai2 bersiap2 la kami pihak pengantin lelaki untuk naik ke atas rumah. Panas jugak ritu. Berpeluh jugak la kami semua. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pengantin perempuan cantik! Lelaki macho! Hehehe. Sepadan..

berdebar saat dinikahkan

Lega dah sah menjadi isteri! Yay!

Acara batal air sembahyang :)

Hantaran dua belah pihak

Lepas tu kami diberi rumah untuk bersiap for sanding plak. Senang. Lepas nikah, trus sanding. :), xdela menunggu lama sangat. Senang keje untuk 2-2 belah pihak kan.

keluarga mereka

Berarak ke rumah pengantin



suke dress y ana pakai ni.

After siap semua, its time tu pihak lelaki pulang meninggalkan si pengantin lelaki kene 'dera' kat situ basuh periuk! Hihihi

Jom pulang

Tapi saya dan En Hadi tak pulang sebab adik En Hadi ni die amik video untuk wedding dorang so ada scene yang perlu diambil untuk melengkapkan video tersebut. End-up kami pulang dlm kul 4.30. Huhu. Penat sangatttt!~

But then kite org buat keputusan nak jalan-jalan ke sini! :)

Teluk Kemang!!

Best giler air die, tp takut gak nak mandi, sebab air tengah pasang. Kuat betul ombak die time tu. Scary. Next time nak g sini. Nak mandi2. Mesti best kan.

So, buat Erol & Yana, Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga kekal hingga akhir hayat. :)

Amik berkat, amik berkat. Tihtihtih~


Shopping is theraphy

Shopping mmg terapi uols..Best giler dapat shopping! Hehehe, di sebabkan JJ Balakong ada buat J-Card Day 4th Nov 2010 hari tu, saya, Tikah dan Nadiah berkesempatan terjah JJ situla. Mmg giler la. Ramai sgt org sampai pada awalnya cam fedup takmo shopping. Rasa nak balik jew! Seyes! Ramai giler org. Especially department ladies la. Saya tak ngk sgt baju2 ladies, sebab seminggu sebelum tu dah beli da baju. Hihihi. Sorg2 shopping pun seronok jugak kan. Lalala~

So untuk mengelakkan jem ramainya manusia ni, kami g solat dulu, makan dulu. After that baru terjah balik. Tp tak pegi ladies site pun, trus naik atas g bahagian barangan rumah. Hah, amik ko, banyak giler happy hour time tu. Tp tak join pun. Jalan punya jalan, hasilnya sy dapat la comforter 1 set yang harganya berbaloi-baloi, lampu, frame gambar, hadiah kawen member dan banyak lagi! Hehehe, hoyay! Murah ok, rasa cm nak amik tu nak amik ni. Tp kene kawal gak la, kalau tak, abes fulus woooo! Hehehe

Kami shopping sampai Jusco tutup hokay!! hehehe. Ni sebab lama sgt beratur kat Home Center tu laa, nak beli hadiah kawen Cik Kimon la. Sebab next time takyah la susah2 nak cr lagi. 10% diskaun, ok la tu kan. Misi berjaya! :)

jom shopping!

yang dah kepenatan

'hasil tangkapan' kami

sudah tutup pun masih ada yang membeli

Conclusion: Saya adalah seronot sebab dapat shopping! Kikikiki dan duit pun habis. Hukhukhuk
:(

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

Esok adalah cuti. Yay! Sgt tak sangka cepatnya berlalu minggu ni. Tup tap tup tap, now dah Khamis! Haish, sgt cepat...Tp suke sebab esok cuti. Yay! Ptg ni nak g shoping kat Jj Balakong. Hahaha, sebabnya ada JCard Day kot. Moh ler kite ramai2 serbu sana. Dapat sebarang dua, ok gek kan. Lalala~ Nak beli hadiah kawen, hadiah baby, hadiah untuk diri sendiri. Huh, habes fulus~ Hopefully xdela adala barang yang sy berkenan.
*habes laaa kene marah dengan En Hadi nnti. Huhuhu* Ngeeee~

So buat kawan-kawan yang menyambut perayaan deepavali, Selamat Hari Deepavali!

Minggu ni tak balik JB. Nnti raya haji I pulun balik JB ye. Biaselah, sebulan sekali :)

p/s: mood nak buat keje arini adalah 0. hihihi. tapi kene buat jugak! Huh! :)

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!