Carian Berguna

U r Visitor No ::

Thursday, December 31, 2009

Bye 2009, Welcome 2010!

Hari ini hari terakhir bagi tahun 2009,
sekejapnye rasa. Pelbagai suka dan duka dilalui sepanjang tahun ini.
Gembira sekejapan, berduka berpanjangan, ya..Mostlynya begitulah. Tapi ape2 pun
hidup harus di teruskan. Yang dah lepas tu biarlah ia berlalu, semoga yang akan datang ini
berjalan dengan sebaik mungkin,insyaAllah.
Rasa mahu review ape yang berlaku sepanjang 2009 :)

Januari :
JLJ 7568 di lahirkan. ikutkan 7hb Jan yang lepas saya dpt kete ni, tapi ayah dah rasmi dulu, sebb amik kat jb. Bila berkereta ni la saya mahirkan bawak kereta, g ofis n g mane2 pun perlukan transport. Tidak perlu bergantung dengan orang lain. :) Tapi thanx to Efa la especially, sebab die la yang tlg sy semasa tidak berkereta. Orang kate car pool kn, thanx epa!

Februari :
Yang menarik time ni, my first time keluar dgn rakan2 ofis ke Port Dickson, disini la bermulanya geng yang suke jalan..hikhik

Mac :
My birthday, time ni giler minat tgk boys over flower kot, tiada kisah menarik :(

April :
Jalan2 lagi dgn Seri, Eein, Faliq and Bakh, cuti hujung minggu di selitkan dgn aktiviti melancong ke Negeri Melaka, sgt menarik!

Mei :
Gegar Genting! yay! second time naik genting dgn ofismate geng2 kaki jalan + uswah! hihi

Jun :
Ke kota Bahru plak, my first time ke sana, Jia(my ofismate) kawen :)

July :
Jalan2 ke Muar, atas undangan Sha sekeluarga, almaklumlah masa tu tgh musim buah, ade manggis, durian dan rambutan..Xke syiok tu? hihi..

Ogos :
Sepupu saya kawen, ke Floria Putrajaya, Juga menyambut ramadhan al-mubarak :)

Sept :
Beraya la ape lagi..hikhik

Okt :
blank, blur...oh ye, ke Paka, umah nadia, abg die kawen, time tu deepavali, bermula la kisah duka di sini..isk isk..

Nov :
Ade charity yang dianjurkan company, ke Sik Kedah. jalan2 ke utara plak :)
Cube untuk melupakan semua yang telah berlaku..

Dis :
Ke negeri perak, Megat's Wedding :), lagi sekali ke genting! sgt seronok, at least hati yang terluka terubat sedit, ecece~

and.....untuk tahun 2010 ni xtau ape yang akan berlaku, hope baik-baik belaka la yang muncul, dan yang pastinya, Jan 2010 saya akan ke OVERSEA! Hakhakhak, vacation, dgn geng2 kaki jalan lagi, insyaAllah :)

Semoga tahun 2010 ni membawa berkat kepada kita semua, bertemu jodoh yang baik, menjadi wanita yang lebih baik, siapkan kerja, huhu

Pada kawan-kawan yang mengenali, if ade salah silap maafkan saya ok, (oh rasa mcm raya plak). Semoga tahun baru ni lebih bermakna buat kite sume..InsyaAllah.
Selamat tinggal tahun 2009, Alhamdulillah saya masih lagi berade di dunia ini, sihat walafiat, semoga di murahkan rezki dan diberikan kesihatan yang baik.
Dan yang pastinya akan merindui segala moment tahun 2009 yang dah saya lalui setahun ini..Tak sangka..

p/s: Tahun 2009 ni banyak giler orang kawen, kawan2 la, sedara mara la, hoho, sy pula bile mau kawen ye?hahaha..:-p
dan tahun depan saya berumur 24tahun sudah! Argghhh!!!! Tidak!!!!


Welcome 2010!!!! :) ..Saya akan merindui 2009..

Tuesday, December 29, 2009

Candid Photo Contest



Blogwalking ke teman2 blogger, ternampak si cik mamaroti ade join contest, rs mau join jgak! hikhik

contest di anjurkan oleh en halim :)
rules very simple, jd follower (sudah jd follower atas nama nurul azida, sila cek :> )
then letak tajuk Candid Photo Contest
lepas tu upload logo kt atas then link ke contest beliau, pastu apa laga, upload la gmbr candid korg! hikhik

and.....

my candid photo ialah :

tada...









ni kat genting, 21/12/2009, midnight
masa ni suh member ambil kn gambar, tp time ni tgh tunggu die setting camera, banyak gambar yang di ambil tp still xpuas hati, fed-up menunggu,
mata saya melilau tgk lampu2 kat first world tu,
alih2 rupe2nyer die sedg ambil gambar, kire candid la..but then still testing d camera sampai beliau puas hati..:)
time tu cuace sgt sejuk, berkabus tebal giler kat luar.

ok, aci x gambar ni? hehehe..sj have fun :)

footnote : like this picture, hope dpt g sne lagi, thanx to him :) i heart it..



Wednesday, December 23, 2009

Cinta Terakhir by Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman

Nota kaki : suka dengar lagu ni, walaupun lagu ni dah lama :) kn kn?

Tuesday, December 22, 2009

Tudung Giveaway Contest

Semalam jalan2 ke blog, rasa menarik plak tengok contest yang satu ini..

Jom join skali yukk :)



Syarat2 Penyertaan ialah:

  • Mesti ada blog (done)
  • Jadi Follower Teratak Comellotte dan add Teratak Comellotte dalam bloglist anda (done)
  • Letak banner ini di sidebar blog anda dengan link ke entry ini (done)
  • Buat entri mengenai contest ini (done)
  • Upload satu gambar saat percutian indah anda. tak kira dalam Malaysia ke Luar Malaysia (done)
  • Nyatakan tempat dan tahun anda pergi bercuti. gambar yg menarik,cantik diambil kira(done)
  • Tinggalkan link entri anda di ruang komen dibawah(done)
  • Tarikh tutup: 15/01/2010
Hadiah bakal diterima:

Pemenang Pertama - 1 helai Tudung Nur Barakah Corak bernilai RM60

Pemenang Kedua - 1 helai Tudung Nur Barakah Plain bernilai RM50

Pemenang Ketiga - 1 helai tudung Nur Barakah Full Lycra bernilai RM45


5 Hadiah Saguhati- 1 voucher RM10 serta hadiah misteri
so apa tunggu lg,jom join sekarang.

So gambar yang di pertaruhkan adelah ini..:)
Aci x?

sila klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang percutian kami ke Melaka :)

Gambar ni kire percutian kami (ofismate) ke Melaka
Sekitar bulan April 2009
Jalan2 ke Taman Mini Malaysia, A Famosa, Muzium Negeri Melaka, Jonker Walk dan banyak lagi.
Sangat best sebab jalan xhengat dunia :)
notes: Gambar dua kt atas tu dekat Taman Mini Malaysia
dua gambar yang bawah tu dekat A Famosa and Muzium :)

Pass kah tuan punye contest? hehehe
tq~

Monday, December 21, 2009

Jalan-Jalan ke Genting

Date : 21/12/2009

Venue : Genting Highland






termenung dok pk azam tahun depan


same expression is it? muahaha



Gambar lain? Malas mau upload..hahaha


Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua umat islam Muslimin dan Muslimat
Semoga Hijrah kali ini akan lebih baik dr yang sebelumnya..
Apa azam anda untuk tahun baru islam ini?
Saya?
Mahu menjadi anak yang lebih baik..InsyaAllah..:)
berjasa kepada ibu dan ayah.

p/s: Esok cuti, mahu buat ape ye?hurm..

Monday, December 14, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Ok this is my first time join contest sebab kawan saya yang anjurkan, Ezzan
Contest nya sangat senang hanya perlu attach gambar hitam & putih diri sendiri

The rules are:


juz click this pic untuk pergi ke halaman pihak penganjur

  • create an entry (bukan Sticky Entry) with the title BLACK & WHITE PHOTO Contest. tidak perlu elaborate panjang lebar because i myself kalau nak masuk contest tak suka buat entry yang bercerita. sebenarnya kalau takat hanya gambar sahaja pun dah mencukupi hehehe ;p tapi kalau nak juga elaborate, i don't mind :)
  • upload ONE BLACK & WHITE PHOTO OF YOURSELF. ye gambar DIRI ANDA SENDIRI yang hitam putih yuk and leave a comment on this post that will directly link back to your post.
  • copy the above logo and paste it on your entry and please...link it back to this entry ye kawan-kawan :D (oh ye, you might want to resize the logo to fit your column size. sebab photo ni saya upload guna photobucket!)
  • this contest ends on 31st December 2009. 25th Dec 2009
  • So, gambar yang mahu di pertaruhkan adalah ini :)

    ...........


    ...........


    ...........

    ...........

    tada!!


    me, myself & i
    Nurul Azida Ahmad

    Gmbr di ambil sekitar tahun ni, mungkin dalam bulan 4, di Taman Mini Malaysia
    jalan2 melancong ke Melaka
    Pix snapped by Eein
    Ok begitu la..
    Simple
    Tq, hope menepati syarat yang telah ditetapkan

    p/s: Ezzan, hadiah sagu hati untuk yang kalah ade x? hahaha

    So mana2 yang berminat nk join contest ni, meh la...kite meramaikan jemaah, bagi penin para juri..hehehex

    Update : Tarikh tutup penyertaan bukan lagi 31st Dec, tukaq jd 25thDec plak :)

    Friday, December 11, 2009

    Pokok Kaktus Saya!

    Bulan Mac yang lepas xsilap, Eein ada hadiahkan kaktus kat saya, kaktus tu masih hidup, dgn sihatnyer, nk tgk x kaktus yang die bagi dulu?



    gemuk x? bg close up sikit..


    gemukla kn, bulat..hihi..bulat cm saya kn? hahaha
    oh, mungkin tuan die lagi bulat..hewhew~

    Masa awal2 jaga, every week, siram dgn air, bg die sihat kn, smpi satu ms tu die berbunga,
    dedah kt cahaya matahari, tapi lepas tu dah mls..cari gak gmbr ms kaktus ni berbunga, tapi xjumpe..

    tapi sekarang ni korg nak tau x die jadi cmne?

    .......

    .......

    tada!!


    die dah besar panjang dah!

    Tanpa isi air berbulan2, tapi masih sentiasa sihat! Saya mauk jadi mcm ini kaktus! tinggi lampai dan kurus!! hihi..
    kesian die kurus, tp ok gek, die still hidup..
    Die jd cmtu mesti tuan die xtukar die ke pasu yang len, sebb tu xgemuk, makin lama makin meruncing jew..hihi

    Aritu igt nak bawak balik umah, suh mak tukar pasu, tp cm susah plak nk bwak ke hulu ke hilir, takut die dah bese dok sini kn, hahaha..Alasan!
    nanti nye kaktus, i tukar pasu untuk u..
    hehehe

    Thanx eein, bagi kaktus ni dulu :)




    Thursday, December 10, 2009

    Selamat Pengantin Baru

    gambar di ambil dr blog ezzan :)

    Zieda ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Megat dan Pasangan, Azura. Semoga kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah.
    Best jalan Perak! hihihi, nk p Teluk Batik...:)



    Juga ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat pengantin Baru kepada Saadah dan Bakar, makcik saya yang melangsungkan pernikahan mereka pada 29 hb Nov aritu. Giler happening, almaklumlah dah lama xbuat kenduri kawen :)

    Dorang nikah tarikh sm je kot :)








    Menjaga Hati

    Susahnya mahu menjaga hati semua orang..hurm~
    Ya Allah, tolonglah permudahkan segala urusan kerja yang aku lakukan.. Amin..

    Friday, December 4, 2009

    Frenster Berwajah Baru?


    Td bukak facebook, ade member suruh bukak frenster, katenya ade sesuatu yang bru.

    So saya pun bukak la frenster..kehijau-hijauan. Nmpknye dorg pun ade buat pembaharuan, sorila..jarang dah bukak frenster..

    Sejak-sejak guna fb ni, nk tgk frenster sgt la malas, hihi..ada yang member tu smpi lupa password bagai...haha..

    So mana2 kawan yang ada account frenster tu jengah2la ye anda punye account, frenster sudah berwajah baru..hehex...


    Kereta Masuk Hospital

    Semalam kereta saya masuk hospital. Kt puchong, kene tahan wad.
    Sakit. Kesian dia. Bila nk signal kiri die xmau, signal kanan pun xmo jugak..
    Bila dah mcm tu, lampu kecemasan pun xboleh jugak.
    Haish merajuk kah kamu wahai kereta? Tuan kamu ni xjaga baik ke kamu? 
    Risau sungguh, anta p 'klinik' workshop doktor kata lampu kecemasan rosak, kene tukar dlm RM230.
    Saya biakan dulu. Then buat keputusan hantar ke 'hospital pakar' proton service center sebab ada warranty lagi.
    Kat sana kereta di masukkan ke wad dengan segera. Risau saya. Tinggalkan kereta sorang2 kat sana, tapi ok gak, 
    bolehlah beliau menjenguk rakan2 yang lain macam yang 'sakit lagi teruk'.

    Tengahari hantar, dlm pukul 4.30 'nurse' customer service bg tau yang kereta dah siap! Alhamdulillah sangat2, tak terkata rasanya
    bila melihat beliau segar kembali seperti biasa. Bawak pun sedap sebab trus servis sekali. 

    Pejam celik pejam celik, beliau sudah mahu masuk umur 1 tahun. InsyaAllah. Semoga beliau akan sihat tanpa ada sebarang masalah.


    macam mana boleh jadi camtu?
    Camni, malam sebelumnya tayar bocor, langgar paku..huhu.. then member betulkan, bukak lampu kecemasan tu.
    Lepas siap, off hazard light tu, then trus gerak balik anta kawan and saya pun balik umah.
    Bila nk masuk simpang kiri, on signal, signal x nyala! Bila cek semua signal xok,
    lampu kecemasan, signal kiri dan kanan.
    Sebab tu la die di masukkan ke hospital.
    Arini abg ngah pun ade problem yang sama. Semalam die on hazard light, then off, then bukak signal xboleh.
    Fikir gak mengapakah boleh jadi begitu?

    Bahaya gak bawak kete tanpa signal ni, dah penah rasa, kene lebih berhati-hati.

    Hikmah di sebaliknya
    Dpt belajar sesuatu, mempraktikkan ape yang belajar masa g sekolah memandu dulu. Cth : Camne mahu tukar tayar.
    Tau nk p mana lepas ni klu ade problem, (if kereta ade warranty lagi la..hihi)

    p/s: Thanx to Kak Suri yang bawa saya ke Puchong Service Center, terbaik punya servis! hihi
    Lepas ni kak Suri boleh jadi agen OAS - Proton Servis memandangkan ramai yang pki Kereta Proton..Muahaha
    Mungkin lepas ni akan di cas kot..Muahaha :-p

    Tuesday, December 1, 2009

    Ticket Please!

    Stat from today onwards, parking dah kene bayar,
    sejam RM 0.50, so one day kalau dr pukul 9 pagi hingga 6 ptg
    lebih kurg 8 ke 10 jam kat ofis so dlm RM 4 ke RM 5 sehari, hurm...Cmno ni?


    Ini contoh parking tiket y sy byr, huhu..


    Untuk mengelakkan pembayaran tiket parking, tgk sajalah parking belakang ofis kami..

    Tada....


    gmbr dr kak Suri @ Fb

    sampai 6 kereta boleh masuk! Kebiasaannya xde la sebegini rupa..hihi..
    Yang parking sebelah pun xkurang hebatnye!
    Dan ngk juga la kereta sy di mana...Nun jauh di sana..Nampak x? Hihi



    p/s: Kene dtg awal untuk cop parking blkg, tihtih

    Thursday, November 26, 2009

    Sempena Raya Haji

    Saya ucapkan Salam Aidiladha kepada semua
    Mendoakan yang terbaik kepada semua jemaah haji yang sudah berada di tanah suci
    melakukan amal ibadah dengan sebaik-baiknya.
    Ati-ati pada yang balik kampung.


    Ade sape2 buat korban? hehehe

    Wednesday, November 25, 2009

    Saya Punya Sahabat

    Setahun yang lepas saya jumpa kawan
    Seorang kawan baru, kawan sekerja
    Mula-mula kenal-kenal, tak rapat
    Lama-lama jadi sahabat

    Hari ini
    Kami masih lagi kawan
    Dia tahu apa yang saya rasa
    Suka duka sama-sama
    Dengar segala luahan, dengar segala rintihan
    Dengar tentang hidup dan kasih sayang

    Esok
    Dia bukan lagi kawan sekerja
    Bekas rakan sekerja
    Tapi masih kawan
    Masih dengar luahan
    Bakal dengar rungutan
    Tak mengapakan?
    Tak kisahkan?
    Saya tau dia tak kisah

    Sebab saya punya sahabat,
    Sahabat seperti kamu
    Doa buat sahabat
    Agar kamu dirahmati Allah selalu

    Amin.

    ditujukan khas buat seorang sahabat : eein-shi

    all d best to u gurl!

    25th Nov 2009 @ 5:19 pm

    Khas Buat Kamu, Eein!

    Today, will be d last day bagi eein sebagai salah seorang staf OAS.
    Sorang-sorang nk tinggalkan ofis, dan lebih tepat tinggalkan saya..hukhuk
    Sedih sgt, i tot next week, tapi arini rupenyer.
    Agak terkejut sedikit.
    Tapi x mengapalah Eein, tahniah buat kau sebb
    dpt sambung blaja ke peringkat yang lebih tinggi lagi..

    Hurm, hope ape y impikan jd kenyataan, all d best to u.
    Thanx jd kawan aku, jgn sedih2 ye,nnti aku pun sedih, hihi
    Walaupun setahun kenal, banyak dah kisah suka dan duka kita kongsi sama.
    Pergi trip Melaka, Genting, ko bawak aku n seri jalan KB, best sgt.
    Join charity kat Sik, Kedah.
    Pergi karoke, cite itu, cite ini. Buat itu, buat ini.
    Test2 belajar buat poems, hihi..Thanx bg tunjuk ajar dlm career gak. :D
    U r my best fren! Sporting dan garang! hahah
    Muka jela..Pasni xde la nk lunch sama dgn ko tiap2 ari2, hurm...Sedey, sedey!
    Halalkan makan minum, maaf atas segala silap, 0-0 la ye..
    Best kawan ngn ko!
    Kite xputus kawan kn??! hahahaha..:-p
    Igt kite ade banyak trip sama2 lepas ni, hihi..
    Rajin2 la dtg sini kalau bosan ye. Agak2 tensen, nk karok, aku ade je untuk ko..hihi
    Ok, dats all, nnti banjir plak kat sini..Muahaha...

    Tak sempat nak buat 'Majlis perpisahan' untuk ko, minggu depan la ea! Hihi..
    Cet Majlis Perpisahan inda~ hahaha

    Sayang ko!







    All d best my fren!

    Update pic baru masa kita kat Sik aritu :





    Monday, November 23, 2009

    Kuatlah!



    Semalam saya mimpi..mimpi pasal kami..Apekah tandanya?
    Ya Allah, kuatkanlah semangat untuk aku menghadapi semuanya. Amin.
    Zida : "Kamu tahu kamu kuat!"



    8956 pengunjung?



    terkejut sebentar dgn angka yang menjenguk blog sy waktu ini..huhu
    macam xbetul, dan semestinya saya tau mmg xbetul langsung pun! muahaha




    Tuesday, November 17, 2009

    Ninja? Ninja Assassin?

    Lama betul tidak meng'hupdate' blog..Muahahaha.
    Mungkin tiada mende yang mahu dikongsikan..
    'Di kongsikan inda', kata ezzan..hahaha

    Bila tuan punya blog suram, haruslah blog die suram gak kn..
    Dengan kekuatan dan semangat yang muncul kembali, so blog ni pun ikut bersemangat..
    Mungkin untuk 2 3 ari? hahahah..

    Terdetik hati mahu cerita ini cerita..
    Cerita apekah?
    Sabtu yang lepas, cadangnya mahu tengok filem 2012, semangat nih, p jj balakong.
    Ima dan kakaknya smpi dulu, so suruh die p tgk tiket! Cntik, kul 8.35pm cenggitu time die.
    Lepas tu bile nk beli tiket, org jaga tiket tu kate abes!
    So igt nk book untuk esoknye la kn,
    pun habes gak, &*^&*% betul la..hahaha.
    Disebabkan nk gak ngk wayang, kami pun pikirla nk ngk Ninja Assasin.
    Wow, Rain! Ok gek kn klu ngk Rain,
    tanpa melihat tayangannye bile, kite org juz beratur, n then cakap nk ngk Ninja.
    Ok Ninja shj! Memg xperasan lagila..
    Igtkn bile ckp Ninja tu is Ninja Assasin la..Hihi
    Then makan2 dulu, kite org pun masuk la panggung, hall no 5,
    Ok fine..Nk ngk Rain kn...Mesti best ni sebb tgk trailer die hari tu cm best.
    Setengah jam berlalu, ckp ngn Ima, "Mungkin Rain nnti bls dendam untuk ayah die kot",
    sebb time tu Rain xkuar lagi.
    bile sejam dah berlalu, tanya plak kawan lagi sorg,
    " Wei kite ni betul ke masuk panggung ni? Mane Rain ni xkuar2?",
    Dia kate mungkin kite salah tgk hall ke ape ke, sy pun cek la tiket balik, betul Ninja, dan hall no 5.
    Biala, abeskan jela, smpi ke sudahnya, Rain memg xmuncul2. Sah! Salah ngk!
    Kuar je dr panggung tgk advertisement board cmtu, rupe2nyer Ninja Assasin itu belum tayang pun lg! 26 Nov ni..hewhewhew..
    Amik ko, rupenyer ade filem yang sm nama dgn Ninja tu..Hampeh betul, rasanya ramai gak la tertipu, sebb dorg igt yang pelakonnyer Rain,
    tapi smpi kesudah Rain xkeluar2..Rupenyer salah ngk da...Almaklumlah x'huptodate' sgt ngn filem2 kt panggung ni..hihi..
    So lepas ni kene cek betul2 die punye tarikh tayang die. Nasib baikla cite Ninja yang kami ngk tu best gak, keje nk bunuh org je, haish, ngeri betul la..
    Darah memancut sana sini, penin kepala mak, nyah...hihi..
    Tapi still xpuas hati lg, sebb 2012 x tgk lg, dorg kate best..Bile mahu pergi ye?


    Ok this is Ninja Assassin ye..


    Ni Ninja sahaja..hikhikhik

    Monday, November 2, 2009

    Hilang tensi

    Minggu lepas sy pulang ke Jb, atas sebab2 tertentu.

    At least pulang ke rumah dpt bg ketengangan, hilang ke'tension'an dan segala
    masalah yang berlaku lately.
    Tgk keluarga rasa damai sgt. Ade org baru dalam family kami.
    Namanya Arianna. Muka cm opera, sgt comel. Actually mak jaga baby baru,
    Lutfi dan Duan dah pindah, so nk bg mak xsunyi,
    ada baby baru peneman mak, walaupun baby tu bru lahir dlm 2 minggu ++
    kejenye asek tido je, dok kaco2 pun xmkn saman. First time jaga baby gurl.
    'anak-anak' mak yang mak jg dulu pun ade, dorg bermlm 1 mlm di rumah kami,
    mungkin rindu dgn abang mereka, iaitu adek sy.
    Seronok sgt tgk dorg happy. Hilang tensi saya.


    hi, sy Arianna!


    ngn kak Zieda sy..lalal~


    adik, akir dan hariz yang grg mukanya


    idin dan hariz yang dah besar

    Thursday, October 22, 2009

    Edit Picture



    Nak balik umah!!!!!!

    BerWebCam dgn 'Org Jauh'

    Lihat sj aksi 'org jauh' ni yang duduk di Level 3 di ofis saya..hikhik


    hai sy Komander


    adekah ini sexual harrasment? huhu..Korek tinge Uswah ke? hihi


    Cak cak, mcm biskut x? hihi


    Pantai Timur Part 2

    Esok paginya awal pagi lagi dah bangun, igtkn nk mandi pantai,
    tp panas teriknye smpi xsanggup den nk mndi.
    So kami pergi cari nasi dagang yang sedap di situ.
    Memang sgt sedap macam nk tambah lagi, tp konyang! hahaha
    Then jalan2 di Pekan Paka tu, xbanyak yang menarik pg tu.
    Sebab situ kawasan Oil & Gas kn.
    Bile dah kenyang haruslah nk tido plus dengan bangun konon2 pagi nk mandi pantai tapi xjadi.
    Xsmpi 30min tido Imma sibuk terbayang pantai depan mata dia, nk mandi katenya.
    So ikutkan sj, n korang tau?
    kami mandi pantai pukul 11 pg! Memang terik gak, nk jugak!
    Gian katanya! hahaha..
    Nasib baik x burn..Segala protection telah di pakai! hahah..
    Checkout kul 12, kami pun siap2 mahu pulang.
    Singgah ke rumah Nadia dulu, lepak2, kul 2.30 gerak balik ke KL.
    On the way tu singgah di Kemaman, di Kedai Gorpis dan beberapa kedai
    yang lain yang banyak jual kepok lekor etc.
    Korang tau ape itu Gorpis? haa teka la teka la..hahaha...
    except Eein, Uswa, Faliq dan Seri xle teka! hahaha
    Komersial gak nama Gorpis tu kn? Hurm...
    Then singgah di Impiana Resort melihat keindahan Cherating..
    I like..Sangat suke this pantai..Pasir die best! Main2 air, amik2 gmbr..
    Kami pun pulang ke KL.. Smpi KL sesat! Boleh? hahahah
    Adoila, dr smpi awal jd smpi lambat..Tp ape2 pun menarik.
    Suke, kalaulah boleh cuti dan jalan2 kat sana lagi dengan duit yang banyak kan?! hahah
    Next time le g lagi, suka2.


    Chalet yang betul2 depan pantai


    Budak yang happy dpt mandi pantai!


    Model Chalet Azman, datang la beramai-ramai


    Cicah kaki kat air jew..hikhik

    pssst : Kete saya dah jalan jauh ke Terengganu da, hurm, tgh dok pk nk g ke Utara plak..Muaahahah

    Pantai Timur Part 1

    Seperti yang dijanjikan , minggu lepas saya dan Imma ke Paka, Terengganu..
    Berdua sahaja. Pg Sabtu tu pagi2 lagi sudah gerak ke sana, sebab takut jem di MRR2,
    Alhamdulillah semuanya ok, kami selamat sampai ke Paka.
    Terus ke rumah Nadia, makan2 dan lepak2 di situ. Tolong mana yang patut..
    Almaklumlah dorang pertama kali menyambut menantu.
    Petang itu, kami ke chalet tempat kami menginap. Betul2 depan pantai..
    Not bad la die punye tempat, smpi di sana sgt lepak, dan tertido.
    Igtkn petang tu nk mandi pantai tp di biarkan sj hasrat itu, knon2 mandi esok paginya..
    malam itu aktiviti ke rumah nadia juga. Lepak2 di sana..
    Tengok gambar jela sepanjang hari pertama kami di sana..hikhik


    Ketibaan pengantin Shahrin & Azreen




    ketika menunggu pengantin tiba


    Ambil berkat..hahaha


    ngan Pengantin Pempuan, Kak Ah.


    Kami yang mahu pulang ke Chalet


    Aksi gedik


    Oh Pantai

    Next day next Entry





    genting time

    genting time
    sejenak di genting highland

    a lot of thanx

    thanx for those who's read my blog
    be the best, beat the rest!