Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, April 23, 2010

Kenangan Sekolah Rendah, SKTJJ(1)

Aiyayai. Aritu saya kene tag dgn bakal Puan Dd Dudu. Bukan xmo buat 'Puan', saya xigt sangat cmne kejadian hari pertama di sekolah. Tapi xpela. Ni try gak ingat walaupun mungkin xberapa clear! hikhik


So first day saya di Sekolah Rendah ialah..................................hurm tak ingat. Punyela lama kan. Berbelas tahun dah lamanya. Lalala~

Tak berapa sure juga sape yang hantar ke sekolah. Hahaha. Mungkin family atau naik van sekolah kot. Entah. Mak ayah xda nak tunggu-tunggu la saya kat sekolah tu. Berdikari okeyyy! Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1), xla dekat dengan rumah tapi xjugak jauh dr rumah. So seingat saya la saya di masukkan dalam kelas 1 Teratai. Tak sure plak kelas akhir ke kelas pertama ke. Hikhik. Mungkin tengah2 kot. Hehehe. First day di sekolah, kami ramai-ramai di bawa melawat ke setiap sudut kawasan sekolah. pergi ke toilet paling saya ingat! hahahaha. Nanti senangla nak pergi toilet kan. Kene beratur berdua-dua then barulah buat lawatan jalan-jalan ke sekolah. Best ke? Ntah. Rasanya time tu takde nanges2 kot. Tapi kalau masa tadika ABIM dulu ada. Yang paling saya ingat, saya kene marah atau tegur sebab pakai baju sukan masa nak ambil gambar ala-ala konon dah graduate gitu. Sebab dlm gambar tu saya menangis! hahaha =p. Ok berbalik pada sekolah rendah saya. Saya tak ingat plak sape kawan baik saya time tu! (Gila jahat ko zida, xigt kawan!). Tapi yang paling saya ingat Siti Salwani kot. Tak tahula apa cite die skrg. Memang lost contact langsung! Time rehat mestilah duduk di kantin, dengan berbekalkan hanya RM1 je ke sekolah tak pun 50sen kot. Korang masa sekolah bape ringgit ea mak ayah bagi?? Tapi time tu dgn duit tu la boleh beli nasi lemak kot. Dgn air. Hahaha. Giler murah kan? Pastu kekdg makan nuget ikan. Sedap wei! Heaven giler! Pastu kat koop ade jual jeruk atau 'asam janggut'. Suke giler beli. (hehehe. nmpk sgt ms kecik2 dah makan bende yang xberkhasiat!). Pastu simpan duit beli pemadam 20 sen sebab nanti boleh lawan pemadam dgn kawan2 yang lain! Hahahaa. mmg sgt budak2 la time tu. Bukan cm zaman skrg, main game PSP, PS3 la ape la. Pastu kalau simpan duit lagi, boleh beli pembaris yang ade air kat dlm dia. Pastu tunggang-terbalikkan pembaris tu. Ok, saya dah cite pasal kenangan-kenangan masa di sekolah rendah kot! hehehe. Sikit-sikit PASTU, PASTU. Hehehe Aci x? Sebab yang paling saya ingat masa hari pertama di sekolah rendah adalah membuat lawatan sambil belajar ke setiap pelusuk sekolah. Tunjuk playgrund la, bilik guru, perpustakaan, kantin, tempat perhimpunan, padang sekolah. Tapi paling ingat tunjuk tandas lelaki dan perempuan kot! hehehe Lepas tu diajar nyanyi lagu Sekolah. Sudah lupe plak lagu Sekolah JJ1 ni. Try search tp tak de plak. Hurm. Lagu die cm lebih kurang lagu negeri johor kot. Hikhik.

Teringat jugak masa tu darjah 3, jadi pompom girl utk acara sukan tahunan. Pakai seluar polka dot gitu. Pastu nyanyi dan tarian yang diajar oleh Cikgu Ali. Apelah kisah Cikgu Ali tu skrg kan :) Bile kenang balik, adoila..Lawak sungguh. Hiks. Sekarang ni ada jugak la anak-anak jiran yang sekolah kat sana. Tak penah lagi menjejakkan kaki ke sana, rasanya last di sana teman Dayah ambil ape ntah. Then jumpe la staf-staf yang masih lagi berkhidmat. Dan yang sgt amazingnya staf-staf tersebut masih lagi cam dgn kami. :)

Tetibe rindu plak dgn sekolah saya. Hurm. Rindu juga kat kawan-kawan sekolah, iis, dayah, ckin, suhaila, ana, farah nadia, arif, shahir, apiz, zuhairi dan ramai lagi(alhamdulillah, masih contact). Banyak betul kenangan kat sana. Cintan-cintun la, gaduh-gaduh rasa takde kot. :) Yang ni pasangan dgn yang itu, hahaha, lawak-lawak. Main tepi longkang dan sebagainya!~
Tetibe rasa mahu melawat sekolah. Hiks. Mungkin balik jb nnti kot. Lalalala~

sila klik link di bawah kalau nk tau sekolah sy ni. hikhik
http://sktjj1jqaf.blogspot.com/2009/12/hari-pendaftaran-taklimat-dan.html

Btw, thank kayu Cik Dd sebab tag saya men suka hati. Sila bagi hadiah ke saya yang dr Bandung ye. Wink wink~!

At least saya teringat kenangan lama gitu. Ewah :)

So disebabkan xbanyak yang saya cite pasal HARI PERTAMA di Sekolah Rendah, saya letak tajuk Kenangan Sekolah Rendah, SKTJJ(1) :)

nota kaki : berazam nnti balik rumah nak cari gambar-gambar sekolah rendah. nk scan. wiwiwiw~!

Tuesday, April 20, 2010

Edit Gambar Langkawi

Saja edit gambar semasa di Langkawi aritu.
Haish bile nk buat trip lagi ni?
Mungkin cukup untuk tahun ni. huhuhu :)




Kolam Air Panas

Bestnya kalau dapat mandi kat kolam air panas sekarang ni. Walau panas waktu sekrg ni, tapi dek sejuknya aircond kat opis ni buat saya rasa mahu g kolam air panas, hehehe. Boleh? Teringat first time pergi ke Kolam Air Panas Sungai Gersik. Bile mahu pergi lagi??

Tapi dok pk boleh ke nak mandi dengan air panas tu? Wuwuwu, panas woo. Rendam kaki je kot. hiks

Friday, April 16, 2010

Langkawi 2010 - Part 7

Pulang adalah tak best. Rasa mahu tunggu smpi 17/4 sebab Cable Car xdpt naik! Huhuh. *poyo*
Mungkin akan pegi lagi, tp bila dgn siapa xtau! hehehe :)
Kotla time tu Seri dah ada anak kan! muahahah

Pagi tu siap2, sarapan dulu. Nasi lemak berdekatan The Zon adalah RM1 sj. Murah2.
Pagi tu sempat lagi ke The Zon, sebab nak beli baki coklat. So yang dekat adalah The Zon. Selepas ke sana, kami trus ke airport. Kami tinggalkan poskad utk Eein, yang di pos dr Langkawi. Eein, kamu suke enggak! heheh. Terharu x?
Gigih cr lari-lari p cr Setem. Susah betul nk jumpe setem tu. Aiyayai~
Tp nasib baik jumpe gak!
Dah agak dah! Kat kedai buku mesti ade!
Dan.....setelah beberapa masa, kami pun smpi ke di LCCT.
Pulang, merehatkan diri. Oh nasib baik tak burn sgt muke kami. hikhik.
Actually xbanyak info, sebab ni trip dlm Malaysia je.
Kalau ade info pun berkenaan dgn Accomodation dan transport jela.
Perlu pemandu pelancong?? Oh x payah! Senang je nk p mane2 sekitar Langkawi tu.
Sendirian berhad sj boleh. Wink wink

Next trip nk buat ke mana pula ya?Xde plan! hukhuk


Beg yang berat dgn baju basah!


Kami si gadis manis, hiks


Gmbr wajib before pulang


Bekpes nasi lemak sehengget!


@Airport


Sudah mahu pulang~~
Well, this trip, awesome! Cool! :)


Thursday, April 15, 2010

Langkawi 2010 - Part 6

Hari ke-3 di sana, dan merupakan hari yang dinanti-nanti sebab kami mahu naik Cable Car. Penuh excited sebab dapat bayangkan akan amik gmbr yang pelbagai aksi sebab kat atas tu tersangatlah cantik. Tapi..........................................................Bila kami kami smpi di sana, ade berita yang mengejutkan. Kat papan notis tu die bagitau dorg buat monthly maintenance! Aiyakkk! How come ea dorg boleh buat time-time kite org nk dtg ni! Sgt terkejut dan keciwa mak noks! Betul2 rs keciwa! Dan dorg buat maintenance tu dr 1/4/2010 - 16/4/2010! Mak aih, lamanya sampai 2 minggu! haaa ni info, sape-sape nak naik cabel car, naik ari sabtu ni ye. 17/4/2010!!

Selepas tu kami ke Telaga Tujuh yang berdekatan dgn Cable Car tu. Tp naik hanya satu tingkat kot, pergi ke Air terjun. Xlarat la plak nk naik atas. InsyaAllah mungkin akan dtg lagi. Dan akan naik ke atas. Oh btw, dorg kate kalau naik cable car akan nampak telaga tu. wuwuwuw, bestnyer.


Muke excited nak naik cable car


tetibe xdpt naik, keciwa!!


tapi tatap bergambar


@Seven Wells


Waterfall

Tak juga lama di situ, kami ke Makam Mahsuri jugak. Tempat wajib untuk di lawati. Menghayati lagenda Mahsuri ni. :)
Selepas tu kami ke Pekan Kuah, mahu shopping coklat dan buah tangan utk kuarga di Hj Ismail Group *bangunan hijau*


@Mahsuri





see saya telah dtg ke sini, walau xpenah dtg lagi. cmne?


bakhtiar yang sakan membeli

Lepas tu kami ke jetty point, makan2 di sana. Then ke Dataran Lang semula yang betul2 sebelah Jetty Point. Ambil gmbr, klik klik! Senyum....
Jadilah cmni






Ptg itu buat kali terakhir di Langkawi utk trip kali ni, kami ke Pantai Cenang lagi. Bermandi manda. Sekrg ni dah pandai terapung. So boleh tido atas air ja! hahaha. Belagak. Berenangnya tak pandai. Aiyayai~

malamnya kami jalan-jalan sekitar Pantai Cenang. Ternyata kat sini banyak kedai yang boleh kita singgah. Meriah! Almaklumlah hujung minggu. Jalan-jalan kami pun pulang~~
Esok sudah mahu pulang






Langkawi 2010 - Part 5

Cont...
Malam itu kami makan besar. Di Restoran Haji Ramli tak silap. Best gak la. Harga pun berpatutan, ada ketam, sotong goreng, sotong bakar, sayur, ikan kerapu 3 rasa dan sebagainya. Lepas makan-makan, kami pun ke Pekan Kuah, atau lebih tepat pergi ke Eagle Square. Ala burung helang yang besar tu. Allen kate malam best, menarik. Tapi cm xnmpk ape-ape la plak. Dok lepak situ jela sekejap (harus dtg esoknye so boleh amik gmbr terang).Jalan-jalan sekitar dan kami pun pulang. Harus tido awal sebab esok ada lagi tempat yang menarik yang harus di lawati. :) Sgt excited tp akhirnya membawa kesedihan. Wuwuuwuw~


pilih-pilih ikan

makanan dah siap


Saya lapar, sila jgn tegur. hiks

@Dataran Lang




*malam itu sy tido awl sebab kepala berat. telan actifact 2 biji, langsung tito.*

Wednesday, April 14, 2010

Langkawi 2010 - Part 4

Marathon. Nak taip laju-laju jugak macam Dd Dudu. Heheheh

Next kami jalan-jalan sekitar Langkawi. Dan pastinya sasaran utama adalah makan makan makan(sebut macam gaia gaia gaia). Perut lapar, harus di isi, memandangkan paginya tak bekpes. Lepas lunch kami ke The Zon, yang memang dekat dgn hotel kami tu. Di sana jalan-jalan saja. Underwater World pun xmasuk. Org Langkawi pun cakap xpayah p sebab kat Aquaria KLCC lagi best kalau nak ngk ikan. Die kate specialnya kat situ ada penguin je. Harga sama je. Kalau ada i/c Rm28.

@Underwater World




Selepas beronok-ronok di situ, kami mencari Beras Terbakar. Hurm, sini pun ada legenda dia. Tapi saya dan Uswah x berapa nk fokus sebab sibuk mencari barang-barang. huhu. Kain batik, minyak gamat, keychain dan sebagainya. Kesian kat mereka yang lain terpaksa menunggu kami! Hahah. Im cori. Dan di sini la mereka kata kalau ada Eein mesti best. Mesti saya dan Uswah dah kene marah! hikhik. I knew it. Kamu memg begitu, Eein! Hampir sejam gak la di sana. Hikhikhik.
Selepas ke sana, kami ke Laman Padi. Di sini lah kami beraksi! Sgt seronok ambil gmbr kat sini sebab view die sgt la cantik. Macam kampung. Lihat sajalah aksi kami. hiks. Actually kami xde itenary pun for this vacation. So jalan mana yang sempat jek *Actually ade, tp cik Ceri lupe..hikhik*
Di sebabkan Pantai Cenang tu kami x rasmi lagi, so harus kejar masa ke sana untuk bermandi-manda. Ahaks. Best wooo mandi2


Us


@Beras Terbakar

@Laman Padi






















Next- makan besar!!!

Langkawi 2010 - Part 3

*Akhirnye update gak pasal Langkawi(giler lambat makcik ni)*

So the 2nd day kami di sana, kami lakukan aktiviti Island Hopping, each person only RM25. Kami gunakan khidmat Allen untuk bawa kami berjalan-jalan sekitar pulau dgn menaiki bot.
*tp bukan Allen la yang bawak bot tu, ade pekerja die yang handle*.
So d 1st island yang kami pergi adalah Pulau Dayang Bunting. Korg baca la legenda die ye. Malas nak cite panjang2. hehehe. Actually banyak soklan gak la pasal legenda ni. Tp abaikan sj :)

Igtkan ke sana mau terjun la ke tasik tp sebab kami x pandai berenang *tp pandai terapung dah! hahaha*, hanya rendam2 kaki jela. Mak tak yakin noks nk berendam dlm tasik tu. Mesti dlm kan. Pastu xde guard plak. Takut takut. Rupa-rupanya jalan2 ni pun exercise gak kan? Turun naik bukit, huhu. Ramai giler org kat sana and mostly visitor dr luar la. Tak kurang hebatnya dgn org Mesia. Dr Tasik Dayang Bunting, kami ke Eagle Bay, (xigt ape nama pulau tu). Tapi kat situ mmg banyak la helang2. Besar plak tu. Kagum sebentar. Sekejap je di situ, kami ke Pulau Beras Basah. Air die mmg cantik la. Nampak ikan berenang2 kat situ. Excited! Terus terasa mahu mandi. Masuk dlm air je dah dlm. Kene berhati-hati la. Tapi berendam tatap berendam! hiks..Next berjalan-jalan di sekitar Langkawi. Time ni adalah sangat lapar~~




di awana, tunggu bot






korang nampak tak bentuk org yang mengandung kat belakang tu?
haaa..tu la pulau Dayang Bunting




main air sj


@Eagle Bay


Di Beras Basah Island





genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!