Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, April 23, 2010

Kenangan Sekolah Rendah, SKTJJ(1)

Aiyayai. Aritu saya kene tag dgn bakal Puan Dd Dudu. Bukan xmo buat 'Puan', saya xigt sangat cmne kejadian hari pertama di sekolah. Tapi xpela. Ni try gak ingat walaupun mungkin xberapa clear! hikhik


So first day saya di Sekolah Rendah ialah..................................hurm tak ingat. Punyela lama kan. Berbelas tahun dah lamanya. Lalala~

Tak berapa sure juga sape yang hantar ke sekolah. Hahaha. Mungkin family atau naik van sekolah kot. Entah. Mak ayah xda nak tunggu-tunggu la saya kat sekolah tu. Berdikari okeyyy! Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1), xla dekat dengan rumah tapi xjugak jauh dr rumah. So seingat saya la saya di masukkan dalam kelas 1 Teratai. Tak sure plak kelas akhir ke kelas pertama ke. Hikhik. Mungkin tengah2 kot. Hehehe. First day di sekolah, kami ramai-ramai di bawa melawat ke setiap sudut kawasan sekolah. pergi ke toilet paling saya ingat! hahahaha. Nanti senangla nak pergi toilet kan. Kene beratur berdua-dua then barulah buat lawatan jalan-jalan ke sekolah. Best ke? Ntah. Rasanya time tu takde nanges2 kot. Tapi kalau masa tadika ABIM dulu ada. Yang paling saya ingat, saya kene marah atau tegur sebab pakai baju sukan masa nak ambil gambar ala-ala konon dah graduate gitu. Sebab dlm gambar tu saya menangis! hahaha =p. Ok berbalik pada sekolah rendah saya. Saya tak ingat plak sape kawan baik saya time tu! (Gila jahat ko zida, xigt kawan!). Tapi yang paling saya ingat Siti Salwani kot. Tak tahula apa cite die skrg. Memang lost contact langsung! Time rehat mestilah duduk di kantin, dengan berbekalkan hanya RM1 je ke sekolah tak pun 50sen kot. Korang masa sekolah bape ringgit ea mak ayah bagi?? Tapi time tu dgn duit tu la boleh beli nasi lemak kot. Dgn air. Hahaha. Giler murah kan? Pastu kekdg makan nuget ikan. Sedap wei! Heaven giler! Pastu kat koop ade jual jeruk atau 'asam janggut'. Suke giler beli. (hehehe. nmpk sgt ms kecik2 dah makan bende yang xberkhasiat!). Pastu simpan duit beli pemadam 20 sen sebab nanti boleh lawan pemadam dgn kawan2 yang lain! Hahahaa. mmg sgt budak2 la time tu. Bukan cm zaman skrg, main game PSP, PS3 la ape la. Pastu kalau simpan duit lagi, boleh beli pembaris yang ade air kat dlm dia. Pastu tunggang-terbalikkan pembaris tu. Ok, saya dah cite pasal kenangan-kenangan masa di sekolah rendah kot! hehehe. Sikit-sikit PASTU, PASTU. Hehehe Aci x? Sebab yang paling saya ingat masa hari pertama di sekolah rendah adalah membuat lawatan sambil belajar ke setiap pelusuk sekolah. Tunjuk playgrund la, bilik guru, perpustakaan, kantin, tempat perhimpunan, padang sekolah. Tapi paling ingat tunjuk tandas lelaki dan perempuan kot! hehehe Lepas tu diajar nyanyi lagu Sekolah. Sudah lupe plak lagu Sekolah JJ1 ni. Try search tp tak de plak. Hurm. Lagu die cm lebih kurang lagu negeri johor kot. Hikhik.

Teringat jugak masa tu darjah 3, jadi pompom girl utk acara sukan tahunan. Pakai seluar polka dot gitu. Pastu nyanyi dan tarian yang diajar oleh Cikgu Ali. Apelah kisah Cikgu Ali tu skrg kan :) Bile kenang balik, adoila..Lawak sungguh. Hiks. Sekarang ni ada jugak la anak-anak jiran yang sekolah kat sana. Tak penah lagi menjejakkan kaki ke sana, rasanya last di sana teman Dayah ambil ape ntah. Then jumpe la staf-staf yang masih lagi berkhidmat. Dan yang sgt amazingnya staf-staf tersebut masih lagi cam dgn kami. :)

Tetibe rindu plak dgn sekolah saya. Hurm. Rindu juga kat kawan-kawan sekolah, iis, dayah, ckin, suhaila, ana, farah nadia, arif, shahir, apiz, zuhairi dan ramai lagi(alhamdulillah, masih contact). Banyak betul kenangan kat sana. Cintan-cintun la, gaduh-gaduh rasa takde kot. :) Yang ni pasangan dgn yang itu, hahaha, lawak-lawak. Main tepi longkang dan sebagainya!~
Tetibe rasa mahu melawat sekolah. Hiks. Mungkin balik jb nnti kot. Lalalala~

sila klik link di bawah kalau nk tau sekolah sy ni. hikhik
http://sktjj1jqaf.blogspot.com/2009/12/hari-pendaftaran-taklimat-dan.html

Btw, thank kayu Cik Dd sebab tag saya men suka hati. Sila bagi hadiah ke saya yang dr Bandung ye. Wink wink~!

At least saya teringat kenangan lama gitu. Ewah :)

So disebabkan xbanyak yang saya cite pasal HARI PERTAMA di Sekolah Rendah, saya letak tajuk Kenangan Sekolah Rendah, SKTJJ(1) :)

nota kaki : berazam nnti balik rumah nak cari gambar-gambar sekolah rendah. nk scan. wiwiwiw~!

3 comments:

dd dudu said...

wahh seram sejuk bulu kite dengar dipanggil 'puan'

awwwwww

zieda, mak kite dulu kasik 70sen g sekolah heheh tu pun dah boleh beli sirap dengan nasik lemak, lepasss~ hik2

nurul azida ahmad said...

kene biasakan diri dah dudu. tinggal bape bulanje lagi. hehehe

murah kan dulu? skrg je xckp rm5 kalau p sekolah. kot..

Anonymous said...

Makcik bole rujuk kat link nie berkaitan dengan SKTJJ1 yaaaa
http://www.facebook.com/pages/SK-Taman-Johor-Jaya-1/179195768769604

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!