Carian Berguna

U r Visitor No ::

Tuesday, July 6, 2010

Belangsungkawa : Nurul Dayana Md Yusuf

Salam. Minggu lepas saya dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat saya semasa di sekolah dulu, Nurul Dayana Bt Md Yusuf. Innalillah. Berita itu diberitahu oleh mak saya selepas waktu Magrib Sabtu lalu. Agak terkejut, tak percaya. Betul ke? Camne boleh jadi cmtu? Kenape? Betul ke?
Hakikatnya, benda sebegini tak kan nak main-main plak kan.

Mak kata die dengar cerita mungkin beliau terkena demam denggi berdarah. Tapi mengikut rekod kematian beliau tertulis 'Pancytopenia Secondry to Leukemia with Septicemia'. Hurm, katenya nampak sihat je sebelum ni, tapi nak jadi sebab kan. Hari Khamis yang lalu, pulang dari kerja arwah mengadu demam. Then parent die bawak pergi klinik. Pastu dapat cuti satu hari. Jumaat tu makin teruk, demam tak kebah jugak, bapanya bawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI), kene tahan wad. Sabtu tu mungkin makin teruk, tak sedar diri, masuk ICU. Then malam tu my mom kol, dikabarkan arwah sudah meninggal.. Rasa terkilan sangat-sangat. Sebab ingatkan dapat jumpe arwah bile balik JB nnti. Tapi tak sempat. Hukhukhuk.

Takziah buat keluarga Arwah Nurul Dayana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga tabah hadapi dugaan ini. Amin. Al-fatihah.

Sedikit tentang arwah Dayana :
Arwah sangat terkenal dengan sifat coolnya. Dulu masa saya sekolah menengah, kami satu sekolah. Die antara kawan yang rapat gak dulu, sebab rumah kami dekat je antara satu sama lain. Saya selalu tumpang ayah die pergi sekolah, sebab tuisyen kampung, koko hari sabtu tu, even masa SPM pun saya tumpang dengan die sebab masa tu mana ada bas sekolah yang amik.
Kalau misal kata takde orang ambil kite orang g sekolah, saya akan tunggu die kat umah, then akan jalan kaki sama2 ke sekolah. Hukhukhuk. Haish. Kenangan. Penah satu hari masa tu tuisyen kampung utk exam PMR, masa tu otw balik umah, hujan lebat giler. Kite orang sama-sama redah hujan. Dah la payung jenis yang ringan je, kene tiup angin abis la, mmg basah kuyup la kite orang.

Lepas SPM, masing-masing ada hala tuju masing2. Saya keluar dari JJ, sebab smbg blaja kat matrik. Die bekerja. Kalau cuti sem pun mmg tak sempat jumpe. Cuma penah jumpe die lepas SPM 2 kali kot. Itupun time die keja, so xdela banyak borak sangat. Then baru-baru ni terjumpa FB die. So tengok segala update di FB sj. Ada terjumpa mak ayah die, tp die takde plak. Hurm. Tu yang terkilan sgt tu. Ingatkan dapat jumpa, tapi sampai akhir hayat die, saya tak dapat jumpe. Ralat gilerrr!

Dayana, sob sob sob. Time kasih banyak-banyak. Awak & keluarga banyak berjasa dengan kite. Sayang awak. Semoga roh kamu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Take care kawan-kawan.

3 comments:

Miss Haniza said...

Al-Fatihah utk arwah Dayana..

Anonymous said...

Al-Fatihah... =(

Anonymous said...

takziah...T__T

latest entry : Review Filem The Back-up Plan

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!