Carian Berguna

U r Visitor No ::

Monday, December 20, 2010

Masak Simple-simple

Arini saya berpuasa. Puasa ganti. So dr siang lagi saya dah dok fikir nak makan ape..Teringat plak ada kentang kat umah. So decide beli sosej, so nnti balik masak sambal sosej + kentang! Huhu, lama dah tak buat. Kebetulan ada sayur kobis saya beli kat My Mydin aritu. So masak kobis air! Burpppppp, Alhamdulillah. Kenyang! Nasib baik menjadi. Hikhik

(Sayur kobis masak air) + (sambal sosej + kentang)

*asik makan jela kamu ye Zida!*

Cuci Gambar

Sebulan yang lepas, Pak Andak belah mak msj "Salam, Nurul nanti jangan lupa cuci gambar kami sekeluarga ye, nanti kalau balik JB, bgtau kami, kami ambik". Then, balas msj, "Ok, insyaAllah, nanti Nurul buatkan". Actually masa bulan 10 aritu lagi dah suruh, tp sy ni keterlupaan. So memandangkan nak balik JB, sy pun siap2 pilih gmbr yang berkenaan untuk dicuci. Da siap! Excited plak tgk gambar2 yang dah dicuci. Hehehe.

Kalau korg nak tau, sy ni mmg penggemar bergambar & amik gambar! Dulu masa matriks banyak giler amik gambar & cuci gambar. Yela time tu pun saya still lagi pakai filem. Lepas amik gambar kenela mencucinya. Sampai practicum mate kata sy "kaki gambar" kot. Hehehe. Sume pasal aktiviti kami masa tu sume saya ambil. Itu......lebih kurang 6 tahun lepas la...Hehehe.

Now, makin ari makin canggih, dah pakai digital camera, paling otai pun pakai kamera phone, pastu transfer simpan buat perkasam dalam lappy. Hehehe. Bila ada masa baru bukak. Siap buat album lagi dalam facebook, friendster bagai..

Kalau ikutkan jugak sy mmg tak penah pun cuci semua gambar masa kat UiTM kot. Rasanya xda pun print hardcopy. Semua tersemat indah dalam softcopy ni ha...So bile sudah di 'gertak' oleh Pak Andak, haruslah menunjukkan kerajinan yang mantap untuk pergi mencuci gambar di kedai gambar..After 6 years tu. Gila lama!

Aritu masa balik Raya Haji sempat jugak imbau kenangan tgk gambar lama2 masa sy kecik. Masa budak-budak mak sy jaga time kecik dulu. Masa matrik. Masa makcik saya kawen, semua la. Bila tgk balik buat kami sekeluarga tergelak, dan dok berborak-borak! Sooo sweet. Memori tuh. So lepas ni, berjanji akan mengumpul gambar-gambar y best untuk di cuci. Baru feel lebeyyyy sikit! Hehehehe


Gambar-gambar family masa Raya Aidilfitri aritu


Extras, sambil2 pilih gambar family, pilih la jugak gambar2 sy & En Hadi. Heee~:D

Sunday, December 19, 2010

No no no!

Tadi dok browse-browse kat Youtube pasal baby says No no no! Sebabnya mak kol aritu cakap, Arianna dah pandai cakap No no no! sambil jari telunjuk gerak kiri kanan tanda No no no! Heheh. Mesti comel. Dah pandai cakap dah budak tu. Tak sabar nak balik hujung minggu depan, n nak spend time ngn Arianna & Family! Yay! Cant wait! *Arianna, akak ada belikan baju untuk awak, mesti kamu suke...hehehe*

Jom tengok video ni :)


Actually, selalu sangat dengar perkataan "No no no!" dari En Hadi bila saya cakap, "Awk, nak ini?.. Awak nak makan ni?", "Awk bestnyer.." jawapan beliau adalah..No no no! Hahaha, gila kejam, semua tak boleeyyy! Tp I sayang U lebih la. Kalau dgn dia konfem bende yang kita nak tu terbantut. Jimat, jimat, jimat!Tapi kalau jalan ngn kawan-kawan, harus giler shopping, okkkay!!! Pokai, pokai, pokai! Hihihi *baru frust tgk comforter set kat JJ td..Aaaa...nape sale 70% time saya zero money untuk bende2 cmni?? Hehehe*

Simpan duit Zida, simpan duit! :) Saboooooo~!

Serasi Bersama

Sila nyanyi lagu Serasi Bersama nyanyian duet Nurul & Ajai

Rancangan baru di Astro Ria yang baru je tadi abes saya tengok. Hehehe. Serasi bersama! Merupakan rancangan yang menguji keserasian pasangan masing-masing oleh selebriti popular tanah air! Menarik jugak..Minggu ni yang terlibat adalah, Ako & Isteri, Adlin & Emelda, Aziz & Lily. tetibe tengok Lily tu cm Stacy pulak! Alamak terleby sudah! :D Tapi gelak dia macam Farah Breep breep! Gabungan Pak Nil dan Shira haruslah mantap kan! Sy suke ngk Spontan. Tapi laa ni dah abes plak season 2 dia. Ada season 3 tak Astro? Seronot2. Mata dah ngantok tp macam best plak movie Lu Pikirlah Sendiri lakonan Nabil & Puteri Sarah. Takpe-takpe kita record dulu, nanti ada masa kita tengok...Heee~:D


pssst: Hopefully Serasi Bersama ni xdela badi cam Sehati Berdansa. Semoga dipanjangkan jodoh semua umat manusia. Amin....

Mari Menabung

Sekarang suka giler kumpul duit syiling. Asal ada syiling je mmg simpan untuk masuk dalam tabung. Tak tau kenapa semangat sangat sampai rasa seronok. Sebab tgk duit syiling banyak kot. Heee~Mungkin korang kata saya ni lambat sangat. "Aku dah berzaman kumpul duit syiling, dah banyak simpan dalam bank!". Hehehe. Takpela. Baguslah tu menabung.

Favourite syiling yang sy kumpul adalah 50sen. *tapi kalau lain2 pun boleh gak :)*


Kenapa 50sen? Mungkin sebab besar. Korang tau tak cmne nak dapatkan duit 50 sen banyak2? Sy ada satu cara, iaitu dgn membayar tiket parking dgn wang yang besar, dan bakinya pasti duit syiling 50sen. Kalau kat Alamanda mcm tula. Tapi haru gak kalau bayar RM10 satg kuarnyer duit syiling 10 sen, tak ke naya tu? Hehehe. Apa pun marilah kita menabung. Rasa seronok plak, tiap kali ada duit syiling, mesti balik excited nak simpan dalam tabung. Ngeee~:D

Kalau dengan En Hadi tu kami sampai berebut duit syiling hokayy! Ada ke patut trick beliau, nak bayar parking sejam 50 sen kat area Sri Serdang ms lunch. Tapi mintak saya RM1 (x2 50 kupang)..Sebabnya nak songlap duit sekeping 50 sen saya! Takci sungguh! Tapi suka je cmtu, boleh main rebut-rebut! *oh mengada di situ :), gediks!*

Nanti nak cari tabung. Lagi semangat nak simpan duit...Bestnyer!~ Tak sabo nak tunggu penuh, lepas tu masuk dlm bank! Best best best! Yokk menabung. Tapi mahal jugak ek tabung yang comel-comel yang macam kat bawah ni? Hehehehe. Nak jimat pakai je botol kosong. Ok gek kan?!


Gambar ikhsan google image :)

My Friendster

Saja belek-belek friendster. Lama dah tak bukak. Melihat semula gambar-gambar dalam frenster tu. Kenangkan balik bila kenal En Hadi. Mmg tak sangka jumpa dia kat dalam frenster yang kalau ikutkan mmg tak kenal pun! Huhuhu. Tp boleh ngam, boleh get along! How ek? Jodoh eh? Alhamdulillah, semoga direstui oleh Allah. Amin. Nanti bila2 nak cite macamana saya boleh kenal dgn dia. :)

Happy Anniversary, Awak! I love You! You're my friendster!


Sorry la selalu melakukan kecederaan fizikal terhadap kamu..Heee~:D

Nak tau tak sy buat ape kat dia? Cepitkan tangan die kat cermin tingkap kete dgn tidak sengaja, pastu boleh gelak padahal die tgh kesakitan? Hahaha. *gabra kot time tu!*
Bertabahlah kamu En Hadi dgn saya! Hahahah

Hehehe. Tapi U syg I kan? Hehehe, tq awak!! :)

Friday, December 17, 2010

Allah Maha Melihat

Suka lagu ni walaupun dah berzaman dah kuar. Huuuu~ Bestnyer..

Thursday, December 16, 2010

Rabun

Semalam saya ke Giant Equine , menemani housemate yang mahu beli hadiah untuk farewell party company beliau. Sambil-sambil tu singgah jap di Focus Point. Ida tunjuk sunglasses yang die beli. Harga RM 1.2k, tp lepas diskaun RM800. Mak aih, nasib company bayooo..Huhu. So Cik Zida ni gatal-gatal la nak cek power matanya. Previously, penah cek mata. Tapi ok, takde la tinggi sangat. Dan tak perlu pakai spec pun. Tetibe semalam cek, budak tu kate saya rabun dekat. Belah kiri tinggi n suggest me to wear spec la kan. Sudah berkenan yang satu tu...Huuu~ Nak amik ke tak ek? Ahaks.

Comel tak Cik Jida pakai spec nanti? Ngeee~

Sup daging best!

Di kalan hujan yang sejuk dan nyaman ni, mesti best kan kalau dapat makan sup panas2. Huuu~, heaven rasanya. Makan nasi putih, sup daging, telur dadar, smbl belacan, sayur campur. Uh...Bestnyer~~~.. *makan kat Mak Teh, sup daging die best gak, plus ngn smbl belacan dan budu, terbaikkk!* Nanti buka puasa nak makan ni la. Ok tak? *drooling*

gmbr credit to this blog

Wednesday, December 15, 2010

Jom tido!

Sj nak tayang lamp ni. Argh, bestnyer tido...Gudnite everybodi! :)

Ni brg hasil 'tangkapan' sy masa J-card Day kat JJ Balakong aritu. 70% off! Harga berbelas ringgit sahaja.

Tuesday, December 14, 2010

Raja Sehari : Imma & Izmir (Reception)

Sambungan from this post :

On the next day(11.12.10), majlis resepsi berlangsung di rumah family Imma. Tema adalah putih brown gitu. Pagi-pagi lagi dah terjah umah pengantin konon2 nak tlg apa yang patut! Yes, we did! Saya dan Nadd tolong Kak Yang buat sireh junjung & hantaran buah. Heee~ Lebih kurg pukul 11 ++ plak geng UiTM, Nadia, Tikah & Uswah smpi. Linda is on the way masa tu. Time ni pengantin tengah siap2 nak bersanding. Baju pengantin adalah dr bridal collection kat area sana. Cantik jugak. Cuma inner tudung je Puan Pengantin buat sendiri. Ko mmg cantik Ma! Masa tunggu pengantin lelaki bertandang kami pun sempat amik gmbr untuk kenang-kenangan. Hoho, this is my first time attend wedding member terdekat. Tgk depa nikah, smpi la sanding. Alhamdulillah, sorang lagi sudah ke jinjang pelamin. Next sape? Linda eh? Heheheh. Ko tgh diet kan? Lalala~ =p

p/s: Tahniah jugak buat Irra dan Gomez. Sori, cheq tak dpt dtg hampa punye wedding. Mintak maaf banyak2. Hadiah kami dah bagi kan, aci la no? Hikhik. Iringan ucapan & doa semoga kekal hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Imma & Izmir, Irra & Gomez! Btw, korang ni berjanji ke nak kawen tarikh dekat2? Ahaks.

Sepanjang Majlis Resepsi Imma & Izmir
Puan Pengantin yang gojes!



Yang hadir, mereka dah smpi~

Klik! Klik! Gmbr dgn pengantin

Linda & Imma

Saya dan Puan Imma

With Kak Yang

Cik Tikah yang comel lagi menarik! Hiks

Kami

Hantaran buah, kilat tak? Ngeee~:D

Proses buat Sireh Junjung

The Sireh Junjung full with fresh flowers

Extras:

Majlis Pernikahan Irra & Gomez
Gambar from Irra's Fb

Suke gmbr ni.

Alhamdulillah, selamat bernikah

pss..gmbr masa Encik Pengantin bertandang di kamera Nadd. Huhuhu~ bile plak nak amik dr beliau. Argghhh!

Sunday, December 12, 2010

Raja Sehari : Imma & Izmir (Solemnization)

Tahinah buat Imma & Izmir yang sudah melangsungkan pernikahan beliau pada 10.12.10 tepat pukul 9.04 malam. Saya berkesempatan hadir di Majlis Pernikahan mereka. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Imma sudah menjadi isteri kepada Izmir. Happy for both of you. Masih lagi tidak percaya yang Imma sudah pun berkahwin. Huwaaa!~ Sy plak yang sedih masa peluk die lepas nikah aritu. Ape kes ko ni zida? Hihihi. Imma adalah kawan sy dr UiTM lagi merangkap roomate sy sebelum ni. Imma, ko dah ada roomate yang baru. Lagi best plak tu. Huhuhu. Tahniah buat korg. Aku happy! Pengantin adalah cantik. Tudung yang Imma pakai sangat sesuai dengan beliau. U r soo gorges darling! Pandai die pilih tudung tu dengan muka die. Mmg sgt cantik! Mekap pun ok, baju pun cantik. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Antara kenalan yang datang ialah, Nadd, Nadia, Tikah, Uswah dan Linda. Tahniah buat korang! Semoga kekal hingga akhir hayat. Korang kate tak sabar tunggu aku tahun depan eh? Ha ah,insyaAllah, tahun depan korg dapat anak, aku naik la pangkat! Yeay! Aunty Jida! Hikhik.

Malam Pernikahan Imma & Izmir

Imma & I

Imma

Izmir

Saat mahu dinikahkan

Aku terima nikah

Mulut Izmir adalah asik nak bercakap je, nak hilang nebes kot. Hihihi

Mas Kahwin bernilai RM1001. Siap ada jongkong emas tu. Huhu~

Di pelaminan

Kami

Imma yang gojes

Oh, btw Imma ada kasi surprise. Ikutkan masa batal air sembahyang xda cincin untuk lelaki. Tapi Imma kasi surprise, a set of rings yang ada ukiran nama depa. Hoho, cooo cweettt!~
Gambar adalah kabur, sekian terima kasih. Ahaks

Next, thieir Reception plak :D

Thursday, December 9, 2010

Tempatkan Dia di Syurga

Cuti Awal Muharram yang lepas saya hanya duduk di rumah dan kebanyakkan masa adalah menonton TV. Yeah. Apa yang nak saya kongsikan adalah telefilem sempena maal hijrah yang disiarkan di TV3 ni.

Copied from this site :
Telefilem ini mengisahkan Asmah yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah mengenai ibu mereka. Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul, yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul(Zamarul Hisyam) beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli (Adi Putra), Badrul (Joey) dan Sakinah (Lisdawati). Suatu hari, Asmah terjatuh di tempat kerja kerana terlalu penat dan tertekan. Sakinah yang datang menjenguk ibunya hampir diceraikan oleh Shukri(Roy Azman) kerana dianggap ingkar.

Best citer ni. Pada mulanya hanya menonton biase2 je, tidak menghayati. Makin lama makin best plak. Geram tgk suami si Sakinah tu yang pentingkan diri sendiri. Degil. Kesian kat Sakinah yang tersepit antara suami dan ibu kandung sendiri. Yeah, I know, bila seorang wanita itu sudah berkahwin semuanya harus mengikut kehendak suami, as long as ia tidak melanggar syarak la kan. Walaupun nak mengajar adik beradik yang lain, tapi agak-agakla. Jangan sampai menyesal dikemudian hari sudahla.

Kesian si Ibu bersusah payah untuk menyara keluarga. Si anak pulak buat hal. Haish, semoga saya dan anak-anak diluar sana berada dalam lindungan Allah, dan menjadi anak yang baik. InsyaAllah.

Sedih gak cite sampai my housemate nanges tersedu-sedan dia. Huhuhu. Saya? Kool. Eh, kool ke? Ngeee~:D

Anyway, watak amirul yang Zamarul Hisyam lakonkan tu macam watak Shah Rukh Khan plak dalam filem My Name is Khan.

Monday, December 6, 2010

Maha 2010

Tahun ni berkesempatan ke MAHA 2010. Bermula pada pada 26 Nov yang lepas sehingga la ahad semalam. Ramai tak yang datang? Konfemla ramai weyyy. Kalau ikut statistik yang dibuat kat dlm web die lebih kurg 2.6 juta gak la yang datang. Masa mula2 event ni start jalan sekitarnya adalah jem dan saya yang ketika itu berulang alik dr Bangi ke Equine sebab nak pindah barang pun jd mangsa jem, huuuu~ Penat mak tau. Bercadang juga mahu pergi, so we decided to go waktu malam. Senang, tak panas. So jumaat malam tu terjah la kami, saya, Nadia dan Tikah ke MAHA 2010. Apa yang ada? Actually banyak..Tapi kite orang aim p tempat buah-buahan je. Dekat2 jela ngn parking, kalau ikutkan banyak lagi kot pameran kat situ. Tapi kaki ni tak larat nak jalan. Hehehe, first time pergi ke MAHA. Hopefully next time dapat jalan semua tempat. MAHA 2012 plak la kan? Huhuhu.

Mahu tahu lebih lanjut tentang MAHA 2010? Klik sini.

Aiyooo Zida, MAHA dah abes baru nak post entry ek? Hihihi

psst: Kat sana banyak giler org jual detox foot patch tu. Saya pun beli gak. Nnti nak cite pasal detox foot patch ni plak. Tunggu~

Sepanjang lawatan ke MAHA 2010

Abg jual otak-otak, sata yang suka enterprem

Nadia & Tikah

Jalan-jalan cari payung

Salam Maal Hijrah, 1432H

1. Alhamdulillah, masih lagi merasa hidup pada tahun baru hijrah. Semoga menjadi insan yang lebih baik, berbakti kepada ibu dan bapa. Lebih rajin dalam segala hal. Ngeee~ :D . Banyak yang ingin dicapai tahun ni, InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan, Amin. Jom sama baca doa akhir tahun dan awal tahun.



Ihsan dari : http://www.khaizarien.com/2010/12/doa-awal-tahun-dan-akhir-tahun-hijrah/


Nak nyanyi lagu Satu Muharram la. Suke lagu ni.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Esok cuti. Nak buat ape ye?

Raja Sehari : Ummu & Anas

Tahniah buat Ummu & Anas yang sudah melangsungkan perkahwinan jumaat yang lalu. Alhamdulillah, kahwin da korang ek. Macam tak percaya. Ummu my dear, kamu dah jadi PUAN la. Huhuhu. Sabtu, 4 Dis 2010 berkesempatan untuk hadir ke hari bahagia mereka bersama En Hadi. Sesampai di sana, bergandingan pula dengan pasangan Wewe & Nono yang kebetulan baru sampai. Nasib baik ada geng. Sampai sana, pengantin dah pun siap. Jumpa KD, Dd & Kuku. Hikhik. Ceria je muke dorang. Jumpa Ezzan jua, Haida. Geng-geng OAS tak Nampak plak. Tapi ramai geng UiTM yang sy jumpa. Abg Nizam yang bakal berkahwin, Kak Hanis, n Kak Fiza (main lambai2 je sebab time tu nak amik makanan dah) dan ramai lagi. Makanan adalah sangat sedap*seyes sedap*. Tema adalah turquoise. Pengantin adalah sangat cantik & hensem masing-masingnyer. Oh, memang Raja Sehari. Sebelum pulang berjumpa pengantin dan ambil gambar dengan mereka. Hoyay! Sy plak yang happy. Hiks. Tahniah buat korang. Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat. Minggu ni Imma & Izmir plak bakal berkahwin. Then hujung bulan Epa & Aziz, oh takkan melepaskan peluang hadir ke resepsi meraka. InsyaAllah.

Puan Ummu

Cik Wewe & En Nono
*awe, laki ko garang la ngn ko, hihihih*

Us

Amik gmbr dengan pengantin, aka amik berkat. Hiks

last, percuma gmbr kami. Woo En Hadi ada pipi yang bambam! Hahaha

pssst...tetibe gmbr ade watermark plak. rajinnyer ko zida. hahaha

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!