Carian Berguna

U r Visitor No ::

Thursday, December 9, 2010

Tempatkan Dia di Syurga

Cuti Awal Muharram yang lepas saya hanya duduk di rumah dan kebanyakkan masa adalah menonton TV. Yeah. Apa yang nak saya kongsikan adalah telefilem sempena maal hijrah yang disiarkan di TV3 ni.

Copied from this site :
Telefilem ini mengisahkan Asmah yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah mengenai ibu mereka. Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul, yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul(Zamarul Hisyam) beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli (Adi Putra), Badrul (Joey) dan Sakinah (Lisdawati). Suatu hari, Asmah terjatuh di tempat kerja kerana terlalu penat dan tertekan. Sakinah yang datang menjenguk ibunya hampir diceraikan oleh Shukri(Roy Azman) kerana dianggap ingkar.

Best citer ni. Pada mulanya hanya menonton biase2 je, tidak menghayati. Makin lama makin best plak. Geram tgk suami si Sakinah tu yang pentingkan diri sendiri. Degil. Kesian kat Sakinah yang tersepit antara suami dan ibu kandung sendiri. Yeah, I know, bila seorang wanita itu sudah berkahwin semuanya harus mengikut kehendak suami, as long as ia tidak melanggar syarak la kan. Walaupun nak mengajar adik beradik yang lain, tapi agak-agakla. Jangan sampai menyesal dikemudian hari sudahla.

Kesian si Ibu bersusah payah untuk menyara keluarga. Si anak pulak buat hal. Haish, semoga saya dan anak-anak diluar sana berada dalam lindungan Allah, dan menjadi anak yang baik. InsyaAllah.

Sedih gak cite sampai my housemate nanges tersedu-sedan dia. Huhuhu. Saya? Kool. Eh, kool ke? Ngeee~:D

Anyway, watak amirul yang Zamarul Hisyam lakonkan tu macam watak Shah Rukh Khan plak dalam filem My Name is Khan.

2 comments:

Pinat said...

masa mula2 baca zamarul hisham jadi autisme, mmg trus terbayang srk dlm my name is khan.. hehehe..

x sempat nk tgk cite ni.. huhu.. :(

nurul azida ahmad said...

hehehe. ain, kene tgk. :) okla, tak mengecewakan.

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!