Carian Berguna

U r Visitor No ::

Tuesday, January 18, 2011

Kamera Saya :'(


Sedih sedih sedih! Kamera saya rosak! Jatuh! Aaaaa... sedih sedih sedih!

Sedih sebab banyak event akan buat dengan kawan-kawan! Huuuu~

Takde gambar masa jumpe mereka nantiii!!!~

Takdela gambar masa Parti Bujang Sha nanti!!~

Takdela gambar masa kawen Seri nanti!!~

Walaupun die bukan kamera yang canggih, saya tetap sayang die!~ Huuuuu

Aaaaaa! Im down! Sedih sangat....Banyak yang akan tertinggal nanti. Terpaksa la guna kamera hp je. Hukhukhuk. Bile2 free baru anta kedai. Oh i hate this!

Ada sape2 yang boleh sewakan kamera tak kat I? Huuuu~ T_T

First Try

Percubaan pertama saya memakai tudung style cam kat bawah ni. Taktau ape nama style ni. Hahaha. Oh Zida, kamu lambat. Orang dah pakai berjaman da. Lalalala~

Ok, Cik Zida bambam! Ahaks.

Hawaiian Luau Dinner

Its Hawaiian Luau uols! Mmg santai giler malam semalam. Ala-ala berada di tepi pantai gitu. Yang guys mmg senang la, sebb pakai short pants n shirt bunga2 je. Beberapa hari sebelum dinner adalah dok pening-pening nak pakai baju apa untuk dinner malam tu sebabnya plan asal katenyer adalah Hollywood Style. Saya siap beli da baju ala2 hollywood, tp tak dapat lak nak melaram dgn baju tu malam dinner koz tukar Hawaiiii~ ariibbbbaaa!~

So bile pencarian baju tidak berjaya dan tidak memuaskan hati saya recycle jela baju masa g holiday kat Langkawi tahun lepas y ala-ala Hawaiii gitu.

Macam ni hahaha. Hentam saja lah labuuuu~


Suma recycle je, kecuali tudung n aksesori. Memang terbaik la sebab bajet murah giler! Ahaks. Jimat jimat duit I ok. Tp idakla saya melaram abes-abesan. Tak reti, biasa pakai baju kurung je, So hentam sajalah. Asal ikut tema. Hihihi.

Sepanjang event tu adalah seronok. Tp tak dpt hadiah lucky draw pun. Tensen! 207 its not my lucky number la. 206, Aimi yang dapat! Huuuu~ Tapi takpelah, takde rezki, cube tahun depan plak ye. Tapi yang buat saya bangga, korang nak tahu? Our team menang best performance! Hoyay! We are billionaire! Horrrayyy!
207, not lucky!

Centerpiece, Pineapple & fresh flowers

Our team performance
Ala-ala red carpet gitu
Tahun depan kalau ada rexeki kat sini lagi ape plak temanyer ye? Hehehe, arabian plak ok tak? :D

Billionaire & Shooting


Hi all,

Sorry a lil bit bz la makcik skrg ni. Pening pening pening~ tapi update tetap update. Sekali update amik ko, 2-3 entry I update. Hikhik. Aci kan. Lalala~

Actually baru je lepas attend GADSC Annual Dinner. First time involve dalam event company. Yes! Im new joiner ok, so gitu la. Ahaks.

Tema dinner ni adalah Hawaiian Luau u all. Saya dah tak tau nak pakai baju ape ni. At last recycle je baju matahari masa p Langkawi tahun lepas. Huhuhu~ Berguna jugak ye. Later we talk about it ok. Entry kali ni nak cite pasal performance yang setiap team kene buat. For example, team saya termasuk SAP Team join venture sama2 buat video klip "Billionaire". So last week the whole day we all shooting. Best jugak, masing2 sporting ok dan saya of kosh terjebak untuk jd extras. Hohoho~ Extras je, atenyer acik ni bukan reti sgt nak berlakon2 ni. Hikhik.

Berkenaan props tu suma drpd team. Ok la. Siap bawak troli sebb nak amik scene yang memerlukan cameraman "lari laju-laju". Hehehe. Siap ada smog machine tu, lighthing. Mmg terbaik...Editing pun sekejap je. Tak smpi seminggu dah boleh siap. Tahniah buat semua!

Jom layan gambar!

"Hot chicks"

Sugu the Rapper

Siap ada smog ok. Terbaik...

Ligthing pun ada. Dah macam house production da. Hahaha

Hot chicks dgn billionaire



Actually performances banyak2 dr semua team ni akan menang hadiah. Nak tau sapa yang menang? Tunggguuuuu~~

Saturday, January 8, 2011

Tenang sayang

Kelmarin jalan-jalan ke Alamanda dengan ofismate~ Masa naik kereta dia, dia play lagu yang sedap sangat didengar. Tenang saja..


Tetibe suka lagu ni, from Kangen Band, Yakinlah Aku Menjemputmu. Tenang sayang~

Layan je lagu ni.

Lagu ni buat saya tenang. Tabah. Saya rindu En Hadi. Huhuhu~

Entry Basi : My workspace

Di tagged oleh Ezzan Yusop dalam entry beliau yang ini. So, here we go. Lets see macamana meja I ok. :)
Tadaaaaaa...



Kosong je lagi sebab baru 3 bulan. Orang kata dalam mood honeymoon lagi. Tapi actually banyak da kene buat.. Study itu dan ini. KT sana dan KT sini. Conference sana sini *scary*. Ok im done. Mungkin nak buat mcm Ezzan jugak, bagaimana la meja saya ni 6 bulan akan datang yew?!~
Hihihi, ok. Ini extras, gambar cik kak gedik di mejanya.



Selamat Bekerja semua. Sudahkah anda men'set'kan visi anda untuk tahun ni? Saya? On the way~ Minggu depan kene jumpa manager! Huuuu!~

I miss my gurls

Saya rindu mereka. Huwaaaa!~

Cik Ceri sibuk dengan wedding beliau. Cik Eein plak sibuk dengan masternya. Me? Quite bz gak, but rite now damn bored ok. So tadi dok belek2 gambar kat FB. Rindu kat mereka. Tak sabar nak jumpa mereka masa big-day Seri & Faliq nanti. Korang..nanti kita p melancong lagi nak? Lama tak gediks2 dengan uols.

Gurls @Bandung

Gurls @Melaka

Gurls @Seri's E-Day

Gurls @Jalan TAR

Raja Sehari : Effa & Aziz

Selamat Pengantin Baru buat Aziz & Effa yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada New Year 2011 aritu. No cantik. 1.1.11 :) Terbaik la epa. Hehehe. Kak Long & Kak Ngah pakat baik punye buat wedding sume hujung tahun ek?

Epa ni saya kenal masa kat Infosys dulu. Duduk row depan saya masa training kat sana. Lepas tu keje, duduk menumpang sewa di rumah keluarga beliau memandangkan masa tu saya takde kenderaan sendiri untuk pergi keje. Epa & Family sangat baik! Suka family dorang. Hehehe. InsyaAllah nanti kalau da ada baby aku datang jenguk ko lagi ek? Hehehe. Must be hujung tahun ni la kot kan? Lalalala~

Epa sangat cantik on her wedding day. Dah la tinggi makcik ni. Macam saya plak rendah berdiri sebelah dia. Huhu, xpa bagi can sama pengantin. Aziz pulak senyum-senyum malu gitu. Ahaks.

Pengantin cantik

Senyum je Epa, Aziz maintain macho. Hihi

Blessing

With Yuyu, bekas housemate saya

Tahniah buat korang semoga bahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah, amin.

Next? Hujung bulan ni akan ke Perak yooo! Besties I kawen! Yay yay!

Wednesday, January 5, 2011

Berat badan saya 10KG

Bukan berat badan saya...Berat badan Ariana. Hihi. Berat badan saya adalah berkali-kali ganda daripada Ariana okkayyy!! Tengoklah kaki die comel je dok berdiri atas penimbang tu. Cumil-cumil. 10 kg ++.

Kaki budak gebu


Hoo. Nak berat camni boley tak? Mungkin la tak dapat kan? Asal dapat berat ideal sudah...Chayok2x Zida!

Reunion 3 orang

Still lagi mahu bercerita pasal cuti aritu. Satu malam tu Yuki, my best fren masa sekolah mesej kate nak jumpa. Yela memandangkan saya ada kat JB, boleh la jumpa. Lagipun cuti lama kan. So bincang punya bincang malam tu jugak kami decide nak jumpa! Acaranya adalah tengok wayang dan lepak2. So sharp pukul 9 kami jumpa kat JJ Tebrau. Lepas tu beli tiket wayang, kami tengok cita TRON. Wooo!~ Rasa rugi plak tak tgk 3D. Mesti best kan. Tapi TGV kat JJ tu mahal la plak. Kalau kat KL murah je, takde la sampai RM14 kalau standard punye. TRON bagi saya best! Tapi ramai kate tak best. Hehehe. Ok la, saya suke cite tu.. Berbalik pada reunion kami 3 orang muka yang sama ni. Sementara nak tunggu masuk wayang, kami pun dok borak2 minum kat Black Canyon. Hoho. Rasa best sgt. About 1 year ++ jugak la tak jumpa. Almaklumlah masing2 bz. We shud do reunion la gang! Go somewhere, lepak2. Borak2. Hopefully next time dapat la jumpa semua orang.

Dan yang pasti muka kami, Yuki, Rash & Me slalunya ada! So next reunion, kawan2 bila kita nak buat?

Rash & Yuki

With Yuki

3 of us


Jom tengok wayang!

Rash sangat sporting! Each time ajak keluar je, mesti die boleh attend! Best best best!

Tailor tak bertauliah

Cuti aritu saya dok umah je. Salah satu aktiviti saya kat umah adalah main game. Monster Mash! Hihihi. Punya gigih main game. Tapi nak cite kat sini saya berjaya menghasilkan baju kurung sendiri! Buat baju kurung pahang. Bab potong-memotong acik tak pandai lagi. Tapi kalau nak sambung2 jadi baju tu, boleh la bagi kat I yew. Cantum-cantum baju tu dalam setengah hari je siap. Tapi, tulaa..kata tak bertauliah kan, mmg main tekan je mesin jahit tu. Hahaha. Sebab saya buat baju kurung pahang ni adalah untuk memenuhi tema kawan saya si Effa yang kawen 1st January 2011 aritu. Tema adalah purple, so gigih la cari kain kat nilai 3 masa on the way nak balik JB cuti aritu. Alhamdulillah, berjaya siapkan dan berjaya pakai masa wedding Epa! Yes!

Budak kecik yang mengacau. Siap kangkang2 lagi tuh.

Lets cantum-cantum

Dipakai masa wedding Epa! Ahaks.

Rasa syiok pulak menjahit. Lepas ni nak try belajo jahit leher plak n sembat-menyembat. Ate, acik tak reti nak buatnyer, mana tau boleh bukak kedai jahit. Hihihi. InsyaAllah.



Tuesday, January 4, 2011

Menyampah dengan Arianna

Hikhik. Boleh tak nak menyampah dengan budak kecik? Geram okkayyy! Arianna ni bile dah besar die dah kenal orang, so bile agak2 die tak kenal, memang dia taknak la dengan orang tu. Ia berlaku pada saya. Sepanjang saya duduk kat umah, kalau nak dokong-dokong ngn die, konfem die nak nanges, ek ek ek! Ada satu hari tu, kebetulan mak solat kat atas, adik lelaki saya kat toilet, tinggal saya dan baby hakeem je kat ruang tamu tu dengan dia. Tetibe boleh plak die nak nanges padahal saya tak kacau pun dia. Geram! Hihi, tapi....saya tetap sayang dia. She is sooo comel. Cuma itula, rambut je tak berapa banyak. Hahaha. Dah setahun pun still gitu gak, rambut tak lebat. Dia tinggi! Nanti dah besar mesti cantik. Kulit gebu. Geram ok, rasa nak cubit-cubit je.

Arianna dah setahun 2 bulan. Dah pandai jalan, pandai panggil mak, baba, abang, cakap taknak sambil jari telunjuk say no no no jugak. Hihi, soo comel. Yang paling kelaka, die panggil kucing. Kalau budak-budak kecik ni diajar panggil kucing mioww miowww kan? Die macam bunyi cicak. Lawak sungguh. Die adalah kuat makan. Tiap ari mak die akan bekalkan bubur tok die. Penuh satu tupperware, die habeskan. Bagus Arianna!

Nanti dah besar jadi anak yang baik ye. Jangan garang-garang. InsyaAllah.
Apa taknyer..saya suh die "Give me 5" dgn saya. Die pun gimme 5 la tangan dia sambil cakap, "Pakkkk yeee!" hahaha. Garang betul. Kening nak berkerut je.

Budak panjang

Budak cekci

Budak pengacau

Budak mualap. Hihihi

Budak tak reti dok diam

Budak yang comel..Ngeee~:D

Saya cakap la kat mak saya, "mak kenapa Ariana taknak dgn akak ek?"
Boleh plak mak saya cakap, "agaknya sebab akak besar sangat kot, so dia takut! Hahaha"
Caittt...Mane de! Hahaha

Penutup 2010

Hi all. Lama tak update belog, almaklumlah makcik bercuti selama seminggu as my company shutdown for a week for Christmas Day & New Year. Hihihi. Disebabkan itu, lambatla jugak nak buat penutup 2010. Sepanjang 2010 ni banyak bende yang saya belajar, berhijrah ke tempat baru, kenal kawan baru, kenangan2 manis, pahit dan semua la yang ada. Tahun 2010 malas pulak nak buat rumusan setiap bulan macam yang saya buat untuk tahun 2009. See? Dah masuk tahun 2011 still malas lagi. Haish, no good zida, no good ok! Ahaks.

Today, 4th January 2011. Sudah 4 hari di tahun baru. I'm 25 years old! Sgt tak sangka! Cepatnyer masa berlalu~ Later I will post sepanjang saya cuti. Hihi, dok umah je sebenarnyer. Now, macam takde idea nak update blog walhal banyak je sebenarnyer saya nak cite. Ok fullstop.

Selamat Tahun Baru, 2011.

pic credit mr gugel

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!