Carian Berguna

U r Visitor No ::

Wednesday, December 15, 2010

Jom tido!

Sj nak tayang lamp ni. Argh, bestnyer tido...Gudnite everybodi! :)

Ni brg hasil 'tangkapan' sy masa J-card Day kat JJ Balakong aritu. 70% off! Harga berbelas ringgit sahaja.

Tuesday, December 14, 2010

Raja Sehari : Imma & Izmir (Reception)

Sambungan from this post :

On the next day(11.12.10), majlis resepsi berlangsung di rumah family Imma. Tema adalah putih brown gitu. Pagi-pagi lagi dah terjah umah pengantin konon2 nak tlg apa yang patut! Yes, we did! Saya dan Nadd tolong Kak Yang buat sireh junjung & hantaran buah. Heee~ Lebih kurg pukul 11 ++ plak geng UiTM, Nadia, Tikah & Uswah smpi. Linda is on the way masa tu. Time ni pengantin tengah siap2 nak bersanding. Baju pengantin adalah dr bridal collection kat area sana. Cantik jugak. Cuma inner tudung je Puan Pengantin buat sendiri. Ko mmg cantik Ma! Masa tunggu pengantin lelaki bertandang kami pun sempat amik gmbr untuk kenang-kenangan. Hoho, this is my first time attend wedding member terdekat. Tgk depa nikah, smpi la sanding. Alhamdulillah, sorang lagi sudah ke jinjang pelamin. Next sape? Linda eh? Heheheh. Ko tgh diet kan? Lalala~ =p

p/s: Tahniah jugak buat Irra dan Gomez. Sori, cheq tak dpt dtg hampa punye wedding. Mintak maaf banyak2. Hadiah kami dah bagi kan, aci la no? Hikhik. Iringan ucapan & doa semoga kekal hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Imma & Izmir, Irra & Gomez! Btw, korang ni berjanji ke nak kawen tarikh dekat2? Ahaks.

Sepanjang Majlis Resepsi Imma & Izmir
Puan Pengantin yang gojes!



Yang hadir, mereka dah smpi~

Klik! Klik! Gmbr dgn pengantin

Linda & Imma

Saya dan Puan Imma

With Kak Yang

Cik Tikah yang comel lagi menarik! Hiks

Kami

Hantaran buah, kilat tak? Ngeee~:D

Proses buat Sireh Junjung

The Sireh Junjung full with fresh flowers

Extras:

Majlis Pernikahan Irra & Gomez
Gambar from Irra's Fb

Suke gmbr ni.

Alhamdulillah, selamat bernikah

pss..gmbr masa Encik Pengantin bertandang di kamera Nadd. Huhuhu~ bile plak nak amik dr beliau. Argghhh!

Sunday, December 12, 2010

Raja Sehari : Imma & Izmir (Solemnization)

Tahinah buat Imma & Izmir yang sudah melangsungkan pernikahan beliau pada 10.12.10 tepat pukul 9.04 malam. Saya berkesempatan hadir di Majlis Pernikahan mereka. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Imma sudah menjadi isteri kepada Izmir. Happy for both of you. Masih lagi tidak percaya yang Imma sudah pun berkahwin. Huwaaa!~ Sy plak yang sedih masa peluk die lepas nikah aritu. Ape kes ko ni zida? Hihihi. Imma adalah kawan sy dr UiTM lagi merangkap roomate sy sebelum ni. Imma, ko dah ada roomate yang baru. Lagi best plak tu. Huhuhu. Tahniah buat korg. Aku happy! Pengantin adalah cantik. Tudung yang Imma pakai sangat sesuai dengan beliau. U r soo gorges darling! Pandai die pilih tudung tu dengan muka die. Mmg sgt cantik! Mekap pun ok, baju pun cantik. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Antara kenalan yang datang ialah, Nadd, Nadia, Tikah, Uswah dan Linda. Tahniah buat korang! Semoga kekal hingga akhir hayat. Korang kate tak sabar tunggu aku tahun depan eh? Ha ah,insyaAllah, tahun depan korg dapat anak, aku naik la pangkat! Yeay! Aunty Jida! Hikhik.

Malam Pernikahan Imma & Izmir

Imma & I

Imma

Izmir

Saat mahu dinikahkan

Aku terima nikah

Mulut Izmir adalah asik nak bercakap je, nak hilang nebes kot. Hihihi

Mas Kahwin bernilai RM1001. Siap ada jongkong emas tu. Huhu~

Di pelaminan

Kami

Imma yang gojes

Oh, btw Imma ada kasi surprise. Ikutkan masa batal air sembahyang xda cincin untuk lelaki. Tapi Imma kasi surprise, a set of rings yang ada ukiran nama depa. Hoho, cooo cweettt!~
Gambar adalah kabur, sekian terima kasih. Ahaks

Next, thieir Reception plak :D

Thursday, December 9, 2010

Tempatkan Dia di Syurga

Cuti Awal Muharram yang lepas saya hanya duduk di rumah dan kebanyakkan masa adalah menonton TV. Yeah. Apa yang nak saya kongsikan adalah telefilem sempena maal hijrah yang disiarkan di TV3 ni.

Copied from this site :
Telefilem ini mengisahkan Asmah yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah mengenai ibu mereka. Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul, yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul(Zamarul Hisyam) beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli (Adi Putra), Badrul (Joey) dan Sakinah (Lisdawati). Suatu hari, Asmah terjatuh di tempat kerja kerana terlalu penat dan tertekan. Sakinah yang datang menjenguk ibunya hampir diceraikan oleh Shukri(Roy Azman) kerana dianggap ingkar.

Best citer ni. Pada mulanya hanya menonton biase2 je, tidak menghayati. Makin lama makin best plak. Geram tgk suami si Sakinah tu yang pentingkan diri sendiri. Degil. Kesian kat Sakinah yang tersepit antara suami dan ibu kandung sendiri. Yeah, I know, bila seorang wanita itu sudah berkahwin semuanya harus mengikut kehendak suami, as long as ia tidak melanggar syarak la kan. Walaupun nak mengajar adik beradik yang lain, tapi agak-agakla. Jangan sampai menyesal dikemudian hari sudahla.

Kesian si Ibu bersusah payah untuk menyara keluarga. Si anak pulak buat hal. Haish, semoga saya dan anak-anak diluar sana berada dalam lindungan Allah, dan menjadi anak yang baik. InsyaAllah.

Sedih gak cite sampai my housemate nanges tersedu-sedan dia. Huhuhu. Saya? Kool. Eh, kool ke? Ngeee~:D

Anyway, watak amirul yang Zamarul Hisyam lakonkan tu macam watak Shah Rukh Khan plak dalam filem My Name is Khan.

Monday, December 6, 2010

Maha 2010

Tahun ni berkesempatan ke MAHA 2010. Bermula pada pada 26 Nov yang lepas sehingga la ahad semalam. Ramai tak yang datang? Konfemla ramai weyyy. Kalau ikut statistik yang dibuat kat dlm web die lebih kurg 2.6 juta gak la yang datang. Masa mula2 event ni start jalan sekitarnya adalah jem dan saya yang ketika itu berulang alik dr Bangi ke Equine sebab nak pindah barang pun jd mangsa jem, huuuu~ Penat mak tau. Bercadang juga mahu pergi, so we decided to go waktu malam. Senang, tak panas. So jumaat malam tu terjah la kami, saya, Nadia dan Tikah ke MAHA 2010. Apa yang ada? Actually banyak..Tapi kite orang aim p tempat buah-buahan je. Dekat2 jela ngn parking, kalau ikutkan banyak lagi kot pameran kat situ. Tapi kaki ni tak larat nak jalan. Hehehe, first time pergi ke MAHA. Hopefully next time dapat jalan semua tempat. MAHA 2012 plak la kan? Huhuhu.

Mahu tahu lebih lanjut tentang MAHA 2010? Klik sini.

Aiyooo Zida, MAHA dah abes baru nak post entry ek? Hihihi

psst: Kat sana banyak giler org jual detox foot patch tu. Saya pun beli gak. Nnti nak cite pasal detox foot patch ni plak. Tunggu~

Sepanjang lawatan ke MAHA 2010

Abg jual otak-otak, sata yang suka enterprem

Nadia & Tikah

Jalan-jalan cari payung

Salam Maal Hijrah, 1432H

1. Alhamdulillah, masih lagi merasa hidup pada tahun baru hijrah. Semoga menjadi insan yang lebih baik, berbakti kepada ibu dan bapa. Lebih rajin dalam segala hal. Ngeee~ :D . Banyak yang ingin dicapai tahun ni, InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan, Amin. Jom sama baca doa akhir tahun dan awal tahun.



Ihsan dari : http://www.khaizarien.com/2010/12/doa-awal-tahun-dan-akhir-tahun-hijrah/


Nak nyanyi lagu Satu Muharram la. Suke lagu ni.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Esok cuti. Nak buat ape ye?

Raja Sehari : Ummu & Anas

Tahniah buat Ummu & Anas yang sudah melangsungkan perkahwinan jumaat yang lalu. Alhamdulillah, kahwin da korang ek. Macam tak percaya. Ummu my dear, kamu dah jadi PUAN la. Huhuhu. Sabtu, 4 Dis 2010 berkesempatan untuk hadir ke hari bahagia mereka bersama En Hadi. Sesampai di sana, bergandingan pula dengan pasangan Wewe & Nono yang kebetulan baru sampai. Nasib baik ada geng. Sampai sana, pengantin dah pun siap. Jumpa KD, Dd & Kuku. Hikhik. Ceria je muke dorang. Jumpa Ezzan jua, Haida. Geng-geng OAS tak Nampak plak. Tapi ramai geng UiTM yang sy jumpa. Abg Nizam yang bakal berkahwin, Kak Hanis, n Kak Fiza (main lambai2 je sebab time tu nak amik makanan dah) dan ramai lagi. Makanan adalah sangat sedap*seyes sedap*. Tema adalah turquoise. Pengantin adalah sangat cantik & hensem masing-masingnyer. Oh, memang Raja Sehari. Sebelum pulang berjumpa pengantin dan ambil gambar dengan mereka. Hoyay! Sy plak yang happy. Hiks. Tahniah buat korang. Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat. Minggu ni Imma & Izmir plak bakal berkahwin. Then hujung bulan Epa & Aziz, oh takkan melepaskan peluang hadir ke resepsi meraka. InsyaAllah.

Puan Ummu

Cik Wewe & En Nono
*awe, laki ko garang la ngn ko, hihihih*

Us

Amik gmbr dengan pengantin, aka amik berkat. Hiks

last, percuma gmbr kami. Woo En Hadi ada pipi yang bambam! Hahaha

pssst...tetibe gmbr ade watermark plak. rajinnyer ko zida. hahaha

Friday, November 26, 2010

Kita Satu

Dapat video post from En Hadi kat Fb td. I love this song! And I love him. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.


Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

c/o
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

from : http://www.hidupsantai.com/2010/11/12/spider-kita-satu-lirik/

Sup Kentang

Akhirnye hasrat nak buat sup kentang menjadi. *hoho, lama dah nak buat, tp tak buat2*
Ok, ni first try sy buat sup kentang! Ngeee~:D Sebelum2 ni tengok mak n member2 je y masak. So bile mood tgh rajin dan teringin nak buat, sy pun buat la. Menjadi! Yay! Sedap makan begitu saja. Lepas makan, tido....Wah terbaikla kamu Zida! Hikhikhik



Berasap lagi, sebab bru siap

Resipi:
Kentang
Carrot
Tomato - potong 4
Sayur Pucuk + Soo hoon
Bawang, bawang putih, ikan bilis, cili padi(kalau nak rs pedas)

Mula-mula kupas la kentang tu dan potong ikut kesesuaian. Carrot pun sama. Hiris bawang merah, bawang putih. Lepas tu, tumis je bawang merah, bawang putih smpi naik bau. Masukkan sekali ikan bilis n cili padi tu. Tumis-tumis. Lepas tu masukkan air secukupnya. After that masukkan kentang. Biarkan mendidih sampai kentang separuh masak, masukkan carrot dan tomato, sayur pucuk, soo-hoon. Kemudian tunggu sampai semuanya empuk. Lepas tu boleh la dihidang. Makan begitu saja! Marveles! Sedap! Nak lagi sedap boleh la letak black pepper! Konfem terangkat :)

Next time nak try buat begedil plak. Hihihi

Yang benar,
Zida si penggemar Kentang :)

Mereka

Lokasi : Perbadanan Putrajaya













Love this pic so much. Edited by Tikah

Gambar hasil ihsan Haqqiem

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!