Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, July 12, 2013

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....

Salam semua readers yang masih lagi membaca saya punya blog ni. Seperti biasa entry akan bermula dengan permintaan maaf sebabnya dah lama tak buat entri. Ampunkan mak incik ya. Semua post pun tertunggak lagi pasal E-day la itu la ini la..Cannot go but now I think, I want to write something here. :)

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan. Sudah nak masuk hari ke-3 kita berpuasa. Bagaimana puasa anda? Semoga semuanya dipermudahkan dan diredhai olehNYA. Amin..

Jaga kesihatan tau, kenapa saya tekan kan supaya jaga kesihatan? Sebabnya saya tengah sakit. Dugaan di bulan puasa. Huhuhu so readers, please jaga kesihatan ok.

Bagaimana pulak persiapan raya anda? Haaa almaklum walaupun baru nak masuk 3 hari puasa, masing2 pun dah nak counting down for raya kan. Tak lama pun, 27 hari je lagi. InsyaAllah. So persiapan mesti dah buat kan. P cari kain untuk baju raya la. tema baju raya. For me? Nothing.. Saya busy sekarang ni..Sooo nehi nehi baju raya. Tak sempat carik. Tengok la bagaimana nanti bila nak dekat2 habis puasa nanti. Huhuhu. Cari baju ready made jela ye. Ahaks.

Ok la, rasanya tu je la kot. Nanti Cik Zida update lagi. Banyak nak cerita but seperti biasa beginilah saya. Busy memanjang mengalahkan menteri. Ok bye bye. See ya! Selamat berpuas semua!


Friday, October 5, 2012

My E-Day: Review Mini Pelamin


Setelah rasa diri ni dah kurang busy, rasanya inilah masa yang sesuai nak update blog. J

Last time dah janji kalau dapat gambar from OP akan upload dan cerita. Alhamdulillah, within 3 weeks after tunang, saya dah dapat dah album tunang kami. Gembira tak terkata.. sebabnya semua gambar tunang macam jadi gambar raya. Hehehe, semua family ada dalam gambar. J.

So, first of all saya nak review tempat sarung cincin aka mini pelamin. Pelamin ni simple je. Actually, sy ada jugak jenguk bridal punya collection. Kira nak tempah jela kan. Senang tak perlu fikir banyak-banyak. Tapi bila difikirkan, keinginan untuk buat sendiri DIY tu sangatlah tinggi..So dgn kepakaran meng’google’ saya pun cari la contoh-contoh mini pelamin yang simple yang saya rasa boleh buat. Kalau nak diikutkan mula-mula mak saya kurang yakin dengan cadangan saya nak buat pelamin sendiri. Well, beliau tahu saya ni mana kreatif sangat nak men’DIY’. Setelah banyak arguments ala-ala manja, maka mak pun iyakan sajalah. Hehe

Many thanks to bride-to-be, puan-puan pengantin ni. Dorang banyak buat review mana nak cari itu ini. So saya follow aja. Nak tgk tak camne saya punya rekaan mini pelamin? Hihihi. 

Simple kan? Hiks
Memang simple. Sebabnya fikir, belakang backdrop, kiri-kanan bunga and spotlight, paper lantern, tengah-tengah kita letak kerusi. Meh meh saya tunjuk mini pelamin di hari kejadian :)



Kalau ikutkan design, actually backdrop dia xde la camtu, sy hanya ada backdrop putih je, takde layer-layer sebab masa tak mengizinkan. Bunga kiri kanan pun saya tak letak tinggi. :(

So for bride-to-be yang inginkan mini pelamin yang simple, ikut bajet, dan ingin menDIY boleh la guna info yang saya ada. Bawah ni saya akan cerita in detail from top to bottom.

Backdrop - tema majlis tunang kami adalah warna putih purple. So Saya fikirkan untuk letak backdrop putih je. Senang nak main kaler nanti. Sy beli 2 helai. Sehelai panjangnya 2.5m. 1m = RM2-RM2.50. Sila cari jenis kain lycra. Biasa-biasa je. Mudah didapati di nagoya, tewah dan sewaktu dengannya. Kain ni saya beli kat Nagoya, kat Giant Plentong tu. So untuk bride-to-be Johor, boleh la ke sana :). 

Bunga tisu - bunga yang saya letakkan kat backdrop belakang tu. Nampak tak tersusun cantik hujung senget? Hahaha Itula bunga tisu. Gigih saya dan housemate buat bunga tisu ni. Saya buat guna creep paper tu. Beli kat MPH. Satu yang besar harga adalah RM0.80 je kawan-kawan. Satu paper besar tu boleh buat dalam 3kuntum. Ikut korang la nak besar mana. Sy buat biasa2 je. Tutorial? google je...Banyak dah tutorial :) Sy buat dalam 20kuntum je dengan 3 jenis kaler yang berbeza. Kenapa? Baru nampak cantik kan? Hahaha. Tidak ok! Sebenarnyer terpaksa jugak amik lain-lain kaler sebab mula2 dgn hny 5 keping ingatkan cukup la buat bunga, sudahnya, satu keping dah buat test, so xcukup la..Kene la beli lain.. Maka bila cari kaler yang sama, non adooo! So rembat mana yang sesuai jela labu. Bajet kat sini, lebih kurg dalam RM10. :) Murah kan. Bajet termasuk dawai sekali. Kalau rajin nnti sy buat review bunga tisu ok :) #kalaurajin
Antara bunga tisu yang telah siap

Oh, En Hadi pun ada bakat nak buat bunga tisu :)

Kerusi/Stool - Saya memang nak duduk atas kerusi sebab saya rasa saya akan 'cantik' bila duduk atas kerusi. Hahahah*kestaknakdudukbersimpuhsebabGEMUK. Kerusi ni saya beli kat Equine Park, depan Jusco Equine tu...Apa namanya usahlah di tanya sebab saya tak ingat. Yang saya ingat kedai dia dekat dengan kedai yang ada iklan "AMBIL DULU BAYAR KEMUDIAN'. Hehehehe. Harganya only RM99. Masa tu tengah promosi. Ok la cukup untuk saya dan wakil pihak lelaki sarungkan cincin. 

Pasu bunga kiri/kanan - Bunga ni saya DIY dengan housemate saya, Ida. Kami beli bunga kat Fah Lean. Mesti korang tau. Ala yang kat area Balakong tu...:) Murah dan cantik! Total untuk 2 pasu bunga RM100. Beli bunga ni pun banyak batch. 2-3x gak pegi Fah Lean beli bunga sebab tak cukup. heee :D Di nasihatkan kalau nak beli pasu kat Fah Lean murah. Pasu plastik tu baru berharga RM2.90. Tp sayangnya sy beli pasu tu kat Johor. Pasar Smart. You all tau dia charge berapa satu pasu plastik tu??? RM9.90. Ok sedih. Harga RM9.90 tu boleh beli 3 pasu di Fah Lean jenis yang sama! Benci. Maka, silalah pegi Fah Lean. InsyaAllah banyak barang boleh beli kat sana :) Nanti la, kalau sy rajin sy review pasu bunga ok. #kalaurajinjugak

Spotlight - Saya pinjam dari kawan tersayang. Ckin. Dia DIY pelamin masa dia kawen. So kebetulan spotlight pun ada. So pinjam je! :) freee....Thank you Omma Cikin...!

Karpet Bulu - yang ni best sebab punya susah saya cari. Jangan terpedaya ok, ni bukan karpet pun sebenarnya. Ia hanyalah kain bulu. Tiap kali pergi mall saya mesti singgah kedai textile cari kain bulu, tapi sedeyyyyy asik tak jumpa je. Sampaila aritu "berjalan-jalan" di blog and mentioned kalau nak cari kain bulu sila pergi ke KAMDAR, MidValley. Yeee..maka berjalanlah saya sorang ke sana p cari kain bulu. Dan yes! Saya jumpa kain bulu tu. :) Double triple happy la kiranya time tu. Tapi.....kalau ikutkan nak warna putih/krim. Sudahnya habis plak. So ada warna purple, maka amik la dalam 2meter. Masa tu ada discount 20% instead of harga dia RM24.90, sy dpt discount lagi. Sukeeee :D 

Kain bulu purple :)

Paper Lantern - haaa ni lagi best. Katanya kat petaling street lagi banyak choice, tp on the way ke sana dengan bakal tunang time tu dia kata kat Daiso, Jusco Equine tu pun ada paper lantern. Sudahnya patah balik, kembali ke tempat asal, area dekat dengan rumah je Jusco tu, makanya bergaduh dgn En Hadi kalau xde paper lantern tu "Siaplah awak!" Eceh bukan main lagi..Hahaha tp sampai-sampai je sana, cari paper lantern tu adooo....! Terkena batang hidung sendiri. Hukhukhuk. Tp tak banyak choice. Luckily tema putih purple, so main amik je kaler, putih, pink, and putih purple. Saya amik 6pcs. Nak tahu berapa harganya satu? Daiso kan...Only RM5!!!! So murah la sangat. Maka paper lantern sy cuma berkos RM30 :). Fuh puas hati. Tapi nasibla lepas tu kene bebel dengan En Hadi. *pekakkantelingajela :)

Saya pasang backdrop sehari sebelum majlis, tapi hias-hias tu di pagi hari majlis.

So kalau ikutkan total untuk buat mini pelamin ni lebih kurang RM300 jugak la. Jimat pun jimat, dan barang akan jadi milik sendiri. Huahuahua. Gelak kejam. Hehehe. Barang semua masih tersimpan elok kat rumah. So if ada yang berminat nak tanya pasal DIY mini pelamin boleh la contact Zida ok. nurulazida86@gmail.com :)

Korang akan rasa seronok bila buat DIY sendiri. Puas hati walaupun ia tidaklah seberapa. Ok la kan untuk majlis tunang kecik-kecik ni. InsyaAllah nnti kalau kahwin kene tempah jela, senang. :)

Tuesday, September 4, 2012

Tukar Status - Langkah Pertama

As-salam semua.

Actually saya sudah menukar alamat blog saya kepada zidaaripkitasatu.blogspot.com atas dasar suka-suka. Ahaks. Tetiba macam nak jadi kan blog ni sebagai wedding journal saya. Boleh tak ek? InsyaAllah kalau misal kata ada kelapangan boleh la update. Ngeeee :)

Alhamdulillah, tanggal 25 August 2012 majlis pertunangan saya dan En Hadi telah dilangsungkan. Semoga restu dari kedua belah pihak keluarga memberi barakah pada hubungan kami.

Tak sabar sebenarnya saya nak bercerita berkenaan hari kejadian tu. Sebabnya most of the barang saya DIY dan beli sendiri. Hanya photographer, kek dan khemah je pakai vendor.

Nanti ada masa saya update ok! See ya..Gambar pun x dapat lagi, so nanti kalau ada gambar boleh update. Yang pastinya saya seronok sebab dapat buat semua yang saya nak dengan DIY! :)


Yang pastinya. Syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan kami :) One step ahead.


Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Agak begitu lama tidak menjengah blog ni. Nampaknya ia semakin sepi. Kemalasan dan kesibukan yang terlampau membuatkan saya tak sempat nak post entry.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadhan, dan tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa buat rakan-rakan blog semua..:) Bagaimana puasa anda? Bangun sahur tak? Buka apa? Adakah mewah? atau ala kadar?...Tahun ni first time rasanya sambut awal Ramadhan dengan tahap bz melampau-lampau. Huwaaaa..Stresss giler kot. Rasa nak berhenti keje, tunggu En Hadi masuk meminang pastu jd surirumah, aci x? Hehehehe....:-p InsyaAllah, cita-cita tu....

Banyak benda yang jadi sepanjang tahun ni, Tak sangka kita sudah melalui setengah tahun..Fuhhh~ Tarik nafas dan hembus. My little nephew, Irfan Danial pun dah setahun lebih. Dah pandai jalan, dah pandai cakap sikit-skit. He is sooooo cute. Tak sabar nak balik kampung rasanya..Irfan, tunggu Mak Long minggu depan yeee...:D Tengok la nanti bercerita panjang pasal Irfan, pasal kawan-kawan, pasal life dan banyak lagi..See ya!~

Gudnite all...Acik nak tido, esok nak bangun sahur and then challooooo ke tempat keje! Semangat gitu...:)

Salam :D

Thursday, April 5, 2012

FY12 Q2 TeamBuilding

will be held on 10th April (next Tuesday) @Mines.

Apa yang kita orang akan buat? This activity : http://www.groupon.my/deals/klang-valley-kuala-lumpur/asian-water-sports-village/716014251

Main water sport! Horayyy! Tak sabar nak tunggu minggu depan :)

Nanti kita update bila dah main air ok :)

Kenangan

Nowadays kamera filem jarang digunakan, semuanya menggunakan digital. Almaklumlah dunia kita sekarang makin berteknologi tinggi. Digital kamera, either compact or DSLR sekalipun jadi pisang goreng panas!

Sudahnya....gambar yang diambil semua tersimpan dalam memory device etc. Saya pun camtu, segala macam gambar semua tersimpan dalam folder picture simpanan saya :)

Kenapa tak di printkan? One word. Mahal! :)

So baru-baru ini ada menjengah Cik GROUPON, tengok2 kalau ada deal murah boleh la kita grab! Kebetulan, memang ada! So apa lagi! Saya pun purchased dengan jayanya! :) Within that range date yang dia provide, i pun pergi kedai dia and send the copies of picture. A few days after that, siap!

Now, i have some printed pictures on my own. Tiap-tiap malam before tidur dok belek2 sebab banyak muka Irfan Danial. Hahaha

[Up to 60% Off] Digital 4R Photo Prints. Choose 50 Pieces (RM13) OR 100 Pieces (RM24). 


So readers, apa kata korang purchase ni, mmg berbaloi! :)


Saya rasa bila dah print hardcopy ni, rasa lagi bermakna moment tu! :) Kenangan!

Monday, April 2, 2012

Buy 2 tickets for the price of 1

Buy 2 tickets for the price of 1, camna tu?


Dengan hanya bertukar kepada CIMB Bank Debit Card! Kenapa ye?


Sebab dengan CIMB Debit Card yang baru ni, anda berpeluang untuk membeli 2 tiket wayang di GSC Cinema dengan hanya 1 harga sahaja! Ye, uols, 1 harga!


Tp make sure card korang tu activate dulu kat atm cimb. Nak tahu lebih lanjut, call customer service they all ok.


Semalam, pulun tengok movies non-stop. Tapi 2 movie je pun. :)


First, One for the money, very simple movie la, 1jam20 min je durationnya. Tetiba rasa cam, hek ele....Sekejap je? Then, xpuas hati nk tengok cita lain pulak, Wrath of the Titans, cerita dia pun so-so jugak. Duration pun lebih kurang 1jam20min je. Hampeh..Tp suka la sebab tengok 3D.


Dua movies ni for only RM33. Camne?


Dengan guna CIMB Bank Debit Card la....:)


1st movie = RM11
2nd movie = RM 17 + 5(3d charged not free) = RM22


OK, cukupla berjimba tengok wayang bulan ni. Hehehe.


So pada pemegang card ATM cimb yang lama, cepat2 la tukar, so boleh la grab peluang ni..Cuma saya tak sure this promotion Buy 2 tickets for the price of 1 ni sampai bila sebab semalam 1th April 2012 still boleh lagi :)


Note: Actually, beside GSC Cinema, they still got another promotion. Jom pegi cek kat cimb website :)


Wednesday, March 28, 2012

Ini bukan Wordless Wednesday

Salam. Hai. Ye saya tahu sudah lama menyepikan diri. But still masih membaca blog kengkawan yang lain. Sometimes. ^.^V

Hari ini tetiba teringin nak menulis di blog. Oh  tak pernah lagi buat Wordless Wednesday kan? Takpa, arini saya nak borak-borak sikit. Stress. *patutnya ko happy pegi shoping gaji da masuk? Eh eh..:)*

Ye, saya stress. Tahun ni tak tau kenapa mood untuk bekerja bersungguh-sungguh still lagi tak dapat. Masih berada di awangan. Hello makcik, dah nak masuk bulan 4 kot masih xsemangat lagi nak keje??? Tapi bukan bermakna keje saya tak buat ok, cuma kurang produktif la. Lemauuuuuu sepanjang masa. Oh please give me some strength. *berjalan, semangat plak ko ek Zida?* 

Rasanya arini nak turun pergi gym jap, mereleasekan stress ni. Tapi keje still kene siapkan jugak! :) Oh what todo, beginilah makan gaji, semoga Allah murahkan rezeki. InsyaAllah. Amin.

Banyak pending tasks yang perlu disiapkan tahun ni. Ini kene tunggu ada banyak peringkat. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. InsyaAllah. Amin. Amin Amin. :)

Eh jom karok! Aci x?


Ini keadaan saya sekarang. Pening-pening. 

Wednesday, January 4, 2012

Penutup 2011

Oh. Kinda late nak posting penutup 2011. Busy with work. *i know semua orang pun bz jugak. :)*

Alhamdulillah, berjaya melalui tahun 2011 dengan jayanya, dikurniakan rezeki oleh Allah. Alhamdulillah. Kerja yang kita buat orang pun suka :) . My first performance review ever bekerja di company sekarang, membanggakan! Well done Zida. Hope this year bertambah cemerlang. InsyaAllah.

I am happy walaupun kekadang banyak dugaan. Ye, banyak sangat! Tapi bisa diatur. Bak kata Aamir Khan dalam filem 3 Idiots - "All is Well". Lebih berfikiran positif, tidak cepat melatah. Disebabkan happy badan pun makin membesar. Oh, donno why. Asyik makan je kerjanya. Kata bahagia kan? Hahaha. Ok, no. Ni silap saya. Tidak begitu komited, kejap jaga makan, kejap tak. Kejap pegi gym, bila banyak keje stop gym, sudahnya..Berbulan-bulan xpergi gym. Nah....begitu mudah kau ni Zida.....Asal adooo je. *slap slap diri sendiri*

No timeline this year. Overall review jela. Tahun ni holiday dengan geng kaki jalan ke Redang. Memang awesome! Rasa nak pergi pulau lagi. Perhentian yukk? :)

Seperti tahun lepas, company shutdown for a week. Invite my family to KL, so boleh jalan-jalan sini. To be exact, bawak anak buah kesayangan, Irfan Danial jalan-jalan. Ye saya tau, bukan dia tau apa pun kan. Kami yang tua je yang seronok lebih :) Hihihi

Apa-apa pun, semoga tahun 2012 ni bawa lebih banyak lagi kenangan indah, semoga tabah hadapi dugaan, lebih bersemangat untuk bekerja dan supaya boleh kuruskan badan. Hahaha

Ok, got to go. Tengah kerja ni. Daaa~

Selamat Tahun Baru 2012 everybody! :)


Tuesday, November 29, 2011

Wedding Reception - Linda & Zulhelmi

Tahniah buat Linda & Emi..Huuu..Aku sebak plak bila tengok Linda dah kawen..Tak tau kenapa. Sebak yang gembira. Hihihi

Alhamdulillah, tahniah Linda dan suami. Akhirnya kawen jugak ko kan. Dan pastinya kamu kawen dulu dari aku.
Frankly speaking, you are so beautiful...Cantik giler! 

Seronok jugak dapat jumpa kawan-kawan, dah macam reunion CS230 dah kat sini. Borak kuat-kuat2, ketawa bahak-bahak..So memorable. I loike!








genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!