Carian Berguna

U r Visitor No ::

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Bestnya....

Sebab dapat mandi pantai...Debushhh! Me likey likey...Di sebabkan excited mandi pantai, nah rasakan..Terus demam...Huhuhu :(

Sambil-sambil beraya meh kita jalan-jalan tepi pantai...Bestnyer~







Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni...Vacation..........Yeah..!

Friday, August 26, 2011

Last Friday : Before Raya

Cepatnya masa berlalu. Tak sangka kita sudah nak sampai penghujung Ramadhan.

Semoga kita diberkati bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah dapat survive jugak bulan ni. Esok dah nak balik kampung dan tak sabar nak jumpa family dan anak buah yang super duper cute tu! Tahun ni Irfan collect duit raya, don't worry Irfan, Mak Long dah sediakan beg duit raya untuk Irfan :)

Hari ni work from home je. Nak settlekan kerja kat umah je sambil basuh baju, sambil kemas bilik. Ingat malam ni nak melawat Jalan TAR. Kalau larat la, sebab esok lepas sahur dah nak gerak balik JB. Hopefully tak jemla esok pagi. :)

Ok la, buat kawan-kawan blogger, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye. Selamat beraya kat umah sanak saudara, berhati-hati di jalan raya, banyak speed trap kat highway kan, so jangan bawak laju2 ye, ikut had laju yang telah ditetapkan okay!

Terima kasih jugak dari pihak team one-stop shawl, kepada customer2 yang mengunjugi blogshop ni dan terima kasih jugak kepada customer yang sudi membeli barangan kami. Alhamdulillah, hopefully kamu, kamu dan kamu suka dengan produk kami. InsyaAllah akan memperkembangkan lagi bisnes ni..

Last but not least, Selamat Hari Raya sayang-sayang saya. Seronok dapat buka puasa dengan uols walaupun terkejar sana sini. Happy sangat dapat jumpa korang. Terima kasih. Nanti raya i nak serbu umah korang satu-satu ok...:)

Ok ok, got to do some work, Selamat Hari Raya guys! :)

Saturday, August 20, 2011

Jadual Perjalanan PLUS Raya 2011

Hai hai korang! Assalamualaikum...Apa khabar semua? Bagaimana puasa anda tahun ni? Alhamdulillah kita sudah berpuasa selama 2o hari sepanjang bulan ramadhan? Me? Takde persiapan sangat tahun ni. Ala kadar saja. :) Lebih excited untuk pulang ke kampung je. Hehehe. Jumpa sanak saudara dan happy lagi tahun ni bila family kami ada orang baru iaitu anak buah yang disayangi. Irfan Danial. :) Jom collect duit raya untuk Irfan. Hehehe.

Untuk raya tahun ni korang ada cek tak jadual perjalanan nak balik kampung? Saya awal-awal lagi dah cek sebabnya nak mengelakkan jem. Alhamdulillah, kalau follow jadual ni insyaAllah takdela jem sangat. :) Boleh klik link ni untuk jadual perjalanan yang selamat dan teratur. InsyaAllah..

Ape2pun berhati2 ye di jalan raya masa pulang ke kampung..:)

Bila korang balik kampung? Me? Paling lewat 27hb pagi tu dah balik, tak sabar nak berbuka dan bersahur dengan family tercinta. Tahun ni tak penah lagi berbuka dan bersahur bersama. Dan akan bercuti sehingga 5hb Sept. Wow! Cuti lama, acik suka! Yay!


Selamat berpuasa guys!

Monday, November 15, 2010

Raya Haji 2010


Selamat Hari Raya Aidiladha!

p/s: Tomoro akan balik JB! Yay! Cuti cuti cuti! :)


Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

Esok adalah cuti. Yay! Sgt tak sangka cepatnya berlalu minggu ni. Tup tap tup tap, now dah Khamis! Haish, sgt cepat...Tp suke sebab esok cuti. Yay! Ptg ni nak g shoping kat Jj Balakong. Hahaha, sebabnya ada JCard Day kot. Moh ler kite ramai2 serbu sana. Dapat sebarang dua, ok gek kan. Lalala~ Nak beli hadiah kawen, hadiah baby, hadiah untuk diri sendiri. Huh, habes fulus~ Hopefully xdela adala barang yang sy berkenan.
*habes laaa kene marah dengan En Hadi nnti. Huhuhu* Ngeeee~

So buat kawan-kawan yang menyambut perayaan deepavali, Selamat Hari Deepavali!

Minggu ni tak balik JB. Nnti raya haji I pulun balik JB ye. Biaselah, sebulan sekali :)

p/s: mood nak buat keje arini adalah 0. hihihi. tapi kene buat jugak! Huh! :)

Thursday, September 30, 2010

Open House @ Pja's House

Sabtu yang lalu saya ke open house sahabat baik semasa di universiti. Dekat Pantai Dalam. Lama giler tak jumpa makcik ni. Hikhik. So sempena Hari Raya marilah berziarah. :) Jumpa Kaka & Geng CS227. Hikhik. CS230 Vs CS227. So lets take a look the pics guys!

ape yang korang tengokkan haa?

CS230

Cik Pja kita adalah yang berbaju coklat hujung skali tu ye.



Makanan sgt terbaik! Laksam buatan sendiri sedap giler! Plus nasi kerabu. Actually banyak tp kami makan yang dua ni je. Hihihi. Lepas ni nak p OpenHouse sape plak ye?

Entry basi : Selamat Hari Raya

Salam All! Hikhikhik. Sori la, lama mak tak update belog ni haa...Banyak benda yang perlu di settlekan. Rasa rindu dengan blog, hanya sempat 'jalan-jalan' kat blog kawan-kawan je. Hukhuk.

So masih lagi dalam mood raya. Saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin"

Bagaimana raya anda? *org len siap update cite raya lagi, saya?? tak sempat...

Tp raya tahun ni, sgt awesome! Best jugak. Masa balik kampung tak sempat nak ziarah kawan-kawan sume. Masing2 keje. Hanya sempat ketemu kawan-kawan sekolah rendah, hari masa nak balik Bangi pun pagi tu sy masih beraya. Huhuhu. Rasa mcm tak cukup masa je nak beraya. Kalau tak pergi beraya rumah orang, orang dtg beraya umah kita. Sgt full ok tentative ku. Tp happy sebab dpt jumpa sedara-mara dan sahabat handai. Alhamdulillah. Hopefully tahun depan boleh jumpa lagi. InsyaAllah. :)

Raya tahun ni tema kaler family kami HIJAU. Mula-mula cari purple tapi sebab tak bekenan, kami decide HIJAU. Hihi, comel gak HIJAU kan? Tahun depan kalau panjang umur warna apa plak ye? :)



kami yang masih bujang

beradiks

family belah ayah

jem mahu pulang ke kampung

beraya di Mersing : family belah mak

melawat nenek sedara

anak dara : family belah ayah

Sedara dr Mersing dtg beraya ke rumah plak

After 12 years, kami berkumpul jumpa cikgu sekolah rendah. Sgt best!

Ok la. Gtg, actually banyak lagi nak update tp laa ni banyak sgt training yang perlu di buat.


Thursday, November 26, 2009

Sempena Raya Haji

Saya ucapkan Salam Aidiladha kepada semua
Mendoakan yang terbaik kepada semua jemaah haji yang sudah berada di tanah suci
melakukan amal ibadah dengan sebaik-baiknya.
Ati-ati pada yang balik kampung.


Ade sape2 buat korban? hehehe

Wednesday, October 14, 2009

OpenHouse & Picnic etc

Hujung minggu yang sibuk dgn undangan Rumah Terbuka sahabat handai
dan kunjungan ke rumah kawan serta piknik yang 'tetibe jadi' buat sy ari Isnin yang lepas kurang sihat (Selalu jadi gini bile penat berjalan tanpa henti..Antibodi semakin lemah mungkin)

Hari sabtu yang lepas ke KL ziarah Epa dan Family, lama xjumpe beliau! Beliau gumuk da! Hihi
Kebetulan Kak Long Epa baru melahirkan anak, Gegurl. Nur Adrianna Lissa Maisarah. Nama panjang cm Mak Nani die aka Epa. Budak ni nampak cam budak yang dah beberapa bulan walaupun usia baru cecah seminggu masa saya melawat di rumah nenek beliau.
Mata bulat, pandai pandang kamera, kecik sj, 2.9 kg skrg ni, ms lahir 2.4 kg, sgt ringan, nk pegang pun senang! hihi..
Tapi tidak sedahsyat Epa pegang anak buah die dgn ganasnyer! hahaha..


Nengokla Mak Nani saya pegang saya, kesian saya tercekik!


Badan saya panjang kan? Mama saya tinggi! hikhik


Ini kaki saya, panjangkan?


Ni Mak Yuyu saya! mcm anak ikan plak sy ni..hahaha


Ni aunty zieda! Sy suke aunty zieda! hahaha

Comel kn? Bijak budak ni..

Lepak lama disitu, huhu.
Then gerak ke rumah Ummu, kebetulan ade kenduri Akikah anak buah die juga
(OMG, tahun ni ramai betul baby! Welcome adik2 kecil sekalian..*xnk ngaku lagi sy ni aunty, hahaha*)


with yuyu, waiting for eein nk p umah Ummu

*tiada gambar di rumah Ummu sebab gmbr semua kt Phone Yuyu!

Lepas tu tersalah jalan ke mana2, terlalu MRR2 yang jem! Stuck 3jam di situ, penat. Jalan ke Mines plak, settle hal di sana g makan, sebab perut dah lapar kembali..hahaha

Ahad paginya, pagi2 sudah bangun, perjalanan harus diteruskan. Projek Sg Congkak tetibe jadi, memandangkan sebelum2 ni banyak kali ter'cancel' atas sebab2 munasabah.
Kebetulan openhouse yang nk g ni otw gak, so kami amik kesempatan bermandi manda di sana sebelum ke rumah ezzan.


Sungai Congkak


main-main air

Sampai rumah ezzan, masing2 kelaparan! haha. terutama si Eein, Kak Afzan dan seri! hahha..Banyak tol dorg makan kn.
'Ei Arip, aku mkn sikit lagi dr dorang tau!' Hukhuk.
Oh ye jumpa juga rakan infy sy, Dila dan tunang. Wah, giler lama wei aku xjumpe ko! Excited terlebih! Hihi


Ofismate saya


Eein dan Seri yang melantak 3 pinggan laksa! hahaha


Kami
Lepak2 di sana, kami pun pulang selepas. Ptg tu ke Mines lagi, housemateku mahu mencari sesuatu!
Sgt2 exhausted ok! Tahap dah nk tido kat situ je rasa. Cari cari, makan makan, balik, tido...Zzzz..

Thanx to kawan-kawan yang sudi jemput saya ke Openhouse kamu. Saya happy! hihihi. Thanx gak kawan2 yang sedia ada dengan saya!

pssstt: Petang ni ade OpenHouse Potluck OAS! Best best!

Monday, September 28, 2009

Sampaikan Raya 2009

*Ini adalah sticky entry sempena hari raya yang bakal tiba

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan dan keluarga.
Mohon maaf atas salah silap, maaf kalau ada tersalah cakap terguris hati
ketika membaca blog zieda ni..hikhik..
Pada yang balik kampung naik kereta tu, hati-hati la memandu..Ingat orang tersayang.
Salam Syawal sekali lagi.
(Tak pandai reka ayat la....hukhukhuk)

psssttt : Sudah mahu pulang ke Jb! Yay! Cant wait to see my family and others!

Salam Hari Raya Aidilfitri

Blog ni pun bercuti juga..Muahahaha..

* JLJ 756* pertama kali beraya tahun ni
~Alhamdulillah~



Thursday, September 17, 2009

Alkisahnya Kad Raya Dulu dan Sekarang

Korang still dapat lagi tak kad raya yang dihantar melalui pos?

Hurm...Mesti skrg ni dah tak banyak kan dapat kad raya, almaklumlah semua dah moden,
zaman IT,
hantar je kad raya kat facebook, xpun sms je nnti nk dekat2 raya, xpun call kn..
paling tidak YM, hurm..
Seolah-olah kad raya dah lapuk di tinggal zaman.
Rindu akan moment menghantar kad raya dan terima kad raya.
Tahun ni tak sempat nak pos kad raya, sori bebanyak pada yang hantar kad raya kad zieda
Masa belajar dulu, sangat semangat memilih dan membeli kad raya,
lepas tu tulis ucapan kat dalam kad tu, sampai habis kata2 dah..hihihi
then p hantar ke pos ofis,
Bile sampai ke penerima mesti dorg rasa sgt happy!
Macam Saya! hikhikhik
Walau ape pun, Tidak semestinya tidak hantar kad raya, kita xingat kat orang tu
ucapan boleh jadi banyak cara skrg ni..Hurm
Terima kasih pada yang beri kad raya.

Dengan ingatan tulus ikhlas, saya ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin


Monday, September 14, 2009

Persiapan Raya

"Eh, mane barang, tak beli ke?" housemate pelik akan kekosongan tanganku yang bru pulang dari Jalan TAR.
"Emmm, xde pun, xde yang menarik la.."jawab ku.
"Zida mmg bagus la, tahan xbeli ape2..", kata housemate lagi seorang, Nad.
"Hehe, beli tudung je, itu je y nak di cari, pergi Sogo ramai sgt org, xkose nak shoping2 ni, mcm semut ngk orang, ramai sgt!", jawabku beri alasan.

Itula saya. Jalan la banyak mana, ceruk mana pun kalau dah xminat kt barang tu xdenya nk beli.
Memang sgt kuat dlm menahan diri membeli barang! Muahaha..
Tapi kalau brg tu dah suke, selesa di pakai ke ape ke, konfem beli! Walau xcntik sekalipun..hihi
Untuk persiapan raya kali ini, ala kadar. My sec time beraya semenjak bekerja.
Bajet untuk tahun ni ala kadar juga, beri pada yang patut, tp cut cost gak la sebenarnye,
almaklumlah tanggungan dah banyak..hihi..

Semalam ke Nilai 3 juga, mematuhi arahan yang diberi Puan Norhayati, ibu saya, supaya membeli carpet.
(Perlu x claim pada beliau bile pulang nnti? Muahaha..Jahat x?hihi)
Mmg rambang mata, tapi satu je yang melekat, kedai first yang saya kunjungi, g la ceruk mane klu dah berkenan yang 1 tadi yang tu jugak nak!!
Cinta pandang pertama gitu noks..lalala~
And then belikan jam dinding buat rumah, almaklumlah jam yang ada cm uzur je da, hihihi..Settle brg untuk rumah family!
On the way jalan balik tu, lalu kt pintu depan Nilai 3, ada jualan gudang carpet2 dan yang sewaktu dgnnya..Mmg sgt murah..


Harga carpet ni RM 69 je, sgt murah!

Kalau ada masa sape2 tu g la ngk, mmg berbaloi, kat situ beli gak alas kaki, cantik gak..
Harga sangat berpatutan..Terbaik wokk! Hihihi..Pergi jangan xpergi, shoping jangan x shoping ye.

Hish...Tak sabar nk balik raya, suara Lutfi dan Adek Duan dah tergiang-ngiang da kt tinge ni memanggil balik! Hewhewhew~

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha bersama Zieda!

Arini Raya Haji...
Simple je kami sekeluarga..
Mak masak nasi impit ngn sambal ayam, kuah lodeh n bla bla bla..
Sedap......
Hehehe
Al maklumlah da lama xbalik kg..I mean uma di JB ni..Huhuhu
Tp arini hujan sepanjang hari la..Sejuk giler..
Abes kami layan Labu Labi dr 10 pg smpi ke 4ptg..Wakaka..
Hanya di Astro Prima 105
10-12tgh :- Labu dan Labi
12- 2ptg :- Nasib Si Labu Labi
2-4ptg :- Sonata Labu Labi (versi baru punyer Labu Labi)

Kalau Labu dan Labi versi lama tu kite org da gelak byk kali da...xkira la da bape kali da tgknyer..Smpi si adik tu da le hafal da aoe action die.. :p
Tu la kn org kate xkering gusi ngk citer Allayarham P Ramlee ni..
But then y mak aku suke cite y arahan si Adlin Aman Ramli ni ha..
Tu la Sonata Labu Labi.. Memg lawak giler la cite tu...
Korg patut tgk la
Lakonan Nabil si dulang Astro n Fizz Fairuz..Syiok..Hero terbaru aku berlakon(Fizz Fairuz la tu)..Hehehe
Bukan la di ambil 100% jalan cite Labu Labi dulu..Ade seket2 je..Tapi y penting haji Bakhil tu memg sama la, sore pun memg agak2 sm..
Hahaha..

Bila da abes cite tu bru la kami decide nk kua umah menjenguk sedara mara..Hehehe
Da ptg bru nk kua bejalan..yela klu ujan je nk jalan pun malas kn..
xtau la kenapa arini Johor memg hujan..
Bukan la rmi pun y kami jenguk..Sekadar 1 kuarga jek..hehehe..Mak kate mak ti de baby baru..
Instant baby! My aunt amik anak angkat..
Nama die Muhammad Haqeem...Eh sm lak ngn kwn sy tu...tp Abdul Hakim...Hehhee..



Hope baby Haqeem ni cumil la mcm Abdul Hakim..Hensem, baik..Hahaha...Harap2 la si Hakim bc blog aku y 1 ni..kikiki..Mesti die amat berbangga..Kikiki
Kirenyer saya ade 'bapak sedara'(ke sepupu, sy pun xsure) y baru lahir la..Hehehe..
Bile di ngk balik budak ni sm mcm aqmal anak makti sy tu..Mcm sebiji jek..da la tembam..Hehehe
Putih mcm mama die jugak..Klu makti sy kate tu anak die mesti org pecaya...
Dan esok pg sy xsabo nk jumpe 'adek'..
Budak y mak sy jaga...Rindu sgt kt die..
ok la mau tido ni..Esok ade byk keje y nk diselesaikan..Hehehe
p/s:Sy tgh bercuti..Terima Kasih..

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!