Carian Berguna

U r Visitor No ::

Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

Sangat tak best!!

Pernah tak korang berada dalam situasi yang begini?

Korang puasa, then mesti teringin nak makan yang sedap kan? Tp...bila korang dpt je makanan tu, korang makan, rasa die sgt tak best! Dan tak kena dgn tekak! Ape perasaan korang??
Hampeh tak? Bagi saya hampeh la!!

Semalam, keluar makan dgn Nadia, teringin sgt nak makan tauhu bakar kat Presint 9 tu. Tauhu bakar ni kalau orang suke mmg sedap la. Almaklumlah tekak konon-konon orang berpuasa, makan rasa nak sedap je kan. Tengok itu sedap, tengok ni sedap. Nampak plak satay, beli la 10 cucuk. Ok, pass! Sedap gak. Sebelum tu kami order gak Kuetiaw Tmym & Nasi Grg Ikan Masin dekat gerai No 1 kat p9 tu. Nampak yang dorang masak tu mmg cm sedap and sebab yang paling berani kami order kat situ adalah, ramai orang beli kat kedai tu! So lagi la terbayang-bayang, sedapnyer kuetiaw tmym saya, sedapnye nasi grg ikan masin. So kami makan la tauhu bakar & satay smbil tunggu makanan yang di order(sedap), then bila smpi je yang di order kat meja, tengok je makanan tu, saya boleh tanya, 'ni ape?' smbil tunjuk kuetiaw tmym tu. Dia kate kuetiaw tmym la. Then ngk Nasi Grg Ikan Masin tu plak, serupa mcm nasi putih.


Ni kuetiaw tmym yang tak best! Nak kata tmym putih tu pun tak! Tak pernah jumpa tomyam yang cair amat ni. Selalu makan yang pekat tu.

yang cmni..

Pekat gak la walau tak tau sedap kan. Or sebelum ni ade yang lagi pekat!
from gugel image


Yang nasi grg ikan masin tu pulak mcm dlm gambar, tawar hebeh!
Rs cm makan nasi untuk di bagi ke kucing tu. Ikan masin langsung tak rasa. :(
Kenapa kite orang kate mcm 'nasi kucing'?
Sebab.....masa makan nasi tu, sekali terkaut gak ngn tulang ikan, yang agak besar. Huhuhu. Terus tetibe rasa mcm nasi tu gaul2 ngn ikan then bagi kucing makan. Macam tula gamaknyer.
Siap panggil lagi budak tu, tapi dorang xle nak kate ape. Bunyuks tol la.

Terus hilang selera makan, nasib baik la sebelum tu da makan satay ngn tauhu bakar. huhuhu.
next time tak mo lagi makan kat situ. Serik!!!

Masa tu mata melilau gak la tgk org yang order tmym ngn nasi putih n telur dadar, muke budak tu pun agak2 cm sgt keciwa bile ngk tomyam sebegitu rupe. Hukhuk. Cian cian.
Pelik gak tgk ramai org order kat kedai tu. Tengok gak ape yang dorang order, mostly yang nasi-nasi grg ni seyesly mcm yang kite org dpt kot. Tp tak tau plak la kalau misal kate yang lauk-lauk ni die msk sedap! Sebb ramai plak yang ordernyer.
Mcmnela ek dorg boleh sediakan makanan yang cmtu, dorg igt sedap sgt ke ape yang dorg masak? Cube try sendiri rasa, sedap ke tak??! Haish emo plak aku. Hukhukhuk.

Thursday, May 27, 2010

Budak 2 tahun dah Pandai Hisap Rokok

Pagi tadi masa on the way ke ofis buka Hot fm. Dorang bacakan akhbar metro hari ni, bahagian Global tentang kisah kanak-kanak berusia 2 tahun, yang pandai menghisap rokok sejak umur beliau 18 bulan. Huhu. Boleh klik link ni
http://myjazmanie.com/2010/gambar-terkini-budak-berusia-2-tahun-hisap-rokok/

Tgk saja la gaya budak kecil itu. Harap kes ini tak terjadi di Malaysia. InsyaAllah.

Friday, May 7, 2010

Kemalangan

Semalam, 6 hb May 2010 lebih kurang 9++ pagi *hampir kul 10 pagi*.
Malang tidak berbau. Benda nak jadi. Saya dan Seri eksiden di tabrak oleh Avanza dekat trafik lite kat Lebuh Livita Bandar Baru Bangi ketika mahu pergi ke tempat kerja. Alhamdulillah kami semua tak de ape2. Cuma mungkin terhentak sedikit kat kepala. Terkejut maybe, so kepala pening-pening, denyut sikit. :(

Masa tu trafik lite baru je merah. So akak Avanza tu cm xperasan yang kami dah berhenti, dan die yang mungkin tengah berangan dok pk ntah ape2, melanggar kereta saya.
*huhu, ingatkan bunyi botol air kat dlm bonet tu, rupe2nyer bunyi hentaman yang kuat*
Di sebabkan pelanggaran itu, kereta saya me'lompat' ke depan. Betul2 kat tgh org nk masuk simpang. Nasib baik, kenderaan yang sebelah tu baru nak masuk, kalau tak mungkin di langgar dr tepi plak, Ya Allah. Tak dapat bayangkan cmne time tu. Bawak kete ke tepi, lepas tu kuar kete konon2 dgn beraninya diri tgh jalan, sebab takut akak tu lari!
*Ape kene la kau ni zida, nsb xkene langgar, huhu*

Kemudian ramai org dtg, *offer suh buat kat workshop die*.
Agak pening time tu, tak tau nak buat ape. Badan, tangan semua dah gigil,lemah lutut.
Nasib baik xde ape2.
Time tu tak terfikir nak marah ke ape ke, cuma xtau nak buat ape. Nasib baik la akak tu pun mengaku bersalah. So the first thing first yang kami buat adelah pergi ke Balai Polis Kajang, report polis. Menunggu bagai nak rak. Smpi turn kami, buat report, then di soal siasat oleh Sarjan Mohd Noor. Alhamdulillah settle, then kami trus ke workshop. Settlekan dgn bengkel pulak. Arini anta kete ke bengkel tu, hope everything ok. Ya Allah, semoga di permudahkan segala urusan ku, Ya Allah. Di lindungi dari sebarang kecelakaan. Amin.

Thanx pada yang concern, yang call, yang dtg jumpe, tanya itu ini. At least saya rasa lega. Walau sebenarnye tiap saat akan igt moment itu.







Actually ade 3 kete yang eksiden, lagi satu kete tu xtau ape status.
Yang penting BUKAN SAYA YANG BERSALAH dan KAMI SELAMAT! Alhamdulillah. :)

p/s: Thanx to seri yang banyak pengalaman dlm hal ini. Kalau tak, xtau la nak buat ape :(

Tuesday, April 13, 2010

Sambungan dr Setahun yang Lepas

Setahun yang lepas saya dapat kol dr Jabatan Kesihatan, katanya mau buat survey.
Sila klik di sini apa yang berlaku.
http://nurulazida.blogspot.com/2009/05/panggilan-xberapa-hangit-dr-incik.html

Dan setelah hampir setahun, saya dpt kol dr En XXX, dr Jabatan Kesihatan (dlm pikiran, oh xkn la nk buat survey lagi kan?)

Seperti biasa, beliau bertanyakan status, nama, pekerjaan dan bla bla bla..Die pun mula la bertanyakan soalan..

Ikuti perbualan sy bersama En XXX.

Encik XXX : Ok Cik Nurul, saya nak tanya berkenaan dengan HIV AIDS. Adekah cik tau pasal HIV AIDS ni? -soklan die lebih kurg cmni la

Rs mls plak nk jawab, terus sy cakap,

Cik Zieda : Saya rasa saya dah pernah jawab soalan ni.

En XXX: Oh yeke, bila tu?

Cik Zieda: Lama gak la, dlm tahun lepas, setahun yang lepas. Cmne Encik dpt no saya ye?

En XXX: Actually kami ambil responden (dr mana die xckp) bla bla bla. Setahun sekali kami akan buat survey. Kami tengok detail Cik xde pun di tick kan di sini sudah menjawab survey?

Cik Zieda: Oh yeke. Tp sy dah jawab dah tahun lepas. (tapi xsempat nk jawab sume survey! hahaha)

En XXX: Oh kalau mcm tu xpela. Maaf mengganggu. Assalamualaikum.

Cik Zieda: W'salam.

*Lepas tu sy terus cr entry yang pasal Origami tu. Baca balik! hahaha. Kalau sy jawab je td ape la plak soklan die kan kali ni? Tp maaflah, sy tiada masa nk jawab soklan tu. Penat dah jawab exam SPA! hahaha. Otak x boleh pk jawapan lain dah, sorila encik saya xdpt bantu anda, mintak maaf banyak2*

Korang ada tak dpt survey dr Jabatan Kesihatan ni? Jom share ngn saya. Hiks.

Friday, December 4, 2009

Kereta Masuk Hospital

Semalam kereta saya masuk hospital. Kt puchong, kene tahan wad.
Sakit. Kesian dia. Bila nk signal kiri die xmau, signal kanan pun xmo jugak..
Bila dah mcm tu, lampu kecemasan pun xboleh jugak.
Haish merajuk kah kamu wahai kereta? Tuan kamu ni xjaga baik ke kamu? 
Risau sungguh, anta p 'klinik' workshop doktor kata lampu kecemasan rosak, kene tukar dlm RM230.
Saya biakan dulu. Then buat keputusan hantar ke 'hospital pakar' proton service center sebab ada warranty lagi.
Kat sana kereta di masukkan ke wad dengan segera. Risau saya. Tinggalkan kereta sorang2 kat sana, tapi ok gak, 
bolehlah beliau menjenguk rakan2 yang lain macam yang 'sakit lagi teruk'.

Tengahari hantar, dlm pukul 4.30 'nurse' customer service bg tau yang kereta dah siap! Alhamdulillah sangat2, tak terkata rasanya
bila melihat beliau segar kembali seperti biasa. Bawak pun sedap sebab trus servis sekali. 

Pejam celik pejam celik, beliau sudah mahu masuk umur 1 tahun. InsyaAllah. Semoga beliau akan sihat tanpa ada sebarang masalah.


macam mana boleh jadi camtu?
Camni, malam sebelumnya tayar bocor, langgar paku..huhu.. then member betulkan, bukak lampu kecemasan tu.
Lepas siap, off hazard light tu, then trus gerak balik anta kawan and saya pun balik umah.
Bila nk masuk simpang kiri, on signal, signal x nyala! Bila cek semua signal xok,
lampu kecemasan, signal kiri dan kanan.
Sebab tu la die di masukkan ke hospital.
Arini abg ngah pun ade problem yang sama. Semalam die on hazard light, then off, then bukak signal xboleh.
Fikir gak mengapakah boleh jadi begitu?

Bahaya gak bawak kete tanpa signal ni, dah penah rasa, kene lebih berhati-hati.

Hikmah di sebaliknya
Dpt belajar sesuatu, mempraktikkan ape yang belajar masa g sekolah memandu dulu. Cth : Camne mahu tukar tayar.
Tau nk p mana lepas ni klu ade problem, (if kereta ade warranty lagi la..hihi)

p/s: Thanx to Kak Suri yang bawa saya ke Puchong Service Center, terbaik punya servis! hihi
Lepas ni kak Suri boleh jadi agen OAS - Proton Servis memandangkan ramai yang pki Kereta Proton..Muahaha
Mungkin lepas ni akan di cas kot..Muahaha :-p

Wednesday, July 29, 2009

Horlick 1 Nescafe 1!

Ya....H1N1! Got it?! hahahahah...(idea from my fren fren..tihtihtih)
Dua2 sy suke! Horlick pun suke, nescafe pun suke! Tp yang berais la...hiks..
(batuk pun msh nk minum ais, pukkk kang!)--> sekrg sy di larang minum ais! Air suam is better!

Minggu lepas memg sgt2 longlai, tidak mampu membuat kerja langsung, sakit sendi, batuk, demam, sakit tekak, kesejukan, menggigil..
oh, simptom2 dah mcm H1N1 dah kn? Sgt takut..Denggi pun ade, tp xde ruam, chikungunya pun rs ade, sebb sengal2 sendi ni..
At last, my mom said, maybe demam urat, penat...Ya...overtired, maybe selepas menghantar adek last week..

But...Doktor cakap xde pape! Begitu juga dgn seorang teman baik sy, Nadia, y on off demamnya..Adush..Kesian..
pergi doktor 2x, but, hanya bg ubat je, tanpa cek darah or ape2! Cmne ek dorg kerje? Mungkin la die kate demam biase
tp untuk langkah keselamatan dr wabak2 y banyak skrg ni, why not cek betul2..Buat org risau jew..
nasib baik la xde ape2..Haish...Hanya pd nama je! klu jd pape aritu dah memg kene dah ni!

And...rite now, still having cough, sikit2 la..Sudah boleh buat kerja..
Semua org pun begitu..Musimkah? Siapa yang bawak virus ni? Faliq ea?? hahaha...saja!
Papepun, everybody! Please take care of ur health ya!
Skrg sakit macam2...

Kof kof kof! See..i batuk lg...ngeeee :D
(Batuk disahut pula oleh kak afzan, then kak suri, seri)
annnddd...akhirnye ketawa memecah keriuhan batuk bersahut-sahutan...hahahahaha!

Thursday, May 21, 2009

Panggilan Xberapa Hangit Dr Incik Origami

Pagi tadi....

Saya dapat kol dr Jabatan Kesihatan katanye kalau boleh nak saya jd responden, jawab survey melalui telefon..Ok jela kn..:D

Setelah bertanyakan status, nama, pekerjaan dan bla bla bla..Die pun mula la bertanyakan soalan..

Ikuti perbualan sy bersama Incik Origami (bukan nama sebenar)

Origami : Ok Cik Nurul, saya nak tanya berkenaan dengan HIV AIDS ni.. Cik rs, apakah yang faktor yang menyebabkan AIDS boleh berlaku dan bagaimana ia boleh terjadi?

Saya : Err...cmne ni ek..Xreti la nk jawab..Huhu..

Origami : Pd pndgn cik la...

Saya : Bagaimana terjadi itu, mungkin sebab melakukan hubungan seks, kongsi jarum suntikan maybe..Lagi soklan awk ape ek?

Origami : Faktor2 terjadi AIDS ni?

Saya : Oh...mungkin pengaruh rakan sebaya, keinginan dan sebagainya?!

Origami : Oo..ok..Then cik rasa banyak2 cara, yang mana paling banyak kat malaysia ni?

Saya : Saya rs seks secara rambang yang berleluasa, kot?(haish, asek kot la mungkinla, jawapan xpasti seh..hahaha)

Origami : Ok, cik rs berapa percent skrg ni berlaku kt Malaysia?

Saya : Hah??Mane sy tahu,patut team encik la yang buat percent die bape2 kn, mane kite tau! Huh..(tp sy xjwb cmtu la...jawab dlm hati je..wakakaka)

Saya pun jawab cmni..

Saya : Ntahla incik, saya pun xtau berapa...(ms ni sy tnye kawan sy,Fazira, die kate 20%)
Haaaa...20% kot...Heheh..(smbil gelak2..main hentam je tu)

Origami : Ooo..kalau macam tu, Cik rs bagaimanakah caranya hendak mengatasi masalah mcm ni?

Saya : Oh....suruh la kerajaan buat kempen kesedaran, lagi ape ek?(ooo..ni mcm karangan bhs melayu plak, jawapan kempen perlu ade..hahaha)

Origami : Oooo..adakah Cik rs kaedah 'origami' boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengelakkan bende ini terjadi?

Saya : Erk?Apakah?(buat2 xdgr)....Emmm...mane saya tahu..

Origami : Pada Cik macamane?

Saya : Mana sy nk tau, terpulang pd dorg la..Sy xtau..

Origami : Ok Cik rs 'Origami' bla bla bla bla.....

Ok time ni, sy da geram, sy trus end conversation tu..Off hp! Sy xdgr ape die ckp bile cerita pasal 'origami' tu....hahaha...Wat the $#%&!

Tetibe sy terpk adakah betul Incik Origami ni dr Jabatan Kesihatan??

Kalau betul dia dr Jabatan Kesihatan, nape perlu tanya pasal 'origami'?
N then napa die tanya seolah2 perempuan je y kene jaga hal ini? Laki plak cmne?
Huh...Ataupun mungkin die bertanyakan hal 'origami' itu sebab sy correspondence perempuan? Begitukah? Haish...xphm sy!

Lepas ni lebih berhati2 menjawab telefon, kene intervew die betul2 baru le jawab yang len2! huh..Hampeh...

Origami disini bermaksud Onani

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!