Carian Berguna

U r Visitor No ::

Showing posts with label wed. Show all posts
Showing posts with label wed. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Raja Sehari : Effa & Aziz

Selamat Pengantin Baru buat Aziz & Effa yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada New Year 2011 aritu. No cantik. 1.1.11 :) Terbaik la epa. Hehehe. Kak Long & Kak Ngah pakat baik punye buat wedding sume hujung tahun ek?

Epa ni saya kenal masa kat Infosys dulu. Duduk row depan saya masa training kat sana. Lepas tu keje, duduk menumpang sewa di rumah keluarga beliau memandangkan masa tu saya takde kenderaan sendiri untuk pergi keje. Epa & Family sangat baik! Suka family dorang. Hehehe. InsyaAllah nanti kalau da ada baby aku datang jenguk ko lagi ek? Hehehe. Must be hujung tahun ni la kot kan? Lalalala~

Epa sangat cantik on her wedding day. Dah la tinggi makcik ni. Macam saya plak rendah berdiri sebelah dia. Huhu, xpa bagi can sama pengantin. Aziz pulak senyum-senyum malu gitu. Ahaks.

Pengantin cantik

Senyum je Epa, Aziz maintain macho. Hihi

Blessing

With Yuyu, bekas housemate saya

Tahniah buat korang semoga bahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah, amin.

Next? Hujung bulan ni akan ke Perak yooo! Besties I kawen! Yay yay!

Tuesday, December 14, 2010

Raja Sehari : Imma & Izmir (Reception)

Sambungan from this post :

On the next day(11.12.10), majlis resepsi berlangsung di rumah family Imma. Tema adalah putih brown gitu. Pagi-pagi lagi dah terjah umah pengantin konon2 nak tlg apa yang patut! Yes, we did! Saya dan Nadd tolong Kak Yang buat sireh junjung & hantaran buah. Heee~ Lebih kurg pukul 11 ++ plak geng UiTM, Nadia, Tikah & Uswah smpi. Linda is on the way masa tu. Time ni pengantin tengah siap2 nak bersanding. Baju pengantin adalah dr bridal collection kat area sana. Cantik jugak. Cuma inner tudung je Puan Pengantin buat sendiri. Ko mmg cantik Ma! Masa tunggu pengantin lelaki bertandang kami pun sempat amik gmbr untuk kenang-kenangan. Hoho, this is my first time attend wedding member terdekat. Tgk depa nikah, smpi la sanding. Alhamdulillah, sorang lagi sudah ke jinjang pelamin. Next sape? Linda eh? Heheheh. Ko tgh diet kan? Lalala~ =p

p/s: Tahniah jugak buat Irra dan Gomez. Sori, cheq tak dpt dtg hampa punye wedding. Mintak maaf banyak2. Hadiah kami dah bagi kan, aci la no? Hikhik. Iringan ucapan & doa semoga kekal hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Imma & Izmir, Irra & Gomez! Btw, korang ni berjanji ke nak kawen tarikh dekat2? Ahaks.

Sepanjang Majlis Resepsi Imma & Izmir
Puan Pengantin yang gojes!



Yang hadir, mereka dah smpi~

Klik! Klik! Gmbr dgn pengantin

Linda & Imma

Saya dan Puan Imma

With Kak Yang

Cik Tikah yang comel lagi menarik! Hiks

Kami

Hantaran buah, kilat tak? Ngeee~:D

Proses buat Sireh Junjung

The Sireh Junjung full with fresh flowers

Extras:

Majlis Pernikahan Irra & Gomez
Gambar from Irra's Fb

Suke gmbr ni.

Alhamdulillah, selamat bernikah

pss..gmbr masa Encik Pengantin bertandang di kamera Nadd. Huhuhu~ bile plak nak amik dr beliau. Argghhh!

Sunday, December 12, 2010

Raja Sehari : Imma & Izmir (Solemnization)

Tahinah buat Imma & Izmir yang sudah melangsungkan pernikahan beliau pada 10.12.10 tepat pukul 9.04 malam. Saya berkesempatan hadir di Majlis Pernikahan mereka. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Imma sudah menjadi isteri kepada Izmir. Happy for both of you. Masih lagi tidak percaya yang Imma sudah pun berkahwin. Huwaaa!~ Sy plak yang sedih masa peluk die lepas nikah aritu. Ape kes ko ni zida? Hihihi. Imma adalah kawan sy dr UiTM lagi merangkap roomate sy sebelum ni. Imma, ko dah ada roomate yang baru. Lagi best plak tu. Huhuhu. Tahniah buat korg. Aku happy! Pengantin adalah cantik. Tudung yang Imma pakai sangat sesuai dengan beliau. U r soo gorges darling! Pandai die pilih tudung tu dengan muka die. Mmg sgt cantik! Mekap pun ok, baju pun cantik. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Antara kenalan yang datang ialah, Nadd, Nadia, Tikah, Uswah dan Linda. Tahniah buat korang! Semoga kekal hingga akhir hayat. Korang kate tak sabar tunggu aku tahun depan eh? Ha ah,insyaAllah, tahun depan korg dapat anak, aku naik la pangkat! Yeay! Aunty Jida! Hikhik.

Malam Pernikahan Imma & Izmir

Imma & I

Imma

Izmir

Saat mahu dinikahkan

Aku terima nikah

Mulut Izmir adalah asik nak bercakap je, nak hilang nebes kot. Hihihi

Mas Kahwin bernilai RM1001. Siap ada jongkong emas tu. Huhu~

Di pelaminan

Kami

Imma yang gojes

Oh, btw Imma ada kasi surprise. Ikutkan masa batal air sembahyang xda cincin untuk lelaki. Tapi Imma kasi surprise, a set of rings yang ada ukiran nama depa. Hoho, cooo cweettt!~
Gambar adalah kabur, sekian terima kasih. Ahaks

Next, thieir Reception plak :D

Monday, December 6, 2010

Raja Sehari : Ummu & Anas

Tahniah buat Ummu & Anas yang sudah melangsungkan perkahwinan jumaat yang lalu. Alhamdulillah, kahwin da korang ek. Macam tak percaya. Ummu my dear, kamu dah jadi PUAN la. Huhuhu. Sabtu, 4 Dis 2010 berkesempatan untuk hadir ke hari bahagia mereka bersama En Hadi. Sesampai di sana, bergandingan pula dengan pasangan Wewe & Nono yang kebetulan baru sampai. Nasib baik ada geng. Sampai sana, pengantin dah pun siap. Jumpa KD, Dd & Kuku. Hikhik. Ceria je muke dorang. Jumpa Ezzan jua, Haida. Geng-geng OAS tak Nampak plak. Tapi ramai geng UiTM yang sy jumpa. Abg Nizam yang bakal berkahwin, Kak Hanis, n Kak Fiza (main lambai2 je sebab time tu nak amik makanan dah) dan ramai lagi. Makanan adalah sangat sedap*seyes sedap*. Tema adalah turquoise. Pengantin adalah sangat cantik & hensem masing-masingnyer. Oh, memang Raja Sehari. Sebelum pulang berjumpa pengantin dan ambil gambar dengan mereka. Hoyay! Sy plak yang happy. Hiks. Tahniah buat korang. Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat. Minggu ni Imma & Izmir plak bakal berkahwin. Then hujung bulan Epa & Aziz, oh takkan melepaskan peluang hadir ke resepsi meraka. InsyaAllah.

Puan Ummu

Cik Wewe & En Nono
*awe, laki ko garang la ngn ko, hihihih*

Us

Amik gmbr dengan pengantin, aka amik berkat. Hiks

last, percuma gmbr kami. Woo En Hadi ada pipi yang bambam! Hahaha

pssst...tetibe gmbr ade watermark plak. rajinnyer ko zida. hahaha

Tuesday, November 9, 2010

Perkahwinan Erol & Yana

Alhamdulillah, tahniah buat Erol dan isteri, Yana yang telah selamat diijabkabulkan 6th Nov 2010 hari tu around 11++ pagi dengan 2 kali lafaz. Ngehngeh~ Tak tau kenape kene dua kali walhal yang first time tu rasa dah betul da si Erol tu lafaz. Erol, apasal ek? Hihihi. Gagap ek? Hahaha Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tak sangka si Erol dah kawen. Hahaha. Siap boleh tanya malam sebelum dia nikah tu, "Eh erol, ko dah nak kawen ek? Cam tak caya seh! Hahaha"

Saya pula terjebak menjadi rombongan pihak lelaki, si Erol ni la. Siap kete saya jadi kete pengantin. Tak kerlass ok pakai kete aku. Alasannya sebab, En Hadi adalah pengapit beliau. Pun bidan terjun gak, tetibe kene jd pengapit. Sebab En Hadi naik kete saya, so pengantin kene ikut pengapit. Boleh? Hahaha. Padahal pengapit kene ikut pengantin kan, ni terbalik plak. Yela uols, mau muncung tajam mulut I kalau En Hadi tu naik kete lain. Panassss! Hihihi

Perjalanan ke rumah pengantin perempuan berjalan lancar. Dalam sejam kami dah smpi Pedas. Oh this is my first time sampai ke Pedas. Best je. Di sebabkan kete sy jd kete pengantin, so kami diberi keutamaan la untuk naik terus ke rumah pengantin. Hihi. Best je, takya la parking jauh2. Parking straight depan umah. Vangga mak vangga! Hihihi

Yang bestnyer siap ada RELA yang jaga, bagi laluan kat kami nak naik atas, sebab kawasan umah Yana tu berbukit.

Inilah kete pengantin yang tak berapa kerlass tu. Hahaha

pakcik RELA

So sampai2 bersiap2 la kami pihak pengantin lelaki untuk naik ke atas rumah. Panas jugak ritu. Berpeluh jugak la kami semua. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pengantin perempuan cantik! Lelaki macho! Hehehe. Sepadan..

berdebar saat dinikahkan

Lega dah sah menjadi isteri! Yay!

Acara batal air sembahyang :)

Hantaran dua belah pihak

Lepas tu kami diberi rumah untuk bersiap for sanding plak. Senang. Lepas nikah, trus sanding. :), xdela menunggu lama sangat. Senang keje untuk 2-2 belah pihak kan.

keluarga mereka

Berarak ke rumah pengantin



suke dress y ana pakai ni.

After siap semua, its time tu pihak lelaki pulang meninggalkan si pengantin lelaki kene 'dera' kat situ basuh periuk! Hihihi

Jom pulang

Tapi saya dan En Hadi tak pulang sebab adik En Hadi ni die amik video untuk wedding dorang so ada scene yang perlu diambil untuk melengkapkan video tersebut. End-up kami pulang dlm kul 4.30. Huhu. Penat sangatttt!~

But then kite org buat keputusan nak jalan-jalan ke sini! :)

Teluk Kemang!!

Best giler air die, tp takut gak nak mandi, sebab air tengah pasang. Kuat betul ombak die time tu. Scary. Next time nak g sini. Nak mandi2. Mesti best kan.

So, buat Erol & Yana, Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga kekal hingga akhir hayat. :)

Amik berkat, amik berkat. Tihtihtih~


Sunday, October 3, 2010

Wedding : Rahman & Fida

Semalam, 2nd Oct 2010 saya dan geng OAS ke jemputan perkahwinan Rahman & pasangannya, Fida di Sepang Gold Coast. Tema adalah pink. Sweet giler pink dia. Akhirnya dapat gak saya jumpa geng2 OAS. Hikhik.

Tempat adalah disebelah tasik, so kami menggediks amik gmbr kat tepi tasik. Sgt cool ok :)
Lepas tu boleh pulak singgah pantai kat Bagan Lalang tu, jalan-jalan amik gambar sebelum pulang ke Bangi.

Buat Rahman dan isteri, Selamat Pengantin Baru. Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat. InsyaAllah, Amin. :)

The Bride & Groom yang sangat cantik dan macho :)


sy, seri & faliq

The guestbook, 'GENG OAS'

Geng-geng OAS, HTP, Ex-OAS :)

menggediks di tepi tasik

Sepang Gold Coast

3 of us

ops..lupe nak bgtau. gambar adalah credit pada cik seri ye. hiks

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!