Carian Berguna

U r Visitor No ::

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

Tempatkan Dia di Syurga

Cuti Awal Muharram yang lepas saya hanya duduk di rumah dan kebanyakkan masa adalah menonton TV. Yeah. Apa yang nak saya kongsikan adalah telefilem sempena maal hijrah yang disiarkan di TV3 ni.

Copied from this site :
Telefilem ini mengisahkan Asmah yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah mengenai ibu mereka. Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul, yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul(Zamarul Hisyam) beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli (Adi Putra), Badrul (Joey) dan Sakinah (Lisdawati). Suatu hari, Asmah terjatuh di tempat kerja kerana terlalu penat dan tertekan. Sakinah yang datang menjenguk ibunya hampir diceraikan oleh Shukri(Roy Azman) kerana dianggap ingkar.

Best citer ni. Pada mulanya hanya menonton biase2 je, tidak menghayati. Makin lama makin best plak. Geram tgk suami si Sakinah tu yang pentingkan diri sendiri. Degil. Kesian kat Sakinah yang tersepit antara suami dan ibu kandung sendiri. Yeah, I know, bila seorang wanita itu sudah berkahwin semuanya harus mengikut kehendak suami, as long as ia tidak melanggar syarak la kan. Walaupun nak mengajar adik beradik yang lain, tapi agak-agakla. Jangan sampai menyesal dikemudian hari sudahla.

Kesian si Ibu bersusah payah untuk menyara keluarga. Si anak pulak buat hal. Haish, semoga saya dan anak-anak diluar sana berada dalam lindungan Allah, dan menjadi anak yang baik. InsyaAllah.

Sedih gak cite sampai my housemate nanges tersedu-sedan dia. Huhuhu. Saya? Kool. Eh, kool ke? Ngeee~:D

Anyway, watak amirul yang Zamarul Hisyam lakonkan tu macam watak Shah Rukh Khan plak dalam filem My Name is Khan.

Wednesday, June 24, 2009

Drama TV3 Nur kasih



Terpempan dengan cerita yang sedang disiarkan di TV3 Nur Kasih
Setiap Jumaat pukul 9 mlm..Hmmm..
Bergenre keagamaan yang buat sy xtinggal untuk mengikuti cerita ini
Best..menarik..Itu yang boleh sy katakan..
Tapi sayang, cerita hanya seminggu sekali...
Xseronok la plak..Please la buat 2 ari seminggu ke, ni x..Seminggu sekali je?
Hmmm..Xpuas..Sebab sejam tu bukan fully cerita tapi di selang-selikan dengan iklan yang
agak 'SEDIKIT'.
Walau bagaimanapun tetap tunggu cerita seterusnya..
Sebab best sgt..Ade kelainan dlm cerita ini..
Baru follow 2 episode actually..First episode xsempat tengok..Hukhuk
Suka tgk lakonan Fizz Fairuz semenjak dua-menjak ni..Sgt berkesan..
Ape la cerita episod jumaat minggu ni kn..

Ni lirik lagu Nur Kasih nyayian Yasin untuk drama Nur Kasih ni..

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!