Carian Berguna

U r Visitor No ::

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Ini bukan Wordless Wednesday

Salam. Hai. Ye saya tahu sudah lama menyepikan diri. But still masih membaca blog kengkawan yang lain. Sometimes. ^.^V

Hari ini tetiba teringin nak menulis di blog. Oh  tak pernah lagi buat Wordless Wednesday kan? Takpa, arini saya nak borak-borak sikit. Stress. *patutnya ko happy pegi shoping gaji da masuk? Eh eh..:)*

Ye, saya stress. Tahun ni tak tau kenapa mood untuk bekerja bersungguh-sungguh still lagi tak dapat. Masih berada di awangan. Hello makcik, dah nak masuk bulan 4 kot masih xsemangat lagi nak keje??? Tapi bukan bermakna keje saya tak buat ok, cuma kurang produktif la. Lemauuuuuu sepanjang masa. Oh please give me some strength. *berjalan, semangat plak ko ek Zida?* 

Rasanya arini nak turun pergi gym jap, mereleasekan stress ni. Tapi keje still kene siapkan jugak! :) Oh what todo, beginilah makan gaji, semoga Allah murahkan rezeki. InsyaAllah. Amin.

Banyak pending tasks yang perlu disiapkan tahun ni. Ini kene tunggu ada banyak peringkat. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. InsyaAllah. Amin. Amin Amin. :)

Eh jom karok! Aci x?


Ini keadaan saya sekarang. Pening-pening. 

Sunday, August 21, 2011

Gambar Lama

Sangat terhibur bila tengok gambar-gambar lama. Hahaha.






Oh i missed them soo much. Masa kat UiTM, masa kat Infosys, masa awal-awal keja...

Saturday, August 20, 2011

Frust


Frust bila.......




Apa yang kita target tak sampai....!~ Zida, you need to workout more!


Friday, July 29, 2011

Team Building : ATV


Last week my team ada team builing for Q3. Before we decided to do this ATV, kite orang dah arrange satu session with others team to watch movie. Masa tu Transformers. Tp sebab kekangan masa, clash time sana sini, so kite orang decide nak buat team building team sendiri je. Tak nak include siapa2. Senang nak manage. Hehehe. After a few discussion, maka terjadilah ATV ni.

This is my first time doing the ATV. Sebelum ni tak penah. Pergi Zoo Negara pun tak dak. Lalu depan entrance adalah. Mula2 takut sangat almaklumlah acik ni tak penah naik ATV, moto pun tak penah lagi nak bawak ATV? Hahaha memang mencari nahas. Lepas En Trainer dah ajar cmne nak naik nak reverse bagai, saya pun tanya "Saya tak penah bawak pun ATV ni, bawak moto pun tak penah, boleh ke nak bawak?". dengan slumbernyer trainer to cakap "Lagi bagus awak tak pandai bawak moto..! Haaa...". Ok kepelikkan disitu. Tapi redah je la kan. Padahal jantung dah berdegup kencang. Dupdapdupdap! Huh..!

So for 1st grup, kami pun di beri training, pusing area kem tu je. Mula2 pusing. Ok la. Takdela susah mana pun, huuu~. Pastu die suh turun bukit yang rendah sikit. Ahhh..sudah, takut dah. Tak jatuh ke..?. Abang2 kat situ sgt membantu, kami je yang terlebih takut. See kurang confident. Sampai ada sorang teammate siap tak nak join the ATV, just nak pusing2 kat kem je which is tak berbaloi. Tapi tu before training la, bile dah training, da nak start adventure, semua pegi! Teammate yang nak tarik diri adalah orang pertama kat depan! Hebat!

Sepanjang perjalanan adalah best. Naik turun bukit 45 darjah. Tinggi jugakkan? Asek nak press minyak la. Perlukan kekuatan tangan yang sangat kuat sebab everything handle guna tangan. Haaa..Lenguh...Haaa. Sampai kat pit stop kami berhenti bermandi-manda ala2 piknik tp main2 air je. Half an hour pastu berATV la kami turun bukit. Time turun adalah memenatkan sebab perlu menggunakan kekuatan tangan super duper extra punye kuat. Haaaa lenguh lagi. Haaa...Perjalanan turun adalah sgt sekejap, tetibe eh eh, dah sampai kem balik. Ok. Cukup2la tu tapi rs cam gian plak nak main. Huuuu~ Jom kawan2 kite p main kat sana. Best sangat! Overall sy suke this kind of team building instead of just tgk wayang je kan. Buat camni lagi best, lagi adventure! But penat la. Lepas semua setle, we all makan kat Tropicana Corner area mana usahla di tanya ate acik tak tau sangat la area nun KL sana tu. :)

Otw balik adalah penat, nasib baik carpool dgn teammate je. Benti kat Bukit Jalil, then berdesup laju2 bawak kete balik Equine. :)

Next for quarter 4 they all nak buat Water Rafting plak..! Ohemmmmmgeeee, saya takut! Grrr..*hopefully tak jdla, rasa macam too risky je, ye dak?*

Briefing mode

Lets start! Training mode :)


On the way to waterfall

Hoyay! Kami dah sampai :)





Team photo

Going back to the camp



Team photo @Camp

Makan2 @ Tropicana Corner

Friday, July 22, 2011

Performance Testing


Minggu ni saja saya ada banyak meeting berkenaan dengan project baru dimana tugas saya kene buat testing. Huwargh, satu bidang yang lain yang sy tak penah buat sebelum ni. Tp saya suka buat! But this one agak complicated jugak sebab xde requirement because no new requirement - hahaha. I need to test on data entry, navigation - yang ni ok la. But when it comes to Performance Testing, rasa macam, "Oh, camne aku nak buat ni?"..Takut! Bila tanya tools apa nak pakai, die kate depends on me plak. Dah la tak penah buat. Ngee~ Siapa ada experience do performance testing? Kalau company sy die guna LoadRunner. Yang ni sedang diusahakan. Penah study about this, tp tak penah test ape2 la. Huargggh..! Now mimpi pun teringat perkataan Performance Testing, Performance Testing, Performance Testing!


Agak-agak ok tak tukar bidang jadi QA ni? Hehehe

Monday, July 18, 2011

Floria Putrajaya 2011


Minggu lepas saya berkesempatan pergi ke Floria Putrajaya 2011 yang berlangsung sepanjang minggu. Bukan sekali je pergi, tapi sampai 3x pegi. Korang pergi banyak kali tak? Hehe. Cik Zida sampai 3x pegi. Apa benda yang ada kat sana Cik Zida sampai kamu pergi banyak kali? Sebab...tempat dia sangat cantik berbanding dengan Floria tahun-tahun yang lepas. Lagi satu sebab bateri kamera abes. Hahaha. Bile habis harus nak pegi lagi sebab terpegun dengan kecantikkannya kali ni - kalau orang lain koser nak pegi lagi kot. Tahun ni ada buat competition antara IPT dan sekolah-sekolah. Banyak giler garden! Kreatif jugak budak-budak sekolah ni ye. From company-company pun ada jugak macam SimeDarby, SimeDarby, SimeDarby - ok tak berapa ingat company apa. Tapi yang paling saya suka adalah dari Setiausaha Kerajaan Johor - wah bangga jap jd anak jati Johor. :)

First time pegi kebetulan pergi main-main dating dengan En Hadi - masa tu tak bawak kamera. Hampes pakai kamera hp, tetau jelakan mcmna gambar nyer :)

Second time p ngn housemate, Ida, sebab tak puas hati tak dpt amik gambar. Punya la ramai orang masa tu sebab malam minggu. Sesak. Hujan. Ye...Kebasahan. Sambil tu ajak jugak kawan sekolah saya, Azwin yang keja kat KKM. Seronok dpt jumpa dia, camwhoring la gamaknyer!~ Sampai dah penat, sampai kehabisan bateri, jalan-jalan lagi, jumpa swan tu. Rupe-rupenyer banyak lagi kot tempat yang cantik! Tp dua2 kamera pun dah abes bateri. So sad :( Time tu da kul 12 tgh mlm, kami pun pulang.





3rd time paksa En Hadi lagi dtg sebab nak amik gmbr kat swan tu. Hahaha. Tp pegi situ jela sebab yang tu je belum amik gambar. Terima kasih la wak sebab layan je kerenah saya ni. Huhuhu~



Agak-agak aci tak kalau entry ni takda ending? Ok bye! :)

First Try : Derma Darah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Minggu lepas saya berpeluang mencuba untuk menderma Darah @Dataran Shamelin. Wooo! First time so jakun sikit. Berdebar sangat2. Sampai jantung dupdapdupdap dibuatnyer. Punye la besor jarum die. Huuu~ Mak takut. Hikhik. Tapi Alhamdulillah, berjaya juga buat pertama kalinya derma darah dengan rela hati. Alhamdulillah, lepas buat donation, xde la plak pening ke pitam ke, cuma lapor. Hahaha. Abes la Cik Zida, balun makan jela. :-p

Ini antara prosedur yang dijalankan untuk derma darah:
1) Isi borang
2) Uji kumpulan darah
3) Pemeriksaan tekana darah & berat bdn
4) Ambil darah - normally 10-15min jew
5) Rehat - biasanya akan di beri minuman dan makanan ringan.

Jom tengok siapa pulak yang Boleh derma

> Berumur 18 hingga 65 tahun.
> Berat badan melebihi 45 kilogram.
> Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
> Tidak menghidap penyakit kronik.
> Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
> Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
> Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.


Ada terbaca artikel kat internet, mengatakan menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru. - petikan dr sini


Anda juga boleh mendapatkan info tentang blood donation ni kat sini. :)

Kawan-kawan mana yang cukup syarat jom la kita derma darah, at least dapat membantu orang yang memerlukan! Thanks Shamelin Bina sebab buat event ni!

Monday, July 11, 2011

Please, Jangan Merajuk!

Baru-baru ni meng'ushar' hp di Low Yat sambil-sambil teman En Hadi yang nak beli laptop. Ushar je kot. But now, hp saya yang sekarang ni merajuk..:(

Kalau orang call and kita angkat memang dah tak dengar suara. Kene loudspeaker baru boleh dengar. Huwaaa!~

Please, hp jangan la merajuk ngan saya. Merajuk la lambat-lambat sikit. Uhukhuk

Moral of the story, jangan la cakap nak beli hp baru ke barang baru ke, nanti barang yang sedia ada mesti buat hal. Huhuhu

Monday, June 13, 2011

Family Day

What a bz bz bz day, day by day...Banyak giler keje ok. Hanya mampu menjengah dan membaca blog rakan-rakan je. Kalau weekdays baliknya dah lewat, kul 9-10 malam bru kua office.*ye saya tau, ramai lagi yang balik lambat dr saya kan kan?* Penat..Lelah. Letih. Kalau balik tu bukan terus tido, keje lain pulak dibuatnyer. Erm xpelah Zida, selagi kamu berdaya. Masih sihat ni buat la benda yang berfaedah. Hihihi

Actually, sambil2 bz tu sebenarnyer ada la jugak aktiviti2 lain yang I buat. Contoh, bulan 5 aritu ada follow Family En Hadi pergi Family Day kat PD! Its awesome! Have fun sangat kat sana. Siap join karoke dan yang bestnyer saya dan En Hadi siap menang tempat ke-5 dan ke-3, hihihi. First time menyanyi di khalayak ramai ok. Bergetar jugak la suara. Tp nasib badan, den monang tempat ke-5. Hadiah adalah hamper beserta wang tunai. :) Happy!

Moh moh tengok gambar..


Anyam ketupat

Jadi penyibuk je..

Lari dalam guni.

En Hadi seksa main Bola tampar. Menang tempat ke-2!

Hadiah karoke, hihihi



Rembat semua hadiah! Hahaha


Gambar sebelum pulang

OK la...ni mukaddimah, hope lepas ni ada la mood n masa nak post entry lain jugak..hihihi~

Daaaa!~ Now, tengah ada KT dengan Indian guy. Haaa....

Wednesday, March 23, 2011

I am 25!


Yeah. Happy birthday to me! Sudah berumur 25 tahun. Dah hidup 1/4 abad da. Wah...Alhamdulillah, masih di beri peluang lagi untuk hidup dan menjalani rutin harian yang pastinya lagi mencabar. Tahun ini ada target yang mahu dicapai, insyaAllah, semoga semua berjalan lancar. Bersyukur kepada Allah, masih diberi kesihatan yang baik, rezeki yang baik. Alhamdulillah. Segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.



To kawan-kawan yang wish birthday kat FB, sangat berterima kasih. Love you! Muahhhhx! :) Tak lupa jugak kawan2 y sms n kol! Im loving it! Thank you very much!

Oh ye, ms hari kejadian aritu, ada gak 2-3 request dr besday girl ni. Hihihi

Si Seri saya nak mintak belanja aiskrim tutti fruti. Nadd plak nak pau aiskrim ICE ROOM. Hikhik. Okay, sume aiskrim! Yummmy!!! Lalalal~ Memang ko makin GEMOK zida! Lalalala~



Tapi....ada satu lagi y saya nak sekarang ni..Handbag...Oh, cantiknya handbag itu.......Mak berkenan ok. Dah tgk 2x da. Hahaha. Alamatnya sapa yang I ajak tgk kali ke-3 ni kene belikan la gamaknya! Boleh? Anyone sudi mahu belanja? Hiks..Oh...itu hanya impian saya saja. Heeeee~

Tuesday, January 18, 2011

Kamera Saya :'(


Sedih sedih sedih! Kamera saya rosak! Jatuh! Aaaaa... sedih sedih sedih!

Sedih sebab banyak event akan buat dengan kawan-kawan! Huuuu~

Takde gambar masa jumpe mereka nantiii!!!~

Takdela gambar masa Parti Bujang Sha nanti!!~

Takdela gambar masa kawen Seri nanti!!~

Walaupun die bukan kamera yang canggih, saya tetap sayang die!~ Huuuuu

Aaaaaa! Im down! Sedih sangat....Banyak yang akan tertinggal nanti. Terpaksa la guna kamera hp je. Hukhukhuk. Bile2 free baru anta kedai. Oh i hate this!

Ada sape2 yang boleh sewakan kamera tak kat I? Huuuu~ T_T

First Try

Percubaan pertama saya memakai tudung style cam kat bawah ni. Taktau ape nama style ni. Hahaha. Oh Zida, kamu lambat. Orang dah pakai berjaman da. Lalalala~

Ok, Cik Zida bambam! Ahaks.

Saturday, January 8, 2011

I miss my gurls

Saya rindu mereka. Huwaaaa!~

Cik Ceri sibuk dengan wedding beliau. Cik Eein plak sibuk dengan masternya. Me? Quite bz gak, but rite now damn bored ok. So tadi dok belek2 gambar kat FB. Rindu kat mereka. Tak sabar nak jumpa mereka masa big-day Seri & Faliq nanti. Korang..nanti kita p melancong lagi nak? Lama tak gediks2 dengan uols.

Gurls @Bandung

Gurls @Melaka

Gurls @Seri's E-Day

Gurls @Jalan TAR

Wednesday, January 5, 2011

Berat badan saya 10KG

Bukan berat badan saya...Berat badan Ariana. Hihi. Berat badan saya adalah berkali-kali ganda daripada Ariana okkayyy!! Tengoklah kaki die comel je dok berdiri atas penimbang tu. Cumil-cumil. 10 kg ++.

Kaki budak gebu


Hoo. Nak berat camni boley tak? Mungkin la tak dapat kan? Asal dapat berat ideal sudah...Chayok2x Zida!

Reunion 3 orang

Still lagi mahu bercerita pasal cuti aritu. Satu malam tu Yuki, my best fren masa sekolah mesej kate nak jumpa. Yela memandangkan saya ada kat JB, boleh la jumpa. Lagipun cuti lama kan. So bincang punya bincang malam tu jugak kami decide nak jumpa! Acaranya adalah tengok wayang dan lepak2. So sharp pukul 9 kami jumpa kat JJ Tebrau. Lepas tu beli tiket wayang, kami tengok cita TRON. Wooo!~ Rasa rugi plak tak tgk 3D. Mesti best kan. Tapi TGV kat JJ tu mahal la plak. Kalau kat KL murah je, takde la sampai RM14 kalau standard punye. TRON bagi saya best! Tapi ramai kate tak best. Hehehe. Ok la, saya suke cite tu.. Berbalik pada reunion kami 3 orang muka yang sama ni. Sementara nak tunggu masuk wayang, kami pun dok borak2 minum kat Black Canyon. Hoho. Rasa best sgt. About 1 year ++ jugak la tak jumpa. Almaklumlah masing2 bz. We shud do reunion la gang! Go somewhere, lepak2. Borak2. Hopefully next time dapat la jumpa semua orang.

Dan yang pasti muka kami, Yuki, Rash & Me slalunya ada! So next reunion, kawan2 bila kita nak buat?

Rash & Yuki

With Yuki

3 of us


Jom tengok wayang!

Rash sangat sporting! Each time ajak keluar je, mesti die boleh attend! Best best best!

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!