Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Minggu lepas saya berpeluang mencuba untuk menderma Darah @Dataran Shamelin. Wooo! First time so jakun sikit. Berdebar sangat2. Sampai jantung dupdapdupdap dibuatnyer. Punye la besor jarum die. Huuu~ Mak takut. Hikhik. Tapi Alhamdulillah, berjaya juga buat pertama kalinya derma darah dengan rela hati. Alhamdulillah, lepas buat donation, xde la plak pening ke pitam ke, cuma lapor. Hahaha. Abes la Cik Zida, balun makan jela. :-p
Ini antara prosedur yang dijalankan untuk derma darah:
1) Isi borang
2) Uji kumpulan darah
3) Pemeriksaan tekana darah & berat bdn
4) Ambil darah - normally 10-15min jew
5) Rehat - biasanya akan di beri minuman dan makanan ringan.
Jom tengok siapa pulak yang Boleh derma
> Berumur 18 hingga 65 tahun.
> Berat badan melebihi 45 kilogram.
> Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
> Tidak menghidap penyakit kronik.
> Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
> Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
> Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
Ada terbaca artikel kat internet, mengatakan menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru. - petikan dr sini
Anda juga boleh mendapatkan info tentang blood donation ni kat sini. :)
Kawan-kawan mana yang cukup syarat jom la kita derma darah, at least dapat membantu orang yang memerlukan! Thanks Shamelin Bina sebab buat event ni!
No comments:
Post a Comment