Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, January 16, 2009

Hikmah di sebaliknya

Tazkirah Hari Jumaat

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Betul sangat-sangat ayat ini
Contohnya..
Semalam efa bercerita tentang kerja shift dia yang akan bermula setelah training dia habis
Ada 3 shift:
6pagi-2.30petang
2petang-11.30 malam
11 malam - 6 pagi
(lebih kurang)
Bila di fikirkan Alhamdulillah sangat- sangat sebab sekarang saya ada kereta.
Boleh la saya pergi ke tempat kerja sendiri, kalau tiada kereta? Macam mana?
Mesti saya jadi bingung dan terpaksa mencari jalan untuk itu.
Jika sebelum ni lagi dia sudah bershift kerjanya, macam mana la saya mahu pergi dan balik kerja?
Dan bila di fikirkan, Allah itu Maha Mengasihi HambaNya.
Hanya saya yang tahu apa yang berlaku
Aku bersyukur padaMu ya ALLAH

Setiap yang berlaku ada hikmahNya

Sebelum itu pun pernah berlaku di rumah di nilai, di mana efa mengajar saya macamana membuka pintu dapur.
Ha? Macam la saya tidak tahu kan..Tapi sebenarnya sekarang saya tidak tahu
Sebab pintu itu special case sudah..Hikhik
Sebab itulah saya di ajar bagaimana 'mengopak'nya dengan selamat..
Hahaha..
Dan pintu itulah yang saya gunakan untuk masuk bila ketiadaan beliau hari itu.
(yela pintu depan ada tukar kunci lain, saya tidak dapat lagi kunci itu)

Percayalah, setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk diri kita, asalkan kita tahu bagaimana menerima setiap kejadian dengan penuh kesyukuran dan berfikiran positif.
Dan kekadang apa yang kita dapat itu memang rezeki kita walaupun kita akan cuba mengelak pada mulanya.

No comments:

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!