Carian Berguna

U r Visitor No ::

Tuesday, September 29, 2009

Pergi Tak Kembali

Lately banyak dengar berita tentang kematian dikeliling saya.
Sebab eksiden, sakit, dll.

Masa kat rumah hari tu, jiran bercerita tentang kenalan family yang meninggal dunia
ketika pulang dari beraya pada hari raya ke-2, kat Kulai.
Isteri dan anak-anak pulak cedera, ada yang parah.
Sampai anak dekat bahagian belakang terperosok sampai ke 'bonet belakang' tu.
Gara-gara mahu mengelak daripada kenderaan lain
langsung melanggar pembahagi jalan.Kecut perut dengar.
Family sentiasa mengingatkan saya supaya berhati-hati di jalan raya.

Masa pulang ke kampung di Mersing pun begitu, sepupu tiri saya yang berusia 3 tahun meninggal dunia akibat demam panas xsilap saya. Masa bulan ramadhan.
Kesian budak tu, kecik-kecik plak tu, seingat saya, mmg xpernah lagi jumpe dia,
sebab tidak ada kesempatan untuk pulang ke kampung.

Lepas tu ada lagi kisah, bapa sedara mak, di Kota Tinggi,
pun sudah pulang ke Rahmatullah. Sakit.
Terkejut jugak dgr, diorang ada contact nombor umah,
tapi skrg home num dah tak pakai. So susah nak contact.
Dan akhirnya lambat la sampai ke pengetahuan kami.

Tengok pula status kawan-kawan yang mana ada kawan mereka yang sudah meninggal dunia.

Walaubagaimanapun, yang pergi tetap pergi, Tuhan lagi sayangkan mereka.
Mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi.
Kita yang masih hidup harus teruskan hidup.
Melakukan amal ibadah, dan sebagainya.

Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang sudah tiada di dunia. Amin.

4 comments:

Unknown said...

Inalillahiwainailaihiroji'un. Kullu nafsin za'ikatul maut. Itu dah janjiNya. Sama2 doakan pada yg dah pergi. Kwn abg ngah pn raya ke-3 ari tu. Eksiden moto. Tau pn sebab bace paper kt carwash. Huhu.

nurul azida ahmad said...

Tu la, baca gak blog abg ngah..hukhuk..

Anonymous said...

erm...ramai manusia yg baru dtg ke dunia maka, yg ada di dunia ni diambil semula...utk memberi ruang kepada manusia2 baru itu..=)

Siti Mas Hidayu said...

Setiap yang hidup..pasti akan mati..Berdoalah untuk kesejahteraan mereka di sana..

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!