Carian Berguna

U r Visitor No ::

Wednesday, May 19, 2010

Jom Heboh @ Putrajaya

Buat julung-julung kalinya, Jom Heboh diadakan di Putrajaya. Dan saya berkesempatan berkunjung ke Jom Heboh kali ni. (My 2nd time ke Jom Heboh, sebelum ni penah pergi masa first time Sure Heboh buat kat JB)

Mula-mula rasa cam takmau pergi.Sebabnya konfem ramai orang dan jalan mesti jem. huhuhu. Tapi tahap kebosanan hujung minggu lalu, saya akur juga pelawaan Tikah dan Nadiah yang mahu ke Jom Heboh. Minggu lepas adalah sangat panas!!! Korang rasa tak? Malam tido mmg tak lena langsung sebab panas ya amat!

Sangkaan saya meleset pasal jem bagai. Sebab alhamdulillah, mmg sgt teratur die punye program. Kite tidak boleh dengan sesuka hati je nak bawak kete smpi depan booth kat presint 2 tu. Memang jalan ditutup. Untuk program Jom Heboh ni, bas disediakan. So parking je dekat Park & Ride, then tunggu bas yang tak smpi 5 minit dah jalan, pastu bas tu akan bawa kite ke Masjid Putrajaya. Kat situ mmg ramai orang. Then, dari Masjid Putrajaya plak disediakan 'train' bergerak atas jalan tar untuk ke tapak Jom Heboh. Senang kan? Memang sgt senang. Takdela nak maki hamun bile berejam nak dptkan parking, ye dok? Hehehehe.

Bila smpi di sana, petang tu ada konsert ape saya tak tahu, Tapi ada alif satar, Mila, One nation Emcee dan ramai lagi. Kegilaan saya di sana adalah melihat kain Cotton dan saya telah membeli 3 helai! Hoyay! Harga pun berpatutan. Sangat-sangat berpatutan. (mana tak gile tengok kain, sebab sepanjang booth tu banyak giler kedai kainnya!)

Sekejap je kat sana, sebab dah nak maghrib, kami pun pulang, tapi otw tu kami ambil gambar. Sangat best waktu tu, masa senja. Cantik sungguh alam ciptaan tuhan. Allhamdulillah, rs lepas ni nak g lagi la time waktu senja, ambil gambar mesti cantik. :)






'Train' burung unta










No comments:

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!