Carian Berguna

U r Visitor No ::

Friday, August 13, 2010

Sahur & Berbuka

Napa kosong je floor ni ek? Makin lama makin kurang orang. Mungkin ambil kesempatan pulang ke kampung untuk menyambut bulan puasa. Itu memang WAJIB. Saya pun nak balik...Huwaaa~! Tp kondisi tidak mengizinkan. Hopefully minggu depan boleh balik. So bolehla berbuka puasa dengan family tercinta.

Sudah 3 hari kita berpuasa, bagaimana puasa anda?

Setakat ni saya dan housemate memang tak tinggal sahur lagi. Hehehe *huhuhu, dulu saya kalau sahur normally akan bgn minum air je-buruk perangai*
Kali ni, bangun sahur masak air, then buat air panas. Makan dengan roti ke biskut ke. Then makan buah, minum air masak. Arini plak houseamte2 ku rajin. Dorang masak nasi, then grg telur dadar, and makan ngn ikan bilis masak kicap+sos yang rangup! Sedap seh! First time makan ikan bilis masak kicap+sos tu. Rs cm nanti buke nak makan tu jugak. Hikhikhik.

Kalau kat rumah plak, mak mesti sediakan air susu untuk kami. Hurm, bestnyer. Mak, nak balik umah!!! (tekanan perasaan di situ)
Dah request mak, balik ni nak suh mak buat daging dendeng, nasi impit dan telur dadar! Yay! Request approved! :))

Kalau berbuka pula, 2 ari berpuasa, berbuka dengan En Hadi, pergi bazar, then buke kat kedai makan jela. Amat berbeza ok kalau pergi ngn laki ni, rs macam nak itu ini, tapi takmo beli. Smpi masa, taktau nak buke dgn ape. Hahaha. (sebenarnye xbole beli banyak2 nanti kene marah, no no no! hehehe)..Kalau g ngn geng2 perempuan harus nampak yang tu, nk beli yang tu, kalau nampak je mesti nak beli. No good no good. Lagipun kalau beli banyak-banyak kang nanti tak abes. So beli ala kadar pun tak membazir. :)

Tapi sy rindu zaman-zaman masa belajar kat UiTM dulu. Yela, petang-petang kalau rajin g PKNS, cari bazar ramadhan kat situ. Oh, tetibe teringat sambal grg tempe yang kering tu.


pic taken from http://umairahbeauty.blogspot.com/

Sedap woo.. Makan camtu je. Pastu air asam boi! Sedap seh...Tak pun tomyam campur yang kat Dataran Cendikia tu. Hulaaamak! Mmg betul2 kaw!!! Rsnya dah takde dah abg niaga masak tomyam tu. Tomyam die dah la banyak, murah plak tu. Siap boleh simpan makan untuk kali kedua plak. Hihihi. Pastu teringat plak, sy ni suke dodol (cmne ntah sukenyer tetibe). Siap ms belajar ada stok dodol sinbei! Hahaha. *Sengih-sengih sendiri smbl taip* Kenangan terindah seh!

Now, perut da berkeroncong, tula zida, p lagi gugel makanan-makanan. Padan...Hikhik.

Oh teringin jugak nak makan bubur tepung pulut yang warna warni tu..Sedapnyer...

Puasa-puasa jugak, makan-makan jugak, ibadah jangan lupe. Kalau berkesempatan pergi terawih, moh le kite g yukk...

4 comments:

Siti Mas Hidayu said...

oh tempe itu sangat sedap -_-"

nurul azida ahmad said...

yeah, u right u! :)

Unknown said...

Hahaha.. bile nak buat pot luck berbuka puasa?

nurul azida ahmad said...

Hurm, bile 'hujan' da turun. hehehe

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!