Carian Berguna

U r Visitor No ::

Tuesday, August 23, 2011

First Try : Murtabak Maggi

Salam korang, semalam cubaan membuat Murtabak Maggi berjaya. Alhamdulillah, dapat 4/5 bintang from En Hadi, die kata tak boleh dpt markah penuh sebab nanti lupa diri. Hahaha

Apepun happy sebab die suka makan murtabak maggi ni. Diperkenalkan sendiri oleh En Hadi, masa kami awal2 kenal, 3tahun yang lepas:)

Dia suka ajar, saya plak suka masak bende baru. I just love it kalau nak try something, lagi2 kalau ada yang support dr blkg suruh masak..Memang acik buat!

Ada yang bertanya resipi, so mana yang rs nak try boleh la cuba :)

Resipi Murtabak Maggi

2bungkus maggi
1 biji bawang - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - ditumbuk
4 biji cili padi - ditumbuk
1 keping daging burger - hancurkan (boleh juga pakai daging cincang)
Sos tiram
2 biji telur
Garam atau Sesedap rasa secukupnya

Mula-mula rebus maggi sehingga kembang. Kemudian toskan.

Tumiskan bawang, bwg putih dan cili padi sampai wangi. Masukkan daging yang telah dihancurkan, masukkan sos tiram sedikit. Goreng sampai masak dagingnya.
Masukkan garam secukupnya. Kemudian masukkan maggi yang telah direbuskan. Kacau hingga
sebati.

Untuk telur, bancuh telur. Letak la garam sikit, kemudian masukkan maggi yang telah digoreng
ke dalam telur tu, kacau sebati. Kemudian masak campuran maggi dan telur atas frying pan. :) - mcm masak telur dadar.

Siap! Hidangkan dengan Sos Cili..Marveles! Yumyum!

Note : normally, 1 1/2 - 2 bungkus maggi untuk 2 biji telur.

Ni la dia murtabak maggi, sila la ampunkan saya kalau nampak mcm tak sedap je..hehehe

4 comments:

rosealley said...

macam sedap, hee

nurul azida ahmad said...

alhamdulillah, boleh tahan sedap, cube rose try jugak! hehehe :)

dd dudu said...

wahh sedapnyeee

aaaa

nurul azida ahmad said...

dd:: hahaha. ngidam ke? suh kuku buat.

genting time

genting time
sejenak di genting highland

a lot of thanx

thanx for those who's read my blog
be the best, beat the rest!